Rahsia Dan Impian Seorang Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Setiap hari kita sentiasa bercerita tentang wanita. Tentang wanita solehah, wanita muslimah, tentang impian wanita kan?, kita jarang dengar kisah lelaki, bukan tak ada, ada, tantang lelaki soleh, lelaki maskulin..hahaaa..tapi jarang kita dengar tentang impian lelaki kan? Jadi hari ini, KY nak ajak semua rakan KY menyelidiki dan mengetahui apa impian seorang lelaki. Nak tahu..jom sama-sama kita bongkar rahsia seorang lelaki....



Impianku adalah ingin menjadi pemuda yang beriman, Disaluti rasa gerun dan takwa kepada Allah, Jiwaku penuh penghayatan dan keyakinan terhadap Islam, Solatku lambang maruah diriku, Ilmu sentiasa diburu, disebar dan diimarah, Sentiasa lapar dan dahaga akan pahala, Sentiasa bersama mujahid yang berjuang fisabilillah, Tidak takut berkata benar, Tidak pernah gentar melawan nafsu.

Impianku adalah menjadi pemuda yang menjaga tutur katanya, Tidak bermegah dengan ilmu di dada, Tidak menyombong dengan harta dunia yang dianugerahkan, Sentiasa berbuat kebajikan kerana mengejar sikap pemurah, Mempunyai sahabat yang sentiasa bertambah.

Impianku adalah menjadi pemuda yang menghormati ibu dan ayah, Sentiasa berbakti kepada keluarga dan masyarakat, Memimpin dan menjaga kerukunan rumah tangga, Mendidik dan menyerapkan peradaban Islam ke dalam jiwa iateri tercinta dan anak-anak tersayang, Hidupku penuh kesederhanaan, Kerana dunia bagiku ialah rumah sementara dalam menuju akhirat hakiki.

Impianku adalah menjadi pemuda sentiasa bersedia menjadi iman, Hidup dibawah naungan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW, Mudah diajak berbincang dan bicara, Sentiasa menundukkan pandangan, Sujudku membuahkan rasa hina diri sebagai hamba, Tulus ikhlas mengharapkan rahmat Allah.

Impianku adalah menjadi pemuda yang tidak terlena dengan hambatan dunia, Kerana daku mengimpikan Syurga Firdausi, Disitulah rumahku kekal abadi, Dan aku ingin membawanya bersama! SIAPAKAH DIA?