Tips untuk mendapat pasangan

Bismillahirrahmanirrahim

Ada yang tengah bercinta atau yang tengah mencari-cari pasangan hidup? apa??? oooo...ramainya hahaha... Nak cari pasangan hidup bukan senangkan? Masih ingat entri semalam, tentang pesan Nabi SAW..itulah cinta yang kita mahukan ye dak..Oklah..

Hari ini, KY nak bagi tips sikit kat u alls yang tengah mencari-cari jejaka idaman dan wanita impian. Sebenarnya tips ni dari Dato' Fazilah Kamsah..nak tahu takkk...okkk...jommmm


Tips 1 >>> Semua orang ada jodoh ataupun pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari kita. Jarang orang bertemu jodoh yang berada jauh darinya. u all suka ke bertemu dengan orang jauh, KY tak suka, dekat-dekat je lah, tak payah gaduh-gaduh balik kampung bila raya...hehehhe tapi apa nak buat kalau dah di tentukan, terima sajalah...

Tips 2 >>> Jodoh itu ketentuan Tuhan dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh berserta tawakal, dengan izin Tuhan kita akan bertemu pasangan kita. Minta pada Tuhan cepat-cepat temukan jodoh kita hahaaaa...(bagi yg belum bertemu jodoh)

Tips 3 >>> Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga kita bertemu jodoh. haaa...mana boleh putus asa, kalau putus asa nanti u all tak kawin tahu...hehehe

Tips 4 >>> Daya tarikan yang sebenar berpusat dari hati yang murni. Berusahalah mencuci hati daripada semua perasaan yang negetif terhadap semua orang. Ini paling penting, bukan luaran je jadi tarikan..

Tips 5 >>> Supaya mudah di sayangi, cuci hati dengan menjaga ibadah, solat taubat, memaaf, bersedekah dan berfikiran positif. Ini lagi penting..KY pun nak kena selalu buat supaya Allah sayangkan kita ..

Tips 6 >>> Bagi lelaki, tarikan pertama adalah pakaiannya dan bagi wanita pula wajah dan bentuk badan. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan kita. Ini tarikan luaran, u alls suka ke lelaki selekeh? eeemmm...KY tak suka, walaupun tak hensem sangat paling penting bersih dan kemas...kaum lelaki kena jaga penampilan okkk...hihihi

Buat kaum wanita pula, jagalah badan, biar nampak kemas dan cantik, tapi jangan pulak kalau body dah cantik dan slim, u alls pakai seksi-seksi pulak..tak baik tau, aurat kena jaga....

Tips 7 >>> Buka hati dan minda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta. Yang pernah kecewa tu, tak payahlah kecewa sangat, mungkin dia bukan jodoh kita...cari je yang lain hahaaa...

Tips 8 >>> Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik perlu disegerakan. haaa...yang ini masalah besar, kalau dah suka cakap je lah, tangguh-tangguh kan dah terlepas...tapi kalau wanita, janganlah buat macam tu, malulahhh...

Tips 9 >>> Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan. Maksud mesra kat sini, bukan yang aneh-aneh tu..kih kihhh....

Tips 10 >>> Berbual dengan pasangan. Tahu apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Yang ini semua orang kena ambil tahu..

Tips 11 >>> Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru perhebatkan hubungan mata. Haaa...yang ini KY tak tahu, boleh atau tidak, u alls boleh buat?

Tips 12 >>> Seimbangkan hidup kita dengan sempurna supaya diri kita menjadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan kita. Cari apa keistimewaan kita yang boleh menjadi penarik bagi hati si dia untuk terus mencintai kita...

Ok itu saja...Pasangan sejati adalah pasangan yang sanggup menghadapi cabaran dan dugaan dalam menghadapi kehidupan bersama. Kenalilah pasangan kita melalui hati dan peribadinya.