Resepi Kek Coklat Kukus Gebus

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, sekian lama menghilang, sesekali muncul, kekok pulak rasa nak menulis. masih belum terlambat untuk MY mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat sahabat tersayang. kalian sentiasa berada di hati...

walaupun dah beraya, MY nak kongsi juga resepi, mana tahu takut masih ada yang nak buat kek lagi..hahaaaa...tapi u alls mesti buat, sebab kek ini memang sedap....tapi resepi asalnya disini...terima kasih ye cik matahari....resepi asal cup kek, MY bukan rajin sangat pun, jadi kukus sebiji terussss...

ada yang nak cuba? jom tengok resepinya..

 ini sebiji yg belum di potong

haaaa...yg ini baru cup kek, sikit je MY buat...

Bahan-Bahan :
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
Cara-caranya..
  • Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang
  • Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati
  • Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Kacaulah sehingga betul-betul sebati.
  • Setelah sebati, masukkan minyak.
  • Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati, kukussss..
senang je kan?.. biasalah MY ni, tak suka yang susah susahhh...terima kasih u alls, luang masa bersama MY, setakat ini saja kelas masak memasak kita kali ini....muahhhhh...wassalam