Hidup Sekali Biar Bererti

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirrahim

Anakku...Hidup Sekali Biar Bererti, adalah sebuah buku hasil tulisan Anwar Nursi. KY rasa buku ini sangat bagus untuk remaja dalam memotivasikan diri mengejar cita-cita.

REMAJA yang hebat ialah apabila tidak gentar berhadapan dengan belenggu masalah atau cabaran yang mendatang ketika mencipta impian. Namun, jika gagal ia tidak menjadi halangan untuk meneruskan impian yang dicita-citakan. Pepatah Melayu mengatakan, ‘Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.’ Pepatah Arab pula mengatakan ‘Man jadda wa jada’, siapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.

Anakku Hidup Sekali Biar Bererti


Berusahalah anakanda... walau apa jua cita-citamu, ayahanda dan bonda sentiasa mendoakan. Terfikirkah kita tentang kehidupan jika tiada cita-cita? Agaknya di mana kita akan tinggal? Apa pula pekerjaan kita suatu hari kelak? Bukalah mata dan luaskan pandangan mata hati. Lihatlah keadaan mereka yang tiada cita-cita dalam kehidupan. Mereka akan menyesal selama-lamanya dan terpaksa mengharungi masa depan yang suram.

Dunia hari ini terlalu mencabar dan banyak rintangan yang perlu dilalui. Hanya mereka yang kuat iman dan takwa sahaja akan berjaya mengharungi mehnah mendatang.

"Kemiskinan dan kekurangan harta tidak boleh dijadikan alasan untuk malas berusaha. Berusahalah Anakku... walau apa jua cita-citamu, ayahanda dan bonda sentiasa mendoakan. Terfikirkah kita tentang kehidupan jika tiada cita-cita? Agaknya di mana kita akan tinggal? Apa pula pekerjaan kita suatu hari kelak? Bukalah mata dan luaskan pandangan mata hati. Lihatlah keadaan mereka yang tiada cita-cita dalam kehidupan. Mereka akan menyesal selama-lamanya dan terpaksa mengharungi masa depan yang suram." (dipetik dr sini)