Bersedialah Dengan 4 Soalan Ini

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum.....alhamdulillah, dapat menulis lagi kat sini, dalam kesibukan dunia nyata ni, dapat juga curi peluang kat dunia maya..kali ni apa pulak nak dikongsi ye? minggu ni, nak membaca tak sempat sangat...tapi ada topik menarik yg MY nak bincang..pasti u alls suka, kita main jawab2 soalan nak? ok sebelum kita teruskan, cuba baca ni dulu,



SOALAN PERTAMA
tentang umur, kemana dihabiskan
masa cepat berlalu, kadang2 kita tak sedar umur kita sedang meningkat, kalau boleh nak muda sentiasa kan? orang tua2 selalu kata, kalau umur muda ni, memang mudah terleka, betul ke? mungkin ada benarnya juga, sebab sekarang kalau diperhati dengan teliti, ramai yg lalai akibat dari kecanggihan..adanya laman2 sosial, games..tapi kenapa nak salahkan kemajuan, sebab itu semua terletak pada kita sendiri, kita yg pilih jalan kelalaian,

dan yg lebih hairan lagi, ada yg cakap, masa muda nilah nak enjoy..nanti sapa masa kita taubatlah..ye betul, enjoy2 juga, panggilan dari Ilahi tak mengira usia, muda ke tua, alhamdulillah, kalau kita diberi umur yg panjang, tapi kalau umur yg panjang itu kita habiskan dengan melakukan maksiat atau perkara yg melalaikan, rugilah kita, bukan je di dunia, malah di akhirat kelak, waktu tu menyesal pun dah tak berguna...

"jangan bertangguh untuk melakukan kebaikkan sementara umur masih ada"

SOALAN KEDUA
tentang ilmu, banyak mana diamalkan
soalan kedua, takut pulak MY, takut2 MY sendiri tak amalkan..nauzubillah..ustaz kata, orang yg berilmu mesti mengamalkan ilmunya, jika tidak dia akan menerima akibat yg buruk di akhirat kelak. (membuatkan MY makin takut ni..) 
kita semua tahu, ilmu yg baik akan memajukan hidup di dunia dan diakhirat, bagi orang yg kekurangan ilmu, mestilah sentiasa menuntut ilmu kerana menuntut ilmu adalah wajib dalam agama kita.

dan yang paling kita harus ingat, menuntut ilmu biar ada gurunya..guru yg bertauliah, yg diakui ilmunya, dengan uncle google pun boleh, tapi ianya sekadar rujukan..faham??? ok good

"berada dalam kejahilan dengan tidak menuntut ilmu sebenarnya adalah satu kesalahan dalam agama"

SOALAN KETIGA
tentang harta, dari mana dan kemana
u alls, faham tak dengan apa yg dikatakan harta haram. mentang2lah kita tak mencuri, merompak..kita bekerja dari pagi hingga ke petang, adakah itu boleh kita katakan harta halal? in shaa allah..selagi kita jujur dan amanah dalam melakukan kerja kita,
macam mana pula kalau kita melakukan kecurian tanpa pandangan kasar, kadang2 benda2 yg kecil pun boleh menjadikan kita pencuri, sebagai contoh, rasuah, makan harta pusaka yg bukan milik kita, tidak amanah sewaktu bekerja, seperti curi tulang atau buat bil palsu, nak clim lah konon..itu bahaya tu, kena hati2

tapi sekiranya kita banyak duit, adakah kita telah mengunakannya untuk kebaikkan, seperti membesarkan anak2, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, membantu orang susah dan segala kebaikkan? atau kita membazir dengan menghabiskan kepada perkara yg memang tidak patut kita amalkan..itu yang harus kita ambil penting ok?

"daging yang tumbuh hasil pendapatan secara haram adalah hak api neraka di akhirat kelak"

SOALAN KEEMPAT
tentang tubuh, untuk apa digunakan
tubuh badan yg sihat, jangan dipersia2kan, gunakanlah ia dengan betul dan dengan penuh kebaikkan, kalau secara khususnya, badan kita ini seharusnya digunakan untuk beribadah kepada Allah, sepeti, bersolat, berzikir, membaca al-quran atau ibadah umum seperti bekerja mencari nafkah yg halal.

jangan pula, kita menunggu bila tubuh tak sihat barulah nak melakukan pelbagai perkara yg baik, kita kena rebut peluang waktu kita sihat untuk melakukan ibadah dan kebaikkan..

"ingatlah dengan tubuh yang sihat kita boleh mambantu orang yang dalam kesusahan, berjuang untuk menegakkan agama, masyarakat, bangsa dan negara. janganlah ia di sia-siakan"

Alhamdulillah...habis juga catatan ni, macam mana u alls, adakah kita sudah mempunyai jawapan untuk ke empat2 soalan tu? jika tidak, adakah kita akan membuat perubahan yg sejajar dengan apa yg dikehendaki oleh agama kita? tepuk dada, tanyalah, diri kita..hanya kita yg mampu mengubahnya... aamiin


p/s: terima kasih buat semua, sudi membaca coretan yg tak seberapa, mohon maaf andai ada silap dan salah dalam penulisan ini, kalau ada yg perlu ditegur tegurlah..MY sedia menerima..dalam menambah lagi ilmu yg kurang..