Gaya Memikat Kekasih Dan Tips Mengayakan Cinta Suami Isteri

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, Alhamdulillah dapat lagi kita bersua dengan izin dariNYA...kali ni KY nak cakap pasal cinta boleh? senyum je masing-masing kalau cakap pasal cinta ekk...hahaa, tajuk kat atas tu gempaq tak? kalau nak tahu gempaq ke tidak, kena baca artikel ni sampai habis..

Ok..Ilmu pikat memikat tentu menjadi satu kemestian bagi kita yang mahukan kelangsungan percintaan berjalan mulus atau lancar. Gaya bercinta setiap induvidu ada bermacam-macam. Bentuk dan gaya menentukan matlamat sebenar mereka. Apakah yang kita cari dalam percintaan????

Adakah kita mencari......

Cinta romantis >>> cinta seperti ini adalah percampuran emosi, keasyikan dan seksual yang kuat

Cinta suka-suka >>> cinta ni pula cinta yang tiada komitmen, kurang mesra dan tida perancangan jangka panjang

Cinta gila >>> cinta ni cinta yang diketegerikan melampau, cemburu buta dan suka menggongkong pasangan

Cinta terkorban >>> mereka berhati mulia, mesra dan tidak mengharapkan balasan daripada orang yang dicintainya serta sedia memaafkan kesilapan pasangan. Mereka lebih mementingkan kebahagian pasangan daripada diri sendiri. Biasanya mereka inilah yang sering ditindas dan dimanipulasikan oleh pasangan.

Begitulah gaya cinta orang sekarang yang boleh mendatangkan kebahagian atau kesengsaraan. Itu semua adalah pilihan masing-masing. Adakah kita-kita ini yang belum berkahwin (tidak termasuk KY ye hihii) inginkan cinta begini??? tepuk dada tanyalah hati  alls...

Bagi mereka yang dah berumahtangga, KY pun ada beberapa tips nak di kongsikan, tentang gaya cinta suami isteri, jom kita lihat dan amalkan semoga rumahtangga kita kekal bahagia InsyaAllah....

Gaya ikhlas >>> Cinta hanya milik kita berdua. Tiada siapa yang boleh mempengaruhi kasih sayang kita melainkan Allah s.w.t. Tali kasih sayang ini hak milik kitaberdua. Jangan biarkan orang lain cuba menjejaskan hubungan itu. Mengapa mesti percayai orang lain daripada isteri atau suami sendiri? Hanya pasangan  kita yang kekal menemani kita dalam susah dan senang.

Gaya impian >>> Cinta ini menyeronokkan bagi membuktikan kita berdua berada dalam landasan yang sama, arah tuju dan impian yang satu. Setiap hari mesti ada cita-cita yang akan kita berdua kejar hingga dapat. Ada perancangan yang rapi untuk rumahtangga. Merancang untuk memiliki anak, rumah, kereta dan apa sajalah untuk kepentingan bersama dan yang paling penting menambah ilmu, iman dan ibadah agar ketenangan hati suami dan isteri sentiasa terpelihara.

Gaya ibadah >>> Perkahwinan itu ibadah yang boleh merangsang iman kita menjadi lebih bertenaga, kalau dulu setiap ujian dihadapi sendirian tetapi kini ada teman di sisi yang mahu berbahagi kesusahan. Kalau dulu sembahyang hanya dapat satu pahala, tapi kini 27 darjat bagi sepasang hamba Allah yang sujud bersama-sama. Dulu rezeki yang diperolehi hanya dimakan sendiri, tapi kini apa yang kita nafkahkan untuk keluarga adalah sedekah yang paling utama di sisi Allah s.w.t.

Tapi tahukah kita dimanakah cinta sejati yang menjanjikan kebahagiaan berpanjangan hingga keakhir ayat? Selagi kita di sebut sebagai insan yang jauh dari kesempurnaan, maka kita tidak akan pernah memiliki yang terbaik, melainkan di syurga Allah dimana kekasih-kekasih yang diciptakan untuk ahli syurga adalah pilihan yang paling sempurna. Waahualam...