5 Syarat Buat Maksiat Yang Ok!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam buat semua sahabat KY. U alls terkejut tak tengok tajuk diatas? Jangan panik ok..heehehe.. Ok KY nak cerita satu kesah pada u alls, Kisahnya begini...


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham dan berkata, "Wahai Abu Ishaq, selama ini aku gemar bermaksiat, tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima 5 perkara dan mampu melakukannya, nescaya kemaksiatan tidak akan mengalahkanmu."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Katakanlah wahai Abu Ishaq apakah itu?"


1) Ibrahim berkata, "Pertama, jika kamu hendak melakukan maksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNYA."

Lelaki itu berkata, "Dari mana aku mahu makan sedangkan semua yang ada di bumi ini rezekiNYA?"

"Ya!!" tegas Ibrahim, "Wahai saudara, apakah patut kamu memakan rezekiNYA, pada masa yang sama kamu berbuat maksiat kepadaNYA?

Lelaki itu menjawab, "Tidak!!!!"

2) "Kalau kamu melakukan maksiat, jangan tinggal di bumiNYA." Syarat kedua ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim berkata kepadanya lagi, Wahai saudara, apakah patut kamu memakan rezekiNYA dan tinggal di bumi NYA?, sedangkan kamu melakukan maksiat kepadaNYA?

"Ya!!, engkau benar" kata lelaki itu.

3) "Kalau kamu masih hendak melakukan maksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat melihat olehNYA!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan lalu berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Tidak mungkin...DIA Maha Mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi."

Kata Ibrahim, "Ya!!! kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?
Lelaki itu berkata, "Ya!!!, engkau benar."

4) "Kalau malaikat maut datanghendak mencabut nyawamu, katakanlah kepadanya, 'Tangguhkan dulu ajalku, aku masih mahu bertaubat dan belakukan amal soleh'"

Kemudia lelaki itu mengelengkan kepala dan berkata, "Dia tidak akan menerimanya"

"Wahai saudara, jika kamu tidak berkuasa menolak malaikat maut supaya kamu boleh bertaubat dan tidak boleh menangguh ajalmu, lalu bagaimana kamu boleh selamat?"

5) Dan yang terakhir, kata Ibrahim, "Jika malaikat Zabaniyah a.s datang hendak mengiringimu ke neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Abu Ishaq, sudah pasti malaikat itu tidak akan membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran, "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." Katanya sambil teresak-esak..

U alls dah tahukan, 5 maksiat yang ok. Dari pandangan u alls, macam mana? ok tak? Cuba bagi pendapat u alls, dan KY harap dari cerita ini kita kena banyak memperbaiki diri, ingatlah tiada apa pun yang dapat di sembunyikan dari Allah...