Lagu Pilihan: Junjungan Mulia

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar sahabat semua. Sempena Maulidur Rasul ini , KY nak kongsi sebuah lagu yang tak akan pernah luput dalam ingatan. Lagu ni, dah berzaman, tapi masih segar dan akan sentiasa segar. Tak puas dengarrrr....Sebelum ni kan.. KY dah kongsikan tentang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rabiulawal...siapa yang belum baca, baca disini...jadi apa kata kita santaikan minda dan dengar lagu pulak..


Bagi rakyat Malaysia lagu ini dah tak asing lagi, tapi bagi sahabat KY dari seberang, mungkin ini pertama kali dengar....jadi dengar betul-betul tauuu...oklah..tak perlu cakap banyak..jom kita nyanyi sama-sama...


Junjungan Mulia-Al Mizan

(korus)
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul’awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

(Ulang Korus)

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

(Ulang Korus)

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

(Ulang Korus)




Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434 H, dan mari sama-sama kita berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw.