Kebaikan-Kebaikkan Yang Tersembunyi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, Alhamdulillah, dapat lagi kita bersua, semoga ukhwah ini berkekalan, aamiin...u alls tahu kan, dalam hidup yang kita lalui sehari-hari ini penuh dengan kebaikkan, ye kan? cuba kita lihat kembali, perkara yang terkadang menyusahkan kita, tapi disebaliknya juga terselit kebaikkan, cuma kita saja yang tidak perasan..

Namun bagi mereka yang yakin pada Allah, mereka ini tidak merasakan semua itu adalah kesusahan atau sesuatu yang tidak menyenangkan, yang mereka nampak adalah kebaikkan. walaupun mereka di duga dan di uji dengan berat dan berbagai rintangan. Alangkah bahagianya jika kita juga salah seorang dari golongan itu.



Kenapa mereka merasa begitu? kerana mereka sentiasa percaya Allah tidak akan pernah mengecewakan mereka. Pernah kita mengeluh? eeemmm....pastikan? walaupun cuba mengelak, datang juga..saja nak mengetest keimanan yang kita ada, maklumlah iman yang ciput ni cepat sangat tergugat..

Sebab itu kita jangan sesekali bersangka buruk terhadap apa yang telah diberikan Allah pada kita, sebab kebaikkan ini akan kita sedari apabila kita berfikir, macam mana nak lihat kebaikkan itu kalau kita asyik marah-marah dan merungut saja...Astagfurullah al'azim...

Bukan semua perkara yang kita suka itu akan mendatangkan kebaikkan kan? kalau u alls tak percaya cuba baca ayat 216 surah al-Baqarah dan fahami maksud yang tertulis...

Biarlah Allah menyusun segala-galanya, kita hanya perlu berusaha bersungguh-sungguh, merancang kehidupan kita sebaik mungkin dan melaksanakannya mengikut kehendak Allah swt. dan yang paling penting jika Allah memberikan ujian, dugaan, kegagalan dan sebagainya, jangan cepat melatah dan menyalahkan Allah, fikir dan muhasabah diri sentiasa...wallahualam..