Wanita Sosial Dan Lelaki Soleh

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, apa khabar semua, KY harap semuanya sihat, maklumlah keadaan jerebu sekarang ni, agak membimbangkan di sesetengah kawasan, apa lagi kat KY ni, Kemaman, masih tinggi..siap kena pakai mask lagi, tapi bila pakai rasa macam sesak pulak nafas heee...ala..tak biasa kihhh...tapi harap-harap blog KY ni tak di landa jerebu juga, maklumlah dah jarang dapat on blog hahaaa...cukup intronya...hiih

Dalam hidup kita ni.....macam-macam ragam manusia yang kita jumpa, betulkan...ada yang baik...ada yang sebaliknya....Tapi jangan sesekali kita mempermainkan perasaan orang....Lelaki atau wanita bagaimana pun sikap dan sifatnya pasti mahu yang baik sebagai pasangan hidup kan?


Wanita sosial menjadi rebutan untuk dipermainkan, 

wanita solehah menjadi rebutan untuk di peristerikan. 

Lelaki sosial pula banyak mempermainkan wanita. 

Lelaki soleh pula banyak rasa tanggungjawab terhadap wanita.


Kalau tentang mencari pasangan hidup ini, kita memang harus berhati-hati, nak hidup bersama bukan sehari dua, tetapi selamanya...tapi untuk mendapat yang baik dan soleh, kita juga harus menjadi yang baik dan soleh juga, Allah kan dah janji, wanita / lelaki yang baik akan mendapat wanita / lelaki yang baik juga kan?

Biarlah kita menjadi rebutan kerana agama kita, kerana akhlak kita, kerana budi pekerti kita dan kerana kecantikan dalaman kita, bukan hanya cantik di luar tapi dalamnya????..eeemmmm...tepuk dada tanya hati dan iman...wallahualam..