Cinta Wanita Solehah Dan Lelaki Soleh

Assalamualaikum
Hidup tak selalu indah, tapi yang indah itu...Tetap hidup dalam kenangan

Wanita Solehah bertanya:

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
Melafaz kata cinta saling balas-balasan,
Bahkan sering ada jarak antara kita tercipta,
Dan wujud pelbagai batasan di larang Tuhan,
Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
Tiada bicara manis selalu beriringan,
Dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.
Kita ini bercintakah?


Lelaki Soleh menjawab:

Awak,
Kita ini bercinta,
Cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada PEGANGAN TANGAN,
Juga bukan pada bicara kata MANIS CINTA BERBALAS-BALASAN,
Tetapi dengan hubungan kita terhadap HUKUM Tuhan,
Dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari SEKSA neraka.

Nanti bila bersama,
Kita bukanlah keluarga biasa,
Bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
Bukankah itu adalah CINTA?

37 ulasan:

  1. best entry nie ... awk ingt saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...

      ingat awak? siapa ek hahaha

      Padam
  2. KY.. malam nie baca rasa berpuitis lah. hehe

    BalasPadam
  3. yess... ini entri mnarik.. jaga batas..ingat Allah.. serahkan jodoh pada Allah.. masing-masing siapkan diri.. itu yang sebetulnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...Allah akan bagi yang terbaik buat kita InsyaAllah

      Padam
  4. itu tetap cinta, namun cinta seperti berpegangan tangan adalah cinta karena Nafsu yang tidak di Ridhoi Allah,
    cinta yang Yang diridhoi Allah adalah cinta yang mengaitkan hatinya kepada Allah, yakni cinta karena Allah,
    Bukan begitu sahabatku :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar sekali tu, bercinta kerana Allah pasti bahagia sentiasa InsyaAllah

      Padam
  5. السلم عليكم ورحمة الله

    Iman dan cinta, untuk dirasa, difaham sampai maknanya..
    Semua kebaikan bersatu dalam Cinta.
    Cinta menghantarkan kita kepada~Nya.

    BalasPadam
  6. Indah nian susunan kata-kata cinta nya.
    Definisi Cinta? Hmmm.... Kata yang sangat sarat dengan makna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cinta sukar di gambarkan kan?, kerana ia perlu dirasai

      Padam
  7. Bagus sekali kata cinta nya. Salam

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. yui suka ek, terima kasih, khas buat insan2 yg sedang bercinta dan yg bakal bercinta heheee

      Padam
  9. alhamdulillah ahsanti :)

    mmm rindu Rasulallah... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...akan terus merindui baginda...InsyaAllah

      Padam
  10. suke dgn ayat2 dia dik ;)

    BalasPadam
  11. . . pengen dech pacaran setelah nikah. huhh . .

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..kalau itu yang kita mahu

      Padam
    2. . . tapi kalo nikah dulu baru pacaran,, aq takut salah pilih. huhh . .

      Padam
    3. kita lihat dulu personalitinya, kenalinya sebentar..baru buat keputusan..., tapi kalau pulihan keluarga, mungkin elok

      Padam
  12. salam..

    menjadi y solehah untuk mendapat soleh ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam syira

      InsyaAllah...sama2 kita berubah untuk kebaikkan

      Padam
  13. waalaikumsalam, pasangan yang siap menebus syurga-NYA..subhanallah..sungguh indah benar penggambarannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...menjadi pasanan begitu impian setiap muslim dan muslimah

      Padam
  14. hope dapat CINTA macam tuu. aminn :DD

    BalasPadam
  15. mendalam maksud entry nie ..nice :)

    BalasPadam