Ingatlah Pesan Nabi SAW

Bismillahirrahmanirrahim

Kalau kita cakap pasal jodoh ni, pastilah kita tahu, semua itu urusan Tuhan, DIA yang menentukan segalanya, dan kita? berusaha mendapat yang terbaik. Dalam dunia yang serba maju ni, bukan senang nak cari lelaki yang benar-benar yang boleh dijadikan suami kan?

Tanggungjawab suami ini besar, dalam mendidik isteri dan anak-anak. Itukan bekal untuk kita diakhirat nanti..Doa isteri dan anak-anak yang soleh....eeemmm...untuk mendapat cinta syurga, bukan senang....pasti kita mahu cinta kita akan kekal abadi hingga ke SANA. Jadi dengan itu ingatlah pesan Nabi SAW kita...Baginda berpesan....


Setiap manusia akan berhimpun di akhirat bersama dengan orang yang dicintainya. Andai cinta itu berlabuh kepada pewaris neraka, maka kita akan berhimpun bersama dengannya di Neraka Jahanam. Nauzubilah! 
DAN
Andai cinta kita berlabuh kepada pewaris Syurga Firdaus, pasti kita akan berhimpun bersamanya di dalam Syurga abadi. InsyaAllah.