Persoalan Basi-kah Ini?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, pejam jelik pejam jelik dah nak masuk setenggah bulan Januari kita lalui dalam tahun baru 2013 ini. Kerana masalah yang melanda KY tak sempat nak ucapkan Selamat Tahun Baru pada sahabat-sahabat. Jadi kali ini KY nak ambil kesempatan untuk berbicara dan bertanya pada u alls tentang "AZAM". Alaaa...azam tahun baru..tiap-tiap tahun ada azam, tapi KY hari-hari ada azam..hihi

KY tanya u alls ok..apakah persoalan tentang "azam" ini adalah satu persoalan yang basi?? fikir-fikir sikit. Mana ada basi kan? ini persoalan penting untuk kita sebab ianya akan mengingatkan kita pada impian. Impian siapa?? Impian kitalah..adakah ianya berjalan dengan lancar atau masih mencari-cari..impian yang lalu? Kalau azam yang pernah kita buat untuk tahun lalu belum tercapai macam mana pulak kita nak mulakan azam baru. 


Mungkin tidak semua azam kita itu menjadi kenyataan, bukan semua impian itu dapat kita raih..Kita mana boleh putus asa dalam mengejar cita-cita dan impian...tetapi dengan adanya usaha dan semangat untuk terus berjuang dan mendapatkan apa yang kita impikan....InsyaAllah..jalan untuk kita meraihnya selalu ada..

Namun dalam kesibukan itu jangan sesekali kita lupa akan perkara utama iaitu "IMAN". Dalam mengejar cita-cita di dunia ini, jangan kita lupa pada-Nya. Sesungguhnya, semua perkara yang datang itu adalah dari-Nya. Dan....ingat jangan sesekali lupa berdoa, kerana pada-Nya lah tempat kita meminta. 

"Jadilah orang cemerlang, kerana orang cemerlang sentiasa menjaga Ibadah dengan sempurna"

p/s: pada teman2 KY dari seberang untuk pengetahuan u alls "basi" itu adalah persoalan lama atau persoalan yang tidak penting..