Suburkan Hati Dengan Rasa Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم


Hamka menulis "Akal itu diisi dengan ilmu, manakala hati diisi dengan agama". Jadi bekas bagi mengisi agama ke dalam hati adalah 'cinta'.

Cinta juga dikatakan makanan bagi hati, santapan bagi jiwa dan ubat penenang hati. Cinta juga boleh diibaratkan  jiwa bagi kehidupan. Bagaimana caranya kita hendak menguruskan hati dengan baik. Hati perlu disuburkan dengan cinta. Cinta yang subur membuahkan rindu. Rindu itulah yang menjadi magnet yang kuat bagi mempertemukan sang pencinta dengan cintanya.


Tapi harus diingat, hati-hati dengan cinta. Cinta itu boleh jadi madu dan racun pada kita. Cinta dapat mendorong kita kepada kebaikkan serta keindahan dan juga dapat menjerumuskan kita kearah kehinaan. Setiap orang pasti akan merasai kewujudan cinta dalam hatinya kecuali orang yang mati hatinya. Ramai orang cinta kepada kekasih, kuasa, wang, nama dan sebagainya.

Namun orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial menyalurkan rasa cinta kepada saluran yang baik, iaitu CINTA KEPADA TUHAN, cinta utama yang tiada duanya. CINTA KEPADA RASUL, adalah contoh cinta terbaik. CINTA KEPADA IBUBAPA, orang yang melahirkan, membesarkan dan mendidik kita dan CINTA KEPADA UMMAH, cinta teragung kepada masyarakat.

Induvidu yang mempunyai kebijaksanaan emosi, kemahiran berbual, kemahiran bersosial dan kecantikan dalaman lebih mudah didampingi dan diterima masyarakat, berbanding mereka yang sekadar cantik dan tampan pada fizikal sahaja. Itulah yang dimaksudkan dengan Kecantikan dan ketampanan sosial. Sama-samalah kita suburkan hati dengan cinta yang tulus ikhlas.