Usah Sia-Siakan Nyawa Dengan Membunuh Diri

Assalamualaikum
Bicara santai tentang cinta

Wahhh...gempaq tak tajuk tu..hehehhe. Pernahkan dengar berita tentang bunuh diri? Kenapa ye? sesetengah manusia sanggup mengambil jalan singkat dengan membunuh diri? tak takut sakit ke? apa lagi tak takut dosa? Kalau bunuh diri, boleh selesai ke masalah...


Yang lebih mengejutkan, ada yang bunuh diri kerana cinta, Nauzubillah....Putus cinta bukannya masalah besar sampai nak bunuh diri. Padahal CINTA KEPADA ALLAH itulah yang paling utama...tengok, betapa hebatnya penangan cinta. Tapi itu pada sesetengah orang saja....masih ada yang berfikiran normal dan iman yang kuat. Cintakan anugerah, halus, penuh dengan kasih sayang, saling memahami dan saling menghormati...

Mungkin waktu itu, kita ditemukan dengan orang yang salah, hanya untuk menguji sekuat mana iman kita dan kita perlu percaya jodoh itu ditangan Tuhan. Pernah tak kita dengar orang bunuh diri kerana rasa dirinya derhaka dan kurang berbakti pada ibu bapa? Rasanya KY tak pernah dengar...sedangkan mereka itu yang telah melahirkan, membesarkan dan berkorban apa saja untuk kita bahagia, tapi kita sia-siakan nyawa hanya kerana orang yang baru kita kenal...tak berbaloi langsungkan?

Yang penting, hargailah nyawa yang Allah pinjamkan untuk seketika dengan amal ibadah. Jika kita hadapi tekanan sekalipun perbanyakkanlah istighfar, kerana setiap dugaan yang kita terima sesuai dengan keupayaan kita....Berdoalah semoga Allah ringankan ujian kita bukannya dengan membunuh diri. Itulah kelebihan mukmin sejati, ada tempat hendak nak bergantung dan mengadu....wallahualam



27 ulasan:

  1. Biasanya orang kya gtu ga berpikir panjang di kirain habis bnuh diri itu enak atau masuk surga padahal itu pasti masuk neraka

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..entah apa yang mereka fikir waktu itu

      Padam
  2. postingannya yang bagus..
    begitulah manusia jika sudah tidak ada iman didalam hatinya..
    ia akan berpikir sepintas, tidak berpikir dengan jernih,,
    dan biasanya manusia seperti itu hidupnya jauh dari Allah..
    Na'udzubillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. iman dan taqwa itu seharusnya kita pupuk dalam diri..dan harus percaya Allah sentiasa ada buat kitakan?

      Padam
    2. benar sekali saya setuju dengan pendapatmu..
      I like it..

      Padam
    3. Alhamdulillah...terima masih Lukman

      Padam
  3. semester lepas, kat usm ada kes bunuh diri lepas exam. mungkin sebab kecewea tak dapat jawab exam kot.. nasib baik bukan muslim...

    BalasPadam
    Balasan
    1. KY masih ingat kes tu, dalam blog pun banyak buat entri mengenainya...kecewa betul dia kan?

      Padam
  4. nauzubillah kan..
    buat apa nak bunuh diri...
    kalau diri pun hanya pinjaman sementara je..
    putus cinta tak semestinyer putus segala2 nyer.
    Allah kan ada tempat mengadu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau mereka pandai berfikir macam itu kan Alhamdulillah...
      tapi itulah, bila dah betul2 dikuasai syaitan..semuanya rosak

      Padam
  5. Assalamualaikum...

    Membunuh diri memberi pengertian mengambil hak dan ketetapan Yang Maha Pencipta, amatlah besar dosanya dan kekal dalam kemurkaan Allah SWT...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ustaz

      betul tu ustaz..tak mencium syurga

      Padam
  6. betul....mcm2 bila emosi menguasai diri...
    sama2 la kit amek pengajaran n beringat=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mekasih aine...emosi ni memang susah nak kawal..namun ada caranya

      Padam
  7. kalo mati syahid x apa gak.. kesian.. masalah jiwa 2. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu naim...mati syahid syurga menanti, tapi bunuh diri...

      Padam
  8. disangkakannya bunuh diri itu jalan mudah, rupanya jalan yg lebih sukar..

    biasanya yg belum kawin je yg mengorbankan diri akibat putus cinta..
    jarang pulak dengar kes yg dah kawin mengorbankan diri akibat putus cinta..

    (",)

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang yang dah kawin ni, susah sikit bunuh diri, tapi dia telah memusnahkan kebahagiaan dia sendiri andai main kayu tiga

      Padam
  9. SALAM KY.....
    manusia hari ini suka mencari yang tak pasti.....!!!!
    terlepas hanya dunia akhiratnya nanti merana......!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam yan

      sbb dia orang ni, fikir dunia kekecewaannya saja

      Padam
  10. yup..sedih jugak bila dengar kes2 bunuh diri sbb cinta.. :'(

    "kadang2 Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat jadi penilai yang baik " ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yap...menguji sekuat dan seteguh mana hati dan iman kita

      Padam
  11. kalau bunuh diri kerana cinta, tak tahu nak kata apa.. kerana itu salah satu dosa besar ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengorbanan yang sia2..dan semamangnya berdosa

      Padam
  12. semua tu kerja syaitan laknatullah....nauzubillah...semoga Allah pelihara kita..

    BalasPadam
  13. Bunuh diri sebab cinta adalah perkara paling bodoh. Orang hidup nak mati. Nanti dah mati merayu pada Allah nak hidup walau sehari.

    BalasPadam