Amboiii, Berlagaknya Dia

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...dalam juga KY menyepi dan rasa macam baru nak berblog pula, terkedu depan laptop, fikir apa nak ditulis. Apa-apa pun thanks pada u alls yang sentiasa sport KY. Ada tak dikalangan kita ini yan suka berlagak? atau ada kawan-kawan yang punya sikap itu? dan apa kita nak buat atau menangani orang seperti ini? KY ada beberapa tips untuk u alls, harap-harap bolehlah kita guna pakai hehehee...

KY bagi satu contoh ayat, tapi tolong baca dengan nada mengada ok hihihi..
"Sira, kau beli barang kat mana ni? buruknya! tengok aku, aku beli benda ni kat tempat berjenama tauuu...cantik tak??" huuuu...menyampahkan? Apa kita nak buat? jom...


Sentiasa bersabar
Kita jangan mudah melatah, biarlah dia nak kata apa pun, mulut dia kan? sebab orang macam ni, kalau kita melawan dia akan semakin tegang dan akan mengakibatkan pergaduhan...jadi banyakkan sabar, lagi pun dia kawan kita kan?

Tegur dengan cara yang berlapik
Oleh sebab dia kawan kita, kita layak menegur tapi biarlah kena caranya. Jangan sampai kata-kata kita itu menguris hatinya, kerana dia juga punya hati dan perasaan.

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
U alls ada telingakan? heheheh...janganlah kita fikirkan sangat apa yang dikatakan, dah macam tu perangainya..kalau kita ambil serius, kita pulak yang akan sakit hati nanti, saja-saja dapat dosa free kan? Jadi??? masuk kanan keluarkan belah kiri....

Iyakan saja
Kalau kita tak nak sakir hati, iyakan saja apa yan didengar. apa salahnya sekali sekala kita layan egonya, kita tak rugi apa-apa pun. Dan u alls tahu cara ini juga boleh mengajar kita erti rendah diri.

Sindirnya dengan cara yang ringan
Kalau dah tak tahan, u alls pun boleh sindir dia sikit-sikit. tapi gunalah sindiran yan lembut, seperti ketawa ke, atau katakan padanya, "u ni kelakarlah"...kita tengok macam mana air mukanya..pasti berubahkan? manalah kita tahu, kut-kut dia akan menyedari perbuatannya itu hanya membuatkan orang lain mentertawakannya.

Terus terang sahaja
Kalau kita dah lakukan semuanya dan dia masih begitu, lebih baik berterus terang sahaja, lagi bagus. Biar dia sedar sikapnya itu tidak disukai oleh teman-teman. takut...silap-silap akan kehilangan teman-teman tersayang.

U alls tahu, adakalanya sesetengah manusia ni, tak nampak dan tak tahu apa yang dia sudah lakukan. mungkin bila kita menegur dan memberitahu padanya dia akan tersedar dan mula berubah, tapi ada juga yang buat-buat tak faham..orang macam ni memang menyakitkan hati..ehhh..sorry, sabar...sabar..Oklah...u alls jangan jadi orang yang macam ni tau..kerna satu yang pasti, kawan-kawan tak menyukainya..dan jadilah teman yang baik dan disenangi...Wassalam

Luahan Hati Mangsa Banjir

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....rindunya pada u alls. Alhamdulillah, sekarang KY bolehlah menarik lafaz lega sedikit, nak tahu kenapa? kerana masalah yang KY hadapi baru-baru ini dah hampir-hampir selesai. U alls dah baca apa masalah yang KY hadapi...tentang kebanjiran tu..dah tengok ke keadaan rumah KY? kalau belum tengok, lihat kat sini Keadaan Banjir Di Rumahku.


Betul kata orang kita harus sentiasa sabar dan redha dalam menghadapi dugaan dan ujian Allah. Alhamdulillah...KY punya ramai sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan membuatkan KY sentiasa ceria walaupun dalam masalah...termasuk u alls. terima kasih banyak-banyak..


KY bersyukur pada Tuhan kerana, apa yang KY hadapi ini tidaklah seteruk orang lain. Apa yang penting KY dan keluarga semuanya selamat. Alhamdulillah....

KY selalu ingat kata-kata ini, tetaplah selalu bersyukur atas apa yang diberikan olehNYA, kerana Allah akan selalu menguji kesabaran dan usaha umatNYA dan harta yang paling mengutungkan ialah SABAR. Hitunglah nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kita sebagai ganti kepada penderitaan yang kita hadapi sekarang. Walluhualam....

p/s: maaf KY belum sempat balas komen yg sebelum ni...nanti KY balas ok...sekali lagi terima kasih buat semua, nantikan kemunculan KY di blog2 kalian heheheh....