Kalau Dah Jodoh

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, eemmm...tajuk dah macam rancangan Ustaz Kazim pulak heee, semakin hampir kita dengan bulan Ramdhan, semakin teruja hati ini, semoga Allah panjangkan usia agar dapat menjalani Ramadhan Tahun ini..aamiin. Kali ini KY ada satu cerita nak kongsi dengan u alls, kisah benar tentang seorang wanita dalam menghadapi liku-liku kehidupan, berbagai ujian dan dugaan dilalui untuk mengecapi kebahagiaan..

Biasalah kan semua itu, siapa yang mahu hidup susah dan sengsara, ceritanya begini, ada seorang gadis, yang kehidupannya biasa-biasa saja, dan dia juga seorang yang simple dan mudah didekati dan dia juga memang ramah dengan semua orang, namun dia seorang yang sukar di jangka. di alam remaja kehidupannya cukup sukar, tapi dia bukan seorang yang cepat putus asa. apa yang dia inginkan itu akan dia capai dengan usahanya sendiri.

Dalam kehidupan tak kan lari dari cinta, tapi gadis ini cukup teliti dalam memilih pasangan, sekali dia tak suka pada seseorang, jangan di paksa, takkan jalannnya heeee..dia seorang yang cukup jual mahal...maklumlah wanita, mana boleh merendah diri sangat kan? tapi akhirnya datang seorang lelaki entah bagaimana boleh menundukkan hatinya. dalam waktu yang singkat mereka bertunang dan merencanakan perkahwinan. namun kehendak Ilahi bukan begitu, di hari perkahwinan, sang lelaki tidak hadir, tanpa sebab dan musabab yang jelas, cukup kecewa sekali hati gadis itu, namun majlis tetap berlangsung kerana kad sudah di edarkan...

Tapi kalian harus tahu, walaupun gadis ini cukup kecewa, tapi dia tetap jalani kehidupannya seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku, semua rakan-rakan di tempat kerjanya hairan, tak kan begitu tegar sekali hatinya, namun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu, lagi pun dia punya keluarga yang sentiasa bersama, terutama abangnya yang sulung,  tidak biarkan dia sendirian...

Setelah beberapa bulan berlalu, gadis itu di risik oleh seseorang atas pilihan keluarga, lelaki ini ada ikatan keluarga dengan kak iparnya. setelah diselidik sedikit tentang siapa lelaki itu, akhirnya gadis itu membuat keputusan untuk menerimanya. (masih ada ke zaman sekarang yang mahu pilihan keluarga?). akhirnya mereka bertunang dan selepas dua bulan mereka menikah...waktu itu baru dapat kenal dan mengenali satu sama lain...(kalau di kira perkenalan mereka hanya memakan masa 4 bulan)

Bila di alam perkahwinan, kehidupan mereka sama seperti orang lain, mereka berdua menerima apa adanya, apa lagi suaminya yang memang seorang yang penyayang, dan gadis itu, yang u alls tahu, memang mudah mesra dan ramah, jadi tak ada masalah dalam komunikasi. Ada diantara rakan kerja yang bertanya, bagaimana boleh menerima pilihan keluarga dan kenapa secepat itu. U alls tak perlu tahu jawapannya, yang harus u alls tahu, gadis itu tidak suka hidup dalam kekecewaan, dan dia tak suka merosakkan hidupnya hanya kerana cinta, kerana dia tahu, Allah selalu ada untuknya, dan apa yang Allah diberikan untuknya adalah yang terbaik.

Dengan kasih sayang dan cinta kehidupan mereka dibina dan sekarang, gadis itu telah menjadi seorang isteri dan ibu kepada 2 orang cahaya mata yang telah Allah kurniakan padanya, yang menambahkan kebahagiaan dalam rumahtangga...dan KY mohon doa dari u alls agar kebahagaian dan jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga,



HAPPY ANNIVERSARY YANG KE 14 ( 1 / 7 / 2013 ) buat pemilik ILHAMKU DISINI...

Orang selalu bertanya, best ke bercinta selepas kawin? KY sudah merasakannya...pesan KY buat u alls, kebahagian dalam rumahtangga bukan terletaknya pada cinta semata-mata, yang penting kita menerima pasangan kita seadanya, sentiasa jujur, dan sebagai isteri sentiasa menjaga batas pergaulan serta tahu menjaga maruah suami..

83 ulasan:

  1. Bercinta sampai syurgaaa. Amin ♥

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...aamiin...terima kasih Nina

      Padam
    2. Amin2 heheh. mungkin itu yng di perlukan dlam Rumah tangga y mbk KY

      Padam
    3. eemmm...cinta, kepercayaan, kejujuran dan saling menghormati serta terima apa adanya

      Padam
    4. iya mbak KY, kejujuran dan menerima kekurangan pasangan emm.. moga pernikahan mbak KY langgeng ya...

      Padam
    5. wah udah 14 tahun yah...selamat, semoga sampai hayat dikandung badan...bahagia danceria selalu ya KY

      Padam
    6. terima kasih agus, itulah yg terbaik, jangan mengharap sangat kesempurnaan, kerana kita tiada yg sempurna

      Padam
    7. aamiin...terima kasih CT, semoga Allah perkenankan

      Padam
  2. happy anniversary KY......

    moga berbahagia dunia & akhirat Amin......

    p/s Yan pun bercinta selepas kahwin & berbahagia insyaallah moga berkekalan dunia hingga akhirat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...terima kasih Yan,

      cinta selepas kawin lebih manis dan bahagia kan?

      Padam
  3. Wah...dah lama tu 14 tahun.. Tahniah. Semoga ikatan perkahwinan KY bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat.. Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin....Alhamdulillah...semoga Allah panjangkan jodoh kami terima kasih RH

      Padam
  4. Hepy Anniversary KY.... moga KY kekal bahagia hingga ke syurga...
    Tak sangka KY pernah mengalami sejarah yang begitu pahit dalam hidup... dan sabar menghadapi...memang respect dengan KY...
    psst...cik abe tu pun apa kurangnya...mcm hero hindustan gitu hehe...sama cantik sama padan dgn KY...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih okje, setiap org lain ujian dan dugaan yg dihadapikan, Alhamdulillah...setelah diberi sedikit kesulitan, Allah berikan limpah kurniaanNYA yg tak terhingga, aaminn...

      mcm hero hindi ekk...mungkin dulu ada sikit kut, tapi bila dah berumur ni, berubah dah haaaa

      Padam
  5. cinta Allah milik segalanya.. cinta manusia hya persinggahan harp ky akan kekal bhgia dg suami si syurga nnti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...dan semoga Allah juga memberi kita cinta yg hakiki

      terima kasih suri

      Padam
  6. dah lama kak,,,
    semoga berkekalan mpe akhir hayat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...bertahan sehingga sekarang dan mohon doanya semoga ikatan ini berkekalan hingga ke syurga aamiin..., terima kasih maya

      Padam
  7. hem Romantis banget mbk jdi kpngen ni nanti kalu dah pnya hik heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. romantis ya? BL kalau dah punya calon, cepat2 nikahnya..

      Padam
  8. Happy anniversary...semoga kekal jodohnya hingga ke Jannah =)

    BalasPadam
  9. duuuuh romantisnya, semoga kekal dan langgeng sampai akhir masa ya kak KY :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...kalau kata romantis, tak juga WS, biasa2 saja, tak pandai romantis malu ah..heeee

      Padam
  10. moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...mohon doa semua,terima kasih aizamia

      Padam
  11. wah bahagianya lihat ky berduaan dengan suami tercinta... happy anniversary ya..? semoga selalu di beri kebahagiaan dan menjadi kluarga sakinah...amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...selalu berdoa agar bahagia..terima kasih nady

      Padam
  12. HAPPY ANNIVERSARY YANG KE 14 ...semoga Allah senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin, terima kasih Indah, mempunya keluarga bahagia impian setiap orang kan?

      Padam
  13. Masya-Allah diuji begitu hebat utk kali pertama akhirmya Allah kurniakan yg jauh lebih hebat Atie. Berkat tabah dan percaya qada' dan qadar Allah inilah dia.

    Selamat ulangtahun perkahwinan dari kakak. Tahniah 14 tahun sudah pun berlayar bersama!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak, kita kena selalu percaya pada Allah kan? DIA berikan duka dan DIA berikan bahagia...

      Padam
  14. bahagia kekal hingga ke syurga..amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...terima kasih ina, semoga Allah memberkati rumahtangga yg di bina InsyaAllah

      Padam
  15. tahniah kak...semoga ia berkekalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...aamiin...terima kasih kancil,

      Padam
  16. Tahniah! Selamat ulang tahun dan semoga kekal hingga ke syurga...
    Pasti menarik kisah percintaan selepas kahwin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...terima kasih BM,

      menarik itu mungkin tapi ia cukup pelik sedikit rasanya, maklumlah, tak pernah kenal, tup2 bersama heee

      Padam
  17. Alhamdulillah...... semoga berbahagia dengan pasangan dan keluarga hingga ke syurga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...selalu berdoa, Allah panjangkan jodoh hingga ke syurga, terima kasih SR

      Padam
  18. selamat ya KY, semoga tuntung pandang sampai akhir hayat. Salam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih TCC, aamiin...semoga semuanya diredhai Ilahi

      Padam
  19. assalamualaikum..KY :)

    itu pic semasa berkahwin ker? hehe

    sama padan sama lawa..:)

    semoga rumahtangga KY sampai ke syurga..amin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ayie,

      itu pic tumpang pelamin orang hahaaa...

      aamiin...terima kasih ayie

      Padam
  20. sweetnye :) sama padan sama cantik :) seronok bace entri nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih acik, doakan untuk akk juga ekk..hiihi

      Padam
  21. happy anniversary KY......moga berbahagia dunia & akhirat Amin......esok 2 Jul knah pula =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...terima kasih akk,

      eemm...esk akk pulak ekk..ada yg istimewa ke

      Padam
  22. wah ini memang pasangan yang setia, memang sebagai kaum wanita khususnya seorang isteri harus bisa memberi yg terbaik pada suami. suami isteri harus saling pengertian dan jujur serta memahami atas semuanya. saling percaya dan saling cinta itulah kebahagiaan yg terpenting dalam membina rumah tangga.
    salam sukses dan bahagia KY
    terima kasih sudah share

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...terima kasih PP, tanggungjawab suami isteri ni besarkan?

      Padam
  23. jodoh tak akan lari kemana, bila ALLAH menghendaki maka bertemulah dua insan untuk menyatukan hati dan tak ada satupun yang dapat menghalangi,
    tak ada yang sempurna dalam hidup ini, namun dua insan yang berjodoh bisa saling melengkapi demi menuju kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat,
    selamat sudah mencapai usia pernikahan yang ke 14 tahun, semoga bahagia selamanya dan menjadi pasangan yang langgeng hingga akhir hayat dikandung badan...... :-)
    salam dari Makassar - Indonesia

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Hariyanto, semuanya telah ditetapkan, kalau dah jodoh, walaupun tak kenal, Allah bukakan pintu hati kita untuk menerimanya, terima aksih untuk doanya..aamiin..

      Padam
  24. HAPPY ANNIVERSARY YANG KE 14,KY sungguh pasangan yang ideal,,semoga selalu bertambah kasih dan sayang sampai akhir hayat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...terima kasih AB, selalu berdoa semoga Allah berikan jodoh berpanjangan

      Padam
  25. congrats untuk Kak KY dan husband. saya ikut bersyukur dan berbahgia. semoga selalu menjadi yang sakinah dan forever bahgianya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih zach, walaupun masih panjang yg harus kita lalui, semoga Allah permudahkannya aamiin

      Padam
  26. Assalamualaikum KY.. terima kasih atas nasihatnya. Panduan untuk org bujang cam saya, hehe :)

    Dan untuk KY dan suami, selamat ulangtahun perkahwinan yang ke14 tahun.. semoga dikurniakan anak2 yg soleh, bahagia sekeluarga dunia dan juga smpai ke syurga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam Lana,
      harap ingatan itu berguna buat yg tengah mencari pasangan, berhati2 dlm memilih, tapi jangan terlalu memilih heeee

      terima kasih, semoga Allah memberikan kebahagian buat dirimu jua aamiin...

      Padam
    2. Terima kasih ats doanya.. betul tu, memilih tapi jgn smpai terlalu memilih, fuhhh..

      Akak..bleh saya tanya.. akak kahwin muda? :)

      Padam
    3. nak kata muda tak juga, dlm lingkungan 20 lebihlah...

      Padam
  27. salam...selamat ulangtahun yg ke 14......
    semoga menjadi panduan buat semua.... terimalah dgn seikhlasnya...sesungguh nya itulah yg terbaik buat kita......
    semoga kasih sayang sentiasa mekar buat akak dan hubby....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam Remy,

      aamiin..terima kasih dan semoga Allah cepat pertemukan Remy dengan hodoh yg baik InsyaAllah...hiihi

      Padam
    2. alhamdulillah....harap2 jodoh remy juga berkekalan......

      Padam
  28. Tajuk macam tajuk ceramah Ustaz Kazim...heee
    Selamat Hari Ulangtahun perkahwinan semoga jodoh keakhir hayat dan dilimpahkan rezeki lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihiih...suka tengok rancangan tu ..

      aamiin..terima kasih DH, dan semoga Allah juga memberi kebahagian dan keluarga yg bahagia buat DH InsyaAllah

      Padam
  29. happy anniversary .. sorry lamba sikit .. moga berkekalan hingga hujung nyawa.. saya setuju bercinta lps kawin lain rasanya .. sbb sy pun mcm tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..terima kasih Masya, sama ye kita....semoga ikatan yg dibina berkekalan...

      Padam
  30. Alhamdulillah . semoga berkekalan hingga akhirnya ... aaamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..terima kasih vee, berharap dan berdoa selalu semoga Allah kekalkan jodoh hingga ke syurga

      Padam
  31. tahniah, moga kekal bahagia bersama keluarga selamanyer yer

    BalasPadam
  32. kalau dah jodoh gk bakal kemana hemmm...

    salam kenal mba :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...betul tu jocker, walau dipisahkan lautan apa, pasti bertemu juga kan? hihihi, terima kasih ya

      Padam
  33. Photo sapa tuh mbak ?? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. photo siapa lagi kalau bukan mbak mu ini hihhihi

      Padam
  34. gadis itu tidak suka hidup dalam kekecewaan, dan dia tak suka merosakkan hidupnya hanya kerana cinta, kerana dia tahu, Allah selalu ada untuknya, dan apa yang Allah diberikan untuknya adalah yang terbaik.

    Suka ayat ni..kita sama..hidup byk liku.. akhirnya menerima seseorang yang baru dikenali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...selagi hidup ujian dan dugaan tak pernah habis, cuma caranya saja yg berbeza kan?

      Padam