Kisah Alqamah Yang Malang

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, Alhamdulillah, kesihatan KY sudah kembali dan rasa ceria ingin berblog sudah kembali heeee, u alls pula macam mana, sihat? Alhamdulillah, tapi bila sihat ni, banyak pulak aktivitinya, biasalah cuti-cuti ni, apa lagi kalau bukan majlis perkahwinan, sana-sini jemputan, esok cousin pulak bertunang...tapi tak apalah sekarang time mereka, time KY dah lepas heeeee...

Semalamkan, KY tengok al-kuliyyah di tv3, isu yang dibincangkan tentang anak derhaka, lebih kurang, KY lupa tajuk sebenar, ustaz kata, betapa hebat pun pun amalan yang kita lakukan tapi kalau menderhaka kepada ibu, semuanya tiada guna, contohnya seperti apa bila kita menunaikan solat sunat, kalau ibu memanggil, kita boleh tinggalkan solat itu dan menyahut panggilan ibu.


Bila KY dengar perbincangan itu, teringat KY satu kisah tentang seorang lelaki yang bernama Alqamah. beliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw. beliau juga seorang yang kuat beramal tetapi disaat kematiaanya, dia begitu susah untuk menghembuskan nafasnya dan sukat mengucapkan dua kalimah syahadah.

Keadaan Alqamah waktu itu sangat menyedihkan, dengan wajah yang pucat, mulut terkatup rapat serta tangan dan kakinya kaku tidak dapat bergerak. itulah yang merisaukan hati para sahabatnya. tapi Rasulullah tahu itu semua bukan kerana beliau kekurangan amal ibadah tetapi kerana menderhaka kepada ibunya.

Lalu Rasulullah memanggil ibunya dan bersabda, "Wahai ibu Alqamah, ampunkanlah dosa anakmu"
namun ibunya enggan, kerana Alqamah telah mengecilkan hatinya. menurut ibunya, sebelum berkahwin, Alqamah seorang anak yang patuh, hormat dan begitu mengambil berat hal ehwal ibunya. Tetapi apabila telah berkahwin dia banyak melebihkan isterinya dan sering mengasari ibunya sehingga ibunya berkecil hati.

Melihat keengganan ibunya, Rasulullah saw. mengancam untuk membakar Alqamah. Menangis ibu Alqamah apabila diancam sebegitu, kerana kasih sayang pada anaknya itu terlalu mendalam. Lalu dia pun memaafkan anaknya. Sebaik sahaja ibunya memaafkannya, dengan mudah Alqamah mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Subhanallah...tak terbayang betapa besarnya kasih sayang ibu. kerna itu, sayangilah ibu kita dan hargailah mereka, apa lagi kalau mereka masih ada...jagalah mereka semampu kita, bukan harta yang mereka mahukan tapi perhatian dan kasih sayang dari anak-anaknya....

Rindu Ibu...Al-fatihah buat IBU DAN AYAH TERSAYANG....Semoga Allah menempatkanmu dikalangan orang-orang yang beriman..Aamiin

59 ulasan:

  1. Balasan
    1. berharap kita tiada sikap uququ 'l-waalidaiin, InsyaAllah..semailan perbuatan baik (ihsan) dlm diir

      Padam
  2. bertqpa besarnya pngorbanann dan kasih syg ibu dan ayah pada kita... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengorbanan yg tidak termampu kita balas,

      Padam
  3. salam, terima kasih sudah mengingatkan. ijin share boss.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam tcc, terima aksih silakan

      Padam
  4. Teringat kisah Afiq Muiz dgn ibunya.. saya ada baca blog dia.. mmg dulu dia syg sgt kat mak dia. setiap entry pasti ada terselit nama mak dia..hmm cepatnya dia lupa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. KY pun ada dengar juga, macam mana blh berubah sejauh itu...harap Afiq cepat berubah dan memohon maaf dr ibunya

      Padam
  5. salam rindu KY...

    anak perlu doa org tua utk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat..org tu pula perlukan doa anak yg soleh utk bekalan di sana nanti...kita saling memerlukan...moga diri terdidik dgn segala kebaikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam rindu buatmu jua wirda,

      eeemmm..hanya doa yg mampu mengubah segalanya, apa lagi doa seorang ibu

      Padam
  6. Salam KY,
    Alhamdulillah sihat...Hari minggu cuti sekolah, memang inilah aktivitinya...memenuhi undangan kenduri kahwin. Kenyang dan letih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam BM,

      Alhamdulillah...kenyang asyuik makan gulai je, silap2 masuk wad heee

      Padam
  7. Moga dijauhkan hendaknya..... sebagai ibu seboleh mungkin jangan terlalu sensitif dan lembutkan hati untuk sentiasa memaafkan anak anak...dan sebagai anak moga hati kita sentiasa bersabar dan mencuba menjadi terbaik untuk kedua ibu bapa kita....Wallahu alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...kita tahu nilai pengorbanan seorang ibu di waktu kita juga mengalaminya kan

      Padam
  8. postingannya sangat indah sekali sobat, banyak mengingatkan saya kepada orang tua, terutama ibu.
    sangat bermanfaat
    terima kasih sudah berbagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama PP, semoga kita sama2 berusaha menjadi anak yg baik dan soleh untuk ibu bapa

      Padam
  9. Hello, I enjoy reading through your article. I wanted to write a little comment to support you.


    Feel free to surf to my web page :: high pr back links

    BalasPadam
  10. al fatihah buat mereka yg telah mendahului kita
    moga kita tergolong dlm golongan org yg mentaati kedua org tua
    selamat berhujung minggu KY

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...sama2lah kita berbakti pada kedua org tua

      Padam
  11. automatik teringat afiq muiz.. tulah kan, selagi ada ibubapa jgn sesekali kita derhaka terhadap mereka.. Al-Fatihah pada mereka yg telah pergi mendahului kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeemmm...apa yg kita dapat dengan menyakiti hati mereka, hidup kita kalau tiada redha ke dua org tua, akan menjadi sia2

      Padam
  12. alfatihah juga... maaf lambat terjah kebusyan sgt2 lately

    BalasPadam
  13. Salam KY ! al-fatihah...semoga kita menghormati kedua ibu bapa kita...dan berkasih sayang di antaranya...tiada mereka tiada lah kita di dunia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam azie,

      berharap juga agar kita boleh menjadi anak yg membanggakan mereka

      Padam
  14. .. mudah^an kita semua slalu berbakti dengan ortu. aamiin,, oia kak KY,, itu yang digambar puisi ato lirik lagu?!? ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...semoga begitulah....

      kalau itu akk tak pastilah mungkin lagu dr kumpulan nasyid

      Padam
  15. kisah alqamah menjadi pengajaran kpd kit....

    My recent post : Mardon Station - Artwork

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeemmm...agar jangan menjadi anak derhaka

      Padam
  16. sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga

    BalasPadam
  17. betapa besarnya pengormanan mereka..
    sunggu sangat disayang kan bagi orang yang tidak menyadarinya yea kak :(

    kisah yang sangat bagus kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm....betul itu sam, aar kisah ini menjadi teladan untuk kita,

      Padam
  18. Kisah Alqamah, sangat mencerahi kita. Salam ziarah sobat KY..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...jadikan pengajaran buat kita

      Padam
  19. Aku baru belajar blogging. Aku senang datang di sini ... Tampaknya banyak informasi yang besar di sini dan saya benar-benar menikmati ini. Hari yang bagus!
    Saya hanya ingin memberikan jempol besar untuk info yang Anda miliki di sini dalam tulisan ini. Saya mungkin akan datang kembali . Terima kasih!
    Saya juga mengklik iklan sobat karena dengan itu tujuan kita bersama membangun dan mendatangkan pengunjung blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sudi singgah ke sini, agar kita sama2 mendapat ilmunya

      Padam
  20. maaf dari seorang ibu yang membuat alQomah susah meninggal sob.. saya pernah baca cerita ini ...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemaafan dan keredhaan ibu yg kita butuhkan

      Padam
  21. Walau sehebat mana amalan, Jangan jadi derhaka kepada ibu bapa kita.

    BalasPadam
  22. Cerita Alqomah ini memang patut sering diulang-ulang. Anak kakak paling takut kalau kakak beri contoh dari cerita ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak2 mudah percaya dengan cerita begini, kita bukan mahu menakut2 kan mereka tapi sakadar pengajaran kan akk

      Padam
  23. Alhamdulillah sudah diberikan pencerahan lagi KY.
    Salam

    BalasPadam
  24. Kunjungan perdana nih masih newbie salam kenal dan salam persahabatan yah

    BalasPadam
  25. kisah ini di jadikan tauladan dan pengajaran ... sayangi ibu kamu

    BalasPadam
  26. terima kasih telah mengingatkan kak KY :)
    ibu...dia atas segalanya kecuali Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama WS, semoga kita sentiasa menyayangi mereka

      Padam
  27. gd n3, benar2 mengesankan !

    BalasPadam
  28. assalam KY :)
    bener-bener mengesankan,,
    itulah perjuangan seorang ibu kak yea :)
    trims yea kak sudah mengingatkan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam wbt....
      iya, pengorbanan ibu cukup besar dlm hidup kita tanpanya siapalah kita

      Padam
  29. Selalu dengar cite Alqamah ni....

    BalasPadam