Penuhkan Hati Dengan Himpunan Keinsafan

Assalamualaikum
Hidup tak selalunya indah, Tapi yang indah itu...Tetap hidup dalam kenangan

Penuhkanlah hati dengan himpunan keinsafan. Lemaskan jiwa di tasik kesedaran. Titipkan pertanyaan-pertanyaan yang menerjah kealpaan. Dan lantas tanyalah pada diri...


* Adakah aku telah melakukan tuntutan hijrah yang sebenarnya?

* Adakah aku terus selesa pada takah diri yang tidak ada anjakan dan pendakian?

* Adakah aku akan terus membusuk umpama air yang tersekat lantaran perubahan yang tidak aku lakukan?

* Adakah aku telah bersedia untuk bertemu saat kematian dalam iklim hati yang sentiasa suram dan berjerebu?

"Ya Allah jadikanlah hari ini kepada kami lebih baik daripada semalam dan jadikanlah hari esok lebih baik daripada hari ini. Aamiin....

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini...Marilah kita renung-renungkan bersama...Semoga hidup kita lebih bererti...InsyaAllah