Kaabah Enggan Bergerak Ke Syurga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman dah Mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang surga tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi  neraka menuju ke syurga  bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, ia pasti akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang khafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah  yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah itu tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya. Lalu malaikai mengumpulkan semua yang pernah tawaf mengelilingi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tidak mahu bergerak. Kaabah menajawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak perduli orang itu berdosa atau tidak, yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diringi oleh semua orang yang pernah tawaf disekelilingnya. Malaikat mengadu  kepada Allah tentang hal yang berlaku... Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju syurga..

Subhanallah....KY harap perkongsian ini memberi sedikit manfaat buat kita semua..InsyaAllah..wallahualam

Sumber : Risalah Jumaat Rakan Masjid Al-Sollehin edisi ke10