Nak Jadi Menarik, Perlu Seksi Ke?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Apa yang kita tahu, sekarang ini, ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan badan yang cantik, terutama sekali perempuan kan? Bila dah punya badan cantik, mulalah nak pakai seksi-seksi...itu KY tak nafi...susah jugakan, kalau punya badan cantikkkk.....

Perlukah jadi seksi? Atas pemahaman kita semua ni, KY rasa ramai yang mentafsirkan seksi adalah mendedahkan tubuh badan yang menjadi perhatian orang ramai...fahamkan...malah untuk membuat orang berpandangan bahawa dia kelihatan menarik...Tengok saja sekarang, banyak fesyen pakaian yang mengikut bentuk badan supaya ianya kelihatan menarik kan kan ....

manis dan sopan je kan? inilah pilihan kita


Kata Dato' Dr.Fazilah Kamsah, "Kita tidak perlu jadi seksi supaya kelihatan menarik. Tubuh mereka adalah modal supaya menjadi menarik. Dengan mendedahkan bahagian tertentu pada tubuh mereka, dengan tujuan orang melihat dia seorang yang 'MENARIK'. Sehingga akhirnya dia tidak sedar semua itu hanyalah sekadar menjadi modalnya untuk dihumban ke dalam api neraka."

KY nak tanya u olls, ada tak 'MENARIK' yang menyelamatkan kita daripada api neraka? Semoga kita tidak tergolong diantaranya. Kita pasti sedar bahawa itu bukanlah sesuatu yang baik buat kehidupan kita DISINI apatah lagi kehidupan kita DISANA. Wallahualam..