NamaMU Di Hatiku

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Alhamdulillah...bertemu lagi kita di hari Jumaat malah lebih indah ianya hari Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan. NAMAMU DI HATIKU... nama siapa, kalau nak tahu, baca sampai habis..

U alls pasti tahu, nama dan kebesaran Allah swt ada di mana-mana, malah dalam diri kita juga. Dengan nama-NYA kita bernafaz, dan dengan nama-NYA juga kita pergi meninggalkan dunia.

Kerna dari tu, di kesempatan usia yang masih tersisa, apa kata kita hidup dengan kekuatan yang ada pada nama ASMAUL HUSNA. Dalam tercari-cari hadis tentang ini, KY terjumpa yang ini, diriwayatkan oleh Rasulullah dan Baginda bersabda,

"Allah swt mempunyai 99 nama. sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai bilangan yang ganjil" (HR Bukhari dan Muslim)

Bagaimana untuk membuatkan nama Allah swt terus segar dalam jiwa kita? tak ada cara lain iaitu dengan menghafaznya. KY ni kalau suruh baca tak berapa lancar, tapi kalau suruh menyanyi ala-ala Hijjaz InsyaAllah..boleh lancar heeee..cepat ingat kalau ada melodi... u alls pasti selalu dengarkan, kat tv Al-Hijrah selalu ada, di RTM pun ada, kalau nak lebih senang buka je youtube heee...

Mulai sekarang marilah kita beramal dengan kebaikkan yang terkandung dalam nama-nama mulia itu agar dapat membendung hati kita daripada menyukai kejahatan. Biarlah kekuatan yang ada dalam Asmaul Husna itu dapat membimbing hati dan akal kita mencintai kebenaran dan kebaikkan InsyaAllah...



Jangan lupa play ok..


21 ulasan:

  1. Tulah KY kalau menyanyi nama ni ramai-ramai bolehlah lepas...hehe...kalau sorang2 harus lupa jugak ni!

    BalasPadam
  2. Tak pe kalau menghafaz dengan berlagu...itu cuma salah satu teknik. Yg penting bukan irama dan iringan muzik yang tidak bersesuaian dan melalaikan

    BalasPadam
  3. bersama-sama kita amalkan..salam ramadah untuk admin dan keluarga

    BalasPadam
  4. Dulu kt SEKOLAH KUBANG KERIAN, KOTA BHARU pagi2 wajib beratur baca Asmaulhusna dulu.. tak ingat pun jd ingat.. meniti dibibir pelajar..

    BalasPadam
  5. selalunya bila ada melodi makin mudah untuk mengingati. Selamat berpuasa kak :)

    BalasPadam
  6. takkan pernah lupa nama2 ni kan !

    BalasPadam
  7. Sejak sekolah menengah lagi saya dah didedahkan dengan asmaul husna . lagu jiwa ... meriah background baru nih ... heheheee

    BalasPadam
  8. bagus artikelnya...terima kasih KY selalu mengingatkan. Salam.

    BalasPadam
  9. asmaul husna, nama2 yg baik untuk Allah, nama yg menjadi sifatnya, nama yg mesti kita agungkan... semoga ramadhan kali ini penuh hikmah

    BalasPadam
  10. assalamualakm KY...salam rindu...

    selamat berpuasa utk KY seisi keluarga...

    jadikan nyanyian hati asma alhusna ni....

    BalasPadam
  11. Assalam kak yati .. lama tak singgah kat blog kak yati.. apa khbar.. sihat?

    salam ramadhan kareem kak yati..

    nama nama Allah ni memng senang nak ingat kalau dengan melodi dan baca ramai ramai macam zaman zaman kat kolej :)

    BalasPadam
  12. Salam, masih terkial-kial nak mengingatnya..lagi dah tua-tua ni, tergeliat lidah.. kadang-kadang rasa macam dah ingat tapi bila cuba sendiri asyik kelaut je..

    selamat berpuasa, semoga ibadah kita ini diganjari dengan kebaikan dari Allah swt.Amin

    BalasPadam
  13. kalau ada lagu, memang boleh hafal.hehehe. memang dah diajar daripada sekolah rendah macam tu

    BalasPadam
  14. assalamualaikum..KY
    slmt berpuasa :)

    ayie dari kecil lagi suka dengar asmaul husna kat RTM tu KY :)

    BalasPadam
  15. salam kak....
    selamat berpuasa...... kita perbanyakan amalan dibulan penuh barakah nie.....

    BalasPadam
  16. blog ini sangat luar biasa

    BalasPadam
  17. hai akak :) .. namaM di hatiku . sejuk banget.

    BalasPadam
  18. Awesome post.

    Have a look at my web site free sex site

    BalasPadam