Wahai Muslimah

Assalamualaikum


Wahai Muslimah...
Carilah lelaki yang boleh mengingatkanmu tentang sembahyang..
== Bukan lelaki yang selalu mengajak tengok wayang.

Wahai Muslimah...
Carilah lelaki yang selalu mengingatkan dirimu untuk mengaji,
==Bukan lelaki yan mengajakmu sms setiap hari.

Wahai Muslimah...
Carilah lelaki yan selalu mengingatkanmu tentang menutup aurat,
== Bukan lelaki yang tahu nak mengurat.

Wahai Muslimah...
Carilah lelaki yang selalu mengajarmu menghormati orang tua,
== Kerana disitulah terletaknya pintu SYURGA.

Positifkan Kehidupan


Assalamualaikum
Hidup tak selalunya indah, Tapi yang indah itu...Tetap hidup dalam kenangan



Kehidupan kita adalah ciptaan Allah....
Jangan mengenakan kaca mata hitam (menilai negetif)...
Disaat memandang orang lain..
Kerana itu akan membuat kehidupan kita menjadi suram...
Warnailah hidup kita dengan berfikiran positif...
InsyaAllah...hari-hari yang bakal kita jalani...
Akan menjadi lebih cerah.

Cinta Wanita Solehah Dan Lelaki Soleh

Assalamualaikum
Hidup tak selalu indah, tapi yang indah itu...Tetap hidup dalam kenangan

Wanita Solehah bertanya:

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
Melafaz kata cinta saling balas-balasan,
Bahkan sering ada jarak antara kita tercipta,
Dan wujud pelbagai batasan di larang Tuhan,
Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
Tiada bicara manis selalu beriringan,
Dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.
Kita ini bercintakah?


Lelaki Soleh menjawab:

Awak,
Kita ini bercinta,
Cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada PEGANGAN TANGAN,
Juga bukan pada bicara kata MANIS CINTA BERBALAS-BALASAN,
Tetapi dengan hubungan kita terhadap HUKUM Tuhan,
Dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari SEKSA neraka.

Nanti bila bersama,
Kita bukanlah keluarga biasa,
Bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
Bukankah itu adalah CINTA?

Penuhkan Hati Dengan Himpunan Keinsafan

Assalamualaikum
Hidup tak selalunya indah, Tapi yang indah itu...Tetap hidup dalam kenangan

Penuhkanlah hati dengan himpunan keinsafan. Lemaskan jiwa di tasik kesedaran. Titipkan pertanyaan-pertanyaan yang menerjah kealpaan. Dan lantas tanyalah pada diri...


* Adakah aku telah melakukan tuntutan hijrah yang sebenarnya?

* Adakah aku terus selesa pada takah diri yang tidak ada anjakan dan pendakian?

* Adakah aku akan terus membusuk umpama air yang tersekat lantaran perubahan yang tidak aku lakukan?

* Adakah aku telah bersedia untuk bertemu saat kematian dalam iklim hati yang sentiasa suram dan berjerebu?

"Ya Allah jadikanlah hari ini kepada kami lebih baik daripada semalam dan jadikanlah hari esok lebih baik daripada hari ini. Aamiin....

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini...Marilah kita renung-renungkan bersama...Semoga hidup kita lebih bererti...InsyaAllah

Bagaimanakah Keadaan Hati Anda Hari Ini?

Assalamualaikum
Hidup tak selalunya indah, Tapi yang indah itu...Tetap hidup dalam kenangan



Sikap, perbuatan dan bicara seseorang tergantung pada pandang org itu,

Dan cara pandang org itu tergantung apa isi hatinya,

Kalau isinya baik, maka cara pandangnya pun baik,

Kalau bicaranya baik maka sikapnya pun baik,

Seperti hamba ALLAH yg bertaqwa selalu berbicara baik, jujur,

Santun, tegas, pandai, rendah hati dan istiqomah. InsyaAllah

Kenapa Allah Masih Hidupkan Aku Hari Ini?

Assalamualaikum
Hidup tak selalunya indah, Tapi yang indah itu...Tetap hidup dalam kenangan


U olls apa khabar. semoga kita tabah menghadapi hari ini heeee. Hari pertama berpuasa, senang rasa hati akhirnya hari yang di nanti2 telah tiba. Syukur pada Allah kerna memberi peluang pada KY menjalani ibadah puasa untuk hari ini dan semoga Allah memberi peluang terus untuk KY lalui bulan Ramadhan ini dengan sempurna..Aamiin.

Di bulan yang mulia ini apa kata kita bermuhasabah sedikit? Semoga kita sentiasa terhindar dari melakukan kesilapan..InsyaAllah. Pernah tak terlintas difikiran u olls soalan ini???

*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ramadhan Semakin Hampir

Assalamualaikum
Bicara santai tentang cinta

Dah terasa bahang Ramadhan kan? U olls dah bersedia? Yang tinggal dah berganti? Alhamdulillah....Hari khamis kita lihat anak bulankan? kemungkinan hari sabtu kita kan berpuasa....tak sabar pulak rasanya hahaaaa.....Dah masuk Ramadhan nanti pasti ramai yang update blog tentang kenangan di bulan Ramadhan kan? KY pun ada banyak kenangan, nak-nak masa zaman rebena....indah rasanya, kalau boleh nak balik semula...heeee

Apa kata, di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini....kita sama-sama sucikan dan terangi hati dengan amal ibadah, semoga kita dapat dipertemukan dengan keagungan Lailatul qadar. InsyaAllah...


Tiada kata seindah zikrullah....
Tiada bulan seindah Ramadhan.... 
Ya Allah...Sucikanlah hamba-MU dengan basuhan maghfirah-MU...
Marhaban Ya Ramadhan..

Sempena Ramadhan yang bakal kita sambut, KY nak ucapkan SELAMAT BERPUASA, buat sahabat-sahabat KY disini. Terima kasih kerana kalian sudi bersahabat dengan KY di alam maya ini....10 jari disusun, andai ada kesilapan yang tak sengaja KY lakukan...

Allah Telah Tentukan Yang Terbaik Buat Kita

Assalamualaikum
Bicara santai tentang cinta



Janganlah ditangisi kelukaan semalam...
Biarlah ianya berlalu....
Kerna mungkin kita gembira hari ini....
Bak kata pepatah....
Hidup tak selalunya indah...


Tapi tidak juga selamanya berduka....
Allah telah tentukan yang terbaik buat kita....
Percayalah pada Rahmatnya....
Pada kasihnya juga pada cintanya....
Percayalah...


Dia takkan biarkan kita terus berduka selamanya...
Berdoalah...
Semoga setiap dugaan dan cabaran...
Yang diberikan oleh-NYA...
Kita mampu hadapi dengan tenang dan sabar....
INSYAALLAH.....

Usah Sia-Siakan Nyawa Dengan Membunuh Diri

Assalamualaikum
Bicara santai tentang cinta

Wahhh...gempaq tak tajuk tu..hehehhe. Pernahkan dengar berita tentang bunuh diri? Kenapa ye? sesetengah manusia sanggup mengambil jalan singkat dengan membunuh diri? tak takut sakit ke? apa lagi tak takut dosa? Kalau bunuh diri, boleh selesai ke masalah...


Yang lebih mengejutkan, ada yang bunuh diri kerana cinta, Nauzubillah....Putus cinta bukannya masalah besar sampai nak bunuh diri. Padahal CINTA KEPADA ALLAH itulah yang paling utama...tengok, betapa hebatnya penangan cinta. Tapi itu pada sesetengah orang saja....masih ada yang berfikiran normal dan iman yang kuat. Cintakan anugerah, halus, penuh dengan kasih sayang, saling memahami dan saling menghormati...

Mungkin waktu itu, kita ditemukan dengan orang yang salah, hanya untuk menguji sekuat mana iman kita dan kita perlu percaya jodoh itu ditangan Tuhan. Pernah tak kita dengar orang bunuh diri kerana rasa dirinya derhaka dan kurang berbakti pada ibu bapa? Rasanya KY tak pernah dengar...sedangkan mereka itu yang telah melahirkan, membesarkan dan berkorban apa saja untuk kita bahagia, tapi kita sia-siakan nyawa hanya kerana orang yang baru kita kenal...tak berbaloi langsungkan?

Yang penting, hargailah nyawa yang Allah pinjamkan untuk seketika dengan amal ibadah. Jika kita hadapi tekanan sekalipun perbanyakkanlah istighfar, kerana setiap dugaan yang kita terima sesuai dengan keupayaan kita....Berdoalah semoga Allah ringankan ujian kita bukannya dengan membunuh diri. Itulah kelebihan mukmin sejati, ada tempat hendak nak bergantung dan mengadu....wallahualam



Catatan rindu: Hormati Dan Hargailah Mereka

Assalamualaikum
Bicara santai tentang cinta

Hari-hari cakap pasal cintakan? nak buat macam mana, dah namanya blog cinta, tapi boleh apa postkan cerita lain kan? kan?kan? hehehhe...

Kali ni pun nak cakap pasal cinta jugak, tapi cinta ini lebih bermakna, tanpa mereka..tak mungkin kita disini sekarang. Dapat mengenal dunia ciptaan Tuhan yang hebat ini...subhanallah.

Uolls masih ada ibu bapakan? Ibu bapa KY dah tak ada, mereka dah dipanggil Ilahi, sebelum sempat KY berbakti pada mereka...



Sementara mereka masih ada, sayangilah mereka seadanya. Mereka tak mengarapkan harta bergunung dari kita, cuma ingatan dan kasih sayang kita yang mereka perlukan. Jangan sampai kita yang menyesal nanti.

Pada uolls yang sudah kehilangan mereka, jangan ingat tugas uolls sudah selesai...sebagai seorang anak tugas kita tidak akan pernah habis walau mereka telah pergi, ingatan dan doa harus kita hantar setiap masa. Bukan selepas solat saja kita boleh berdoakan?

Yang penting sekali kita harus menjadi anak yang bertanggungjawab, soleh dan membanggakan mereka. Kerna itu, redha Allah hadir bersama redha kedua ibu bapa....Rindu kat ibu dan ayah....Al-fatihah

Kata Orang Cinta Itu..

Assalamualaikum
Bicara santai tentang cinta

kata orang....
cinta itu indah...
betul ke????
eemmm...mungkin...
bagi mereka yang tahu menghargainya...

kata orang lagi...
cinta itu menyakitkan...
betul ke????
eemmm....mungkin juga...
bagi mereka yang tak tahu nilai cinta...

Cinta Bukan Untuk Difahami

Assalamualaikum


Cinta yang tidak pernah habis digali,
Tidak pernah usang ditinggali waktu,
Tidak pernah dikikis oleh ruang,
Dan...
Tak pernah pula bisa di jelajahi.


Kerana...
Tuhan tidak mencipta cinta untuk difahami,
Tidak juga dipelajari,
Tetapi dihayati dan dipatri,
Dalam....
Sempitnya akal dan luasnya hati..




Pesanan Khas Buat Semua PlayBoy

Assalamualaikum

Dalam dunia ni, ramai lelaki dan bermacam ragam kan? ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang setia, ada yang curang...(wahhh panas ayat ni heeee).....apa lagi playboy tentu ramaikan? Ada tak lelaki-lelaki disini yang tengah bercinta dan mencari-cari calon isteri? Haaaa... kalau nak cari isteri janganlah jadi playboy, tetapi jadilah....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Harus Tahu: Nabi SAW Bersabda...

Assalamualaikum

Hari-hari bangun pagi, selepas buat apa yang patut, kita semua akan lakukan rutin hariankan? sama jugak macam masa sekarang, tengah menghadap laptop heeee...tapi pernah tak kita terfikir, apa tujuan hidup kita sebenarnya? Nyawa, akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT pada kita......kita hargai atau tidak? KY berharap apa pun yang kita lakukan dalam kehidupan ini biarlah bermaknakan? Mari sama-sama kita muhasabah diri..dan cuba kita renungkan sabda Nabi SAW ini......

Cinta Itu Di Hati Dan Hati Itu Milik Allah

Assalamualaikum


Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah.
 Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang 
Tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki.

Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu 
kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. 
Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. 
Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah.


Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati 
Yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia 
Hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia 
Dan kita tidak dapat melihat Allah, 

Kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. 
Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat 
Segala kecantikan itu adalah milik Allah. 
Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, 
Bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. 
Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Cinta Bilang Aku Sudah Letih

Assalamualaikum


Aku sangat ingin berkata pada cinta,
Agar ia tetap mahu bersamaku,
Merenda hari indah seperti dulu,
Mengulum senyum malu-malu.

Tapi....
Cinta bilang ia sudah terlalu letih,
Perlu istirehat...
Maka aku biarkan ia berlari bebas.

Ketika cinta pergi maka aku jadi sendiri,
Tapi aku tahu...
Cinta tak akan bisa mati,
Jadi aku berdiri disini,
Berharap suatu hari nanti,
Ia akan kembali...