Nak Tahu? Rabiulawal Bulan Kebesaran Nabi Muhammad SAW

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamulaikum dan apa khabar semua. Pada 13/1/2013 yang lepas kita telah masuk bulan baru iaitu bulan ke 3 dalam kelendar Islam, bulan apa tu? Bulan Rabiulawal. Bulan ini juga bulan yang istimewa kerana telah berlaku satu peristiwa besar yang akan diingati oleh kita terutama umat Islam. iaitu kelahiran Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Pada 24/1/2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434 bercutilah kita hehehe...cuti je ingat.

Untuk kali ini KY nak kongsi bersama sebagai ingatan pada diri KY juga tentang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada bulan Rabiulawal. Banyak sebenarnya..pertama kita perlu tahu pengertian Rabiulawal. Rabiulawal bermaksud bulan bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaan di tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal, pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah, kerana itulah nama bulan ini diambil sempena musim itu. Setelah kedatangan Islam Rasulullah saw mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Ok..sekarang kita selami sama-sama tentang peristiwa penting pulak..

1) Kelahiran Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw pada 12 Rabiulawal, tahun gajah bersamaan 23 April 571 Masihi.

2) Perlantikan Nabi Muhammad saw sebagai Rasul. Ketika itu Nabi saw berusia 40 tahun. Dan dengan itu bermulalah dakwah Baginda secara rasmi di Mekah al-Mukarramah.

3) Rasulullah saw sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dalam peristiwa hijrah. Baginda seterusnya tiba di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal. Pada hari itu buat pertama kalinya dalam sejarah Islam, Baginda dan para sahabat menunaikan solat jumaat.

4) Beberapa peperangan diantara tentera Islam dan tentera Kuffar, iaitu:
    @Peperangan Safwan iaitu peperengan Badar pertama
    @ Peperangan Bawat
    @ Peperangan Zi Amar(Ghatfan)

5) Nabi Muammad saw wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 7 Jun 632 Masihi. Baginda wafat di rumah isterinya Sayidatina Aisyah r.a dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6) Sayidina Abu Bakar as-Siddiq menjadi khalifah Islam yang pertama pada hari Rasulullah saw wafat.

7) Pembukaan Iraq. Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid r.a telah memasuki Iraq pada zaman Sayidina Abu Bakar r.a.

8) Pembukaan Baitul Muqaddis. Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 Hijrah.

Itu je peristiwa yang KY mampu catat, check balik ye seandainya ada yang salah tolong betulkan, takut-takut apa yang ada dalam simpanan KY tak lengkap.

Dan setiap tahun kita tidak pernah ketinggalan dalam menyambut hari istimewa ini iaitu Maulidur Rasul. Kenapa kita sambut hari ini setiap tahun? Sudah tentulah untuk mengingati Nabi Muhammad saw. Kita mahu mengenang, menghargai dan mengambil ikhtibar daripada kisah suka duka perjuangan Baginda saw. Dengan mengingati Baginda saw, mudah-mudahan bertambah subur kasih sayang kita terhadap Baginda saw.

Apabila kita bertambah kasih kepada Rasulullah saw, kita akan lebih bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah Baginda. Marilah sama-sama kita perbanyakkan selawat. Dengan itu mudah-mudahan Allah akan kasih kepada kita kerana mengasihi manusia yang paling Allah kasihi...wallahualam..



SALAM MAULIDUR RASUL 1434

89 ulasan:

  1. ta berkongsi info ye

    BalasPadam
  2. Salam kenal dari Che Mid..di tempat kami dah pun mula menyambut Maulid malam semalam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal kembali, terima kasih singgah ke sini,

      wah..tentu meriahkan?

      Padam
  3. mari sama berselawat ke atas Nabi SAW...sempena hari kelahiran baginda saw....perbanyakan berselawat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..ayuh yan, sama2 kita berselawat

      Padam
  4. dengan adanya perbedaan antara sunni maupun syi'i dsb.. lalu bagaimana sebenarnya dengan perbedaan jika mengetengahkan masalah tanggal tersebut?

    BalasPadam
  5. betul tu..semakin bertambah kasih bila kita menghayati perjuangan rasulullah s.a.w..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeemmm...Alhamdulillah, sama2 kita menghargainya dan selalu mengingati Baginda saw

      Padam
  6. terima kasih dengan info nie...

    BalasPadam
  7. walaikumsalam...
    artikel yg sangat bagos KY,mengingat kan kita semua akan sejarah Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw.
    semoga berkah KY...Aamiin.

    SALAM MAULIDUR RASUL 1434

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..semoga kita sama2 memperjuangankan ajarannya Baginda saw..InsyaAllah

      Padam
    2. wah bung reo lancar juga bahasa melayunya...
      like this...

      Padam
    3. Rawins, Reo memang lancar berbahasa melayu, mungkin reo mahu jadi org malaysia kut heeee....kata org banyak membaca luas pengetahuan..

      Padam
  8. Rupanya banyak peristiwa penting berlaku dalam bulan Rabiulawal ni ye KY....Terima kasih KY sebab berkongsi ...kalau idak memanglah tak ingat memanjang.....he..he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaa...itulah okje, kia fikir kita tahu semua, tapi rupa2nya masih banyak yg kita ketinggalan..sbb tu lah kena selalu membaca..

      Padam
  9. postingan yang mengingatkan diri bahwa betapa banyak kejadian bersejarah dalam bulan Rabiulawal yang nyaris terlupakan olehku...terimakasih sudah diingatkan kembali...salam :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeemm..betul tu, masih banyak rahsia yg kita keringgalan..sama2 lah kita mencari kebenaran..

      Padam
  10. Ternyata banyak sejarah yang tercatat di bulan rabiulawal ya... Di tempat daerah saya di jambi pun telah banyak acara menyambut maulid dengan pengajian dan baca kitab barjanji

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama juga disini..nanti pasti ada aktiviti bersama

      Padam
  11. ta berkongsi dialektika saja

    BalasPadam
  12. Saya datang meramaikan sob, mampir ke blogku yah

    BalasPadam
  13. tahun ni xda sambutan di sekolah....kalo x leh kongsi kisah ni..

    BalasPadam
  14. muga keberkahan bagi yang memperingatinya

    salam dari Semarang

    BalasPadam
  15. slamat mlm mbk. bener juga mbk. kita harus pertahankan budaya orang dulu'y mbk

    BalasPadam
    Balasan
    1. slmt malam BL..itulah..setiap tahun menyambutnya pasti kita akan lebih menyayangi Rasulullah saw dan akan terus memperingati NYA

      Padam
  16. Mari kita Perbanyaklah shalawat ke Rasulullah SAW.

    BalasPadam
  17. di kampung saya kalau Maulid Nabi pasti rame banget.
    lain dengan tempat tinggal saya sekarang sepi. mayoritas beragama hindu.

    jadi pingin pulang kampung nih..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. dimana2 kalau sambutan maulidurrasul pasti meriah, dengan berarak, berselawat ramai2 asyik

      Padam
  18. KY yang baik.. saudari ku seiman seagama.. aku mencintai semua saudaraku seiman.. makanya berat bagiku tuk menyampaikan komen dan nasehat.. kawatir marah dan tersinggung.. tetapi jika semua saudarku seiman memiliki sikap "Sami'na Wa Atho'na" dan pasrah dengan keputusan Allah maka aku berani menyampaikan nasehat.. Afwan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih apa yg payzo ucapkan, InsyaAllah...seandainya nasihat dan komen yg ditulis untuk memberi kebaikkan dn memperbetulkan kesilapan, KY terima dengan seadanya..

      terima kasih sekali lagi kerna sudi singgah ke sini

      Padam
    2. Aku senang karena kita bisa berbicara baik-baik.. dan bisa saling menasehati satu dengan yang lain... semoga kita menjadi hamba yang tidak salah jalan

      Padam
  19. bagos sekali KY, tercerahkan hati saya di pagi ini.
    damai di hati tatkala mengingat junjungan kita Rasulullah saw.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betol abang Zachflazz. Tahniah dengan blog ini. Comel sekali tulisannye. Saya sangat mengaggumi Nabi Muhammad SAW. Dan itu salah satu sebabnya saya letakkan nama "muhammad" di nama anak saya. Abbie Muhammad Furqan Haryono

      Padam
    2. Alamdulillah....zach hati sentiasa tenang seandainya kita sentiasa meningati dan mencintai Allah dan Rasulullah..

      Padam
    3. Asep, sebagai umat Islam, Rasulullah saw adalah roll model untuk kitakan?

      kebiasaannya kalau anak lelaki pasti kebanyakkan pwemulaan nama Muhammad..semoga juga anak2 Asep menjadi anak yg soleh aamiin

      Padam
    4. lik zach dan pa asep juga pintar
      aku ajarin dong...

      Padam
    5. Rawins, pengalaman orang yg lebih tua banyakkan? kita jadi murid nya aja..eehhhmmm....

      Padam
  20. waalaikumussalam ayie,

    samalah KY kalau pagi2 dah on tv al hijrah...nak2 kalau rancangan Assalamualaikum, apa lagi pengacaranya Amin Idris..lg lah melekat kat depan tv heee

    BalasPadam
  21. tq mengingtkan kisahnya.. byk ilmunya kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 yui...ilmu untuk kita sama2 ketahui..Alhamdulillah

      Padam
  22. subhanallah.. maha besar ALLAH ya. jika selalu mengingat rasul dan kuasaNYA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...semaikan dlm hati supaya kita tidak mudah lupa

      Padam
  23. singgah d sini dan follow.. follow me back yea.. btw byk ilmu leh dpt kat blog awk.. tQ.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..thanks..InsyaAllah..nanti KY singah

      Padam
  24. Terima kasih kerana mengingati kami semua tentang kisah ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...sama2 lina, terima kasih ya sudi berkunjung ke sini

      Padam
  25. Balasan
    1. terima kasih.., semoga bermanfaat buat kita bersama

      Padam
  26. Assalamualaikum KY,

    Terima kasih ya KY...dengan info dan peringatan ni..sama2lah kita ingat mengingati diantara satu sama lain...semoga kita semua dirahmati Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam Ros,

      InysaAllah...aamiin

      Padam
  27. Terimakasih atas pencerahannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 semoga bermanfaat buat semua, terima kasih singgah ke sini

      Padam
  28. Moga dgn maulid baginda rasulullah menambah kekuatan iman dan taqwa kita.
    Salam kunjung balas dari kakak. Follow sini juga yg ke 196

    BalasPadam
  29. Sangat banyak makna bagi kehidupan kita jika kita membacanya.

    Terima kasih untuk berbaginya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah....semoga bermanfaat buat kita semua. terima kasih kembali

      Padam
  30. artikel'nya bagus sangat.. dengan begini saya jadi tau peristiwa bulan kebesaran Nabi Muhammad SAW.. thanks ya.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...sama2 kita belajar dan mengetahui apa yg tersimpan.., ada lagi yg belum kita ketahuikan?

      Padam
  31. Alhamdulillah..sekali lg kita semua akan sama2 sambut hari kelahiran nabi Muhammad SAW....sayangnya nabi semasa wafat pun masih ingat lg kat ummati...ummati...adakah kita semua selalu ingat kat nabi junjungan kita...

    P/S :- peringatan utk diri sendirik juga....=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah....fiza, kita akan sentiasa mengingati Baginda dan mencuba menjadi umatnya yg solehah..aamiin..

      Padam
  32. allahumma sholli 'alaa sayyidina wa maulana Muhammad :)

    BalasPadam
  33. bismillahiranmanirohim.. mari kita bersama sama senantiasa membaca sholawat untuk baginda rhosululloh SAW. agar kita dapat barokahnya..amin

    BalasPadam
  34. terima kasih share info ni.... gaya penyampaian KY ni macam cikgu lah. bila anis baca terasa macam anak murid tgh dengar cikgu duk ajar dalam kelas hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam cikgu ek, dulu KY memnag ada cita2 nak jadi cikgu, tapi ke lain pulak heheee...

      sama2 anis, semoga ini dapat memberi kita manfaat InsyaAllah

      Padam
  35. Selawat ke atas baginda..

    thanks kongsi info kak.. :)

    xkan pernah bosan baca sirah Rasulullah s.a.w

    BalasPadam
    Balasan
    1. akk pun selalu mencari kisah2 sejarah islam ni, suka sangat baca..kadang2 baca tak dapat nak ingat, nasib baik ada blog, blh juga catat kat dalam....kan senang, kalau lupa, buka je blog..kan?

      Padam
  36. info berguna..kadang kita kata kita cinta rasullullah..tetapi banyak sirahnya yang kita tidak tahu..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemm...betul tu suri, maklumlah kalau belajar pun masa sekolah dulu, kalau kita tak ambil tahu, mcm mana nak ingat, bukan sikit sirah islam ni kan?

      Padam
  37. terima kasih tau awak untuk artikel ni.. banyak yang dapat saya belajar.. sebab saya ni pun bukannya seseorang yang arif tentang peristiwa2 Rasulullah dulu.. terima kasih ye awak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2, ingat mengingati sesama baikkan, ala kita pun bukannya pandai sangat, sentiasa kena cari info sebelum buat artikel ni, tak boleh sembarangan..kan salah susah pulak..

      Padam
  38. jadi ingat sebentar lagi maulid nabi
    aku sering lupa hari, soalnya hidup di tengah hutan

    terima kasih sudah mengingatkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo...tengah hutan, jadi askar? atau apa..

      Padam
  39. Balasan
    1. sama2 ratu..thanks sudi singgah ke sini

      Padam