Sanggup Berkorban Demi Anak

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum


bila tah MY nak masuk kerja, tunggu panggil tak panggil2 lagi, abik peluang bermanja dengan blog MY lah, pagi2 buka akbar, terbaca berita yg agak sedih, tentang pengorbanan ibu.. kita selalu dengar banyak kisah tentang pengorbanan ibu, jarang sangat tentang pengorbanan anak, kenapa eerrkkkk...

betullah apa yg selalu di ucapkan orang, ibu boleh jaga 10 orang anak..namun , anak belum tentu boleh jaga ibu seorang..u alls dah baca ke kisah tu, kalau belum klik kat sini



kata syurga itu dibawah telapak kaki ibu, tapi kenapa ramai yg masih mengabaikan dia, bukan saja abaikan malah ada yg sanggup memaki hamun yg lebih parah yg sanggup pukul dan bunuh ibu sendiri..subhanallah...minta di jauhkan dari kita sikap kejam itu..


ini lagi satu sikap yg memang tak lari dari kita, merungut, baru je ibu suruh pergi ke kedai, dah bising, ini bukan je ada pada anak dewasa, yg kecik2 pun banyak, pantang suruh, ada je alasan, tapi kalau nak sesuatu untuk dia, laju je suruh ibu, ada ibu merungut...



hidup kita ni, kalau nak bahagia, senang dan tenang, redha ibu itu penting, kerana redha Allah datangnya bersama redha ibu....bagai di kata, "biarpun solatmu beribu ribu rakaat, sedekahmu berjuta juta ringgit, hajimu berkali kali, saat kau gores luka di hati ibumu, SYURGA ITU BUKAN MILIKMU"

Al Fatihah buat ayahanda dan bonda
Awang b. Hj Chik dan Munah bt. Jusuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan