Cinta Itu Di Hati Dan Hati Itu Milik Allah

Assalamualaikum


Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah.
 Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang 
Tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki.

Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu 
kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. 
Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. 
Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah.


Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati 
Yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia 
Hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia 
Dan kita tidak dapat melihat Allah, 

Kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. 
Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat 
Segala kecantikan itu adalah milik Allah. 
Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, 
Bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. 
Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

23 ulasan:

  1. Bila cinta kita pada manusia ditolak,tidak perlu bersedih, bila cinta pada Allah kita utamakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerana cinta pada Allah..tak akan pernah kecewakan kitakan?

      Padam
  2. Jangan serahkan hati kita pada yang tidak berhak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang2 kita tidak tahu, dia berhak atau tidak, yang pasti hanya yang SATU itu paling berhak

      Padam
  3. hati perlu dijaga dengan sebaiknya
    agar noda hitam tidak berbekas di jiwa

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...kalau hati tak dijaga dengan betul, kita sendiri yg merana

      Padam
  4. cinta di hati dan hati milik Allah.. cintalah kerana Allah... (n_n)

    BalasPadam
  5. cinta pada Allah yang kekal abadi...

    BalasPadam
  6. quote "Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati
    Yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia
    Hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia
    Dan kita tidak dapat melihat Allah, "

    +1

    BalasPadam
  7. Bila cinta pada Allah kita utamakan.. Allah akan lebih mencintai kita.. maka didekatkan kepada kita insan yang terbaek buat kita.. dan sudah pasti kita tidak akan kecewa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu adan..cinta kerana Allah akan memberikan kebahagian pada kita..InsyaAllah

      Padam
  8. terima kasih dengan peringatan ini.. semoga hari ini lebih baik dari semalam.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. KY rasa komen ini untuk sabda nabi saw ek..ok tak pe

      InsyaAllah...kita akan lakukan yg terbaik setiap hari

      Padam
  9. cinta abadi adalah cinta kepada ilahi ;)

    BalasPadam
  10. السلم عليكم ورحمة الله

    Cinta dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ustaz,

      eeemmm..setuju ngan ustaz

      Padam