Jom..Perbaiki Akhlak Dan Peribadi

بسم الله الرحمن الرحيم

Masih belum terlewat untuk KY ucapkan Salam Maal Hijrah 1434 H buat semua teman-teman blogger KY, semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati Allah swt. aamiin..Sempena tahun baru penghijrahan kita, apa kata kita sama-sama memperbaiki akhlak dan peribadi kita? Bolehkan??? Okkk...u alls tahu...

Ketinggian darjat seseorang dinilai daripada kualiti akhlaknya, bahkan tahap keimanan juga diukur daripada sudut akhlak. Walau sedalam manapun ilmu agama seseorang, sehebat apapun ibadahnya ataupun sehebat mana pengakuannya mengenai kekuatan iman yang dimiliki, semua itu tidak mampu memberi jaminan.


Sabda Rasulullah saw, "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling baik akhlaknya" (Riwayat At-Tabrani)

Sebaliknya kayu ukur yang paling sempurna bagi menilai kemuliaan seseorang adalah berdasarkan kualiti akhlak mahmudah. Nilai-nilai akhlak sudah ditanamkan oleh Allah s.w.t. ke dalam jiwa manusia sejak kita lahir lagi. Oleh itu, sebelum kita melangkah jauh kehadapan, marilah sama-sama kita perbaiki akhlak dan peribadi kita sebaik mungkin. Jangan sampai akhlak dan peribadi buruk kita mempengaruhi masa depan kita.

Jommmm...Sama-sama kita pertingkatkan peribadi, supaya  dikasihi Allah s.w.t. InsyaAllah...Aamiin..