Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum

Bulan Ramadhan bulan yang dinanti,
Selama sebulan kita menjalani,
Mencari amalan yang lebih untuk bekalan diri,
Semoga semuanya diberkati Ilahi.

Pergi ke bandar dengan Bonda,
Terjumpa pula jiran lama,
Persiapan raya bagaimana,
Sudah siap semuanya?


Petang-petang ke bazar Ramadhan,
Mencari juadah berbuka puasa,
KY disini mohon kemaafan,
Andai ada tersilap bicara.

Andai ada salah dan silap,
Jangan disimpan di dalam hati,
KY juga ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Maaf andai KY belum sempat nak singgah, ke blog u olls. Biasalah sibuk sikit...InsyaAllah...kita bertemu di bulan Syawal nanti ok...Thanks, Bye..bye..muuahhhh...hihi