Kalian Tahu Ada Lagu Di Syurga?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Semalam tengah-tengah KY membaca buku, di dalam itu ada satu hadis yang sangat menarik perhatian KY. U alls nak tahu, cuba u alls baca..


"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebatang sungai yang sama panjangnya dengan syurga sendiri. Di kedua-dua belah tebing sungai itu ada anak-anak yang berdiri secara berhadapan sambil menyanyikan lagu yang sangat merdu yang belum pernah didengar oleh seluruh umat manusia dan di dalam syurga itu pun belum pernah dilihat keadaan indah seperti itu."

Lalu ada orang bertanyakan kepada Abu Hurairah r.a, "Bagaimana senikata lagu merdu itu? Maka jawab Abu Hurairah, "Senikatanya ialah (InsyaAllah), tasbih, tahmid, taqdis dan puji-pujian kepada Allah SWT." (Riwayat al- Baihagi)

Bagaimana? indah tak lagunya? Kita pasti tak sangka rupanya ada lagu juga disyurgakan? Begitu indah dan merdunya lagu-lagu disyurga...Subhanallah. Lagu kita di dunia hebat-hebat tak? ada yang hebat jugakan? dapat anugerah lagi, tapi mana boleh lawan dengan lagu-lagu diri syurgakan?

Jadi apa yang harus kita lakukan? Eeeemmmm....betul tu, kita kena perbanyakkan dan selalu mengalunkan lagu-lagu dari syurga Allah...Wallahualam..