Terima Kasih Sayang


Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Genap 3 bulan usia Ilhamku Disini hari ini. (24-09-2012). Macam-macam ragam teman yang KY jumpa. dan ada juga yang dah lama KY mengenali. Ok, KY nak tanya pada u alls, bukannn..., lebih kepada diri sendirilah..hihihi.....soalan biasa untuk blogger, KENAPA BERBLOG? SERONOK KE? Eeemmmm....KY ni seorang yang suka membaca, tak kisahlah apa ceritanya, suatu hari KY usha-usha kat google, terjumpalah logo ini 

Kerana KY seorang yang suka ambil tahu, akhirnya terlahirlah blog KY sendiri. Bila dah ada blog, terfikir pulak, apa nak buat dengan blog niiii....usha lagi sampailah jumpa blog-blog otai...oooo...baru tahu, blog ini umpama diary harian kita, cuma ia bukanlah rahsia hahaaaa....

Ilhamku Disini
Terima Kasih Sayang, kalau tetap dihatiku

Seronok ke berblog? Seronok sangat, walaupun tak boleh nak chat, macam kat fb tu, tapi pada KY blog ni, lebih hebat dan lebih memberi kepuasan. Pandangan u alls macam mana pulak?

Untuk pengetahuan teman-teman, jangan salah faham tentang tema blog ini, ini bukan blog berunsur keagamaan sangat. KY ni bukan pandai sangat pun, nak berbicara tentang agama, cuma apa yang pernah KY postkan, adalah lebih kepada luahan dari hati...hati seorang insan yang masih tercari-cari jalan kesempurnaan hidup. Dan terima kasih pada  Abd. Razak (KY lebih suka panggil ustaz) yang banyak memberi kesedaran dan pengetahuan melalui blog beliau dan terima kasih juga sebab selalu singgah ke sini.

Buat teman-teman yang lain, yang sentiasa setia berkunjung ke sini, jasa kalian KY hargai, dan terima kasih juga buat sahabat-sahabat dari seberang (indonesia), kerana sudi jejak blog KY yang tak seberapa ini. Dan KY berharap ukhwah yang terjalin disini, kekal selamanya...InsyaAllah...Sayang u alls s, mmmuuuaaahhh.....