Luahan Hati Mangsa Banjir

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....rindunya pada u alls. Alhamdulillah, sekarang KY bolehlah menarik lafaz lega sedikit, nak tahu kenapa? kerana masalah yang KY hadapi baru-baru ini dah hampir-hampir selesai. U alls dah baca apa masalah yang KY hadapi...tentang kebanjiran tu..dah tengok ke keadaan rumah KY? kalau belum tengok, lihat kat sini Keadaan Banjir Di Rumahku.


Betul kata orang kita harus sentiasa sabar dan redha dalam menghadapi dugaan dan ujian Allah. Alhamdulillah...KY punya ramai sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan membuatkan KY sentiasa ceria walaupun dalam masalah...termasuk u alls. terima kasih banyak-banyak..


KY bersyukur pada Tuhan kerana, apa yang KY hadapi ini tidaklah seteruk orang lain. Apa yang penting KY dan keluarga semuanya selamat. Alhamdulillah....

KY selalu ingat kata-kata ini, tetaplah selalu bersyukur atas apa yang diberikan olehNYA, kerana Allah akan selalu menguji kesabaran dan usaha umatNYA dan harta yang paling mengutungkan ialah SABAR. Hitunglah nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kita sebagai ganti kepada penderitaan yang kita hadapi sekarang. Walluhualam....

p/s: maaf KY belum sempat balas komen yg sebelum ni...nanti KY balas ok...sekali lagi terima kasih buat semua, nantikan kemunculan KY di blog2 kalian heheheh....