Adab Bercakap Mengikut Sunnah

بسم الله الرحمن الرحيم

Ualls tahu tak adab bercakap? Kita ni hari-hari bercakap..kadang -kadang ada juga yang tak berfaedah, biasalahkan, kita manusia ni, ada kalanya nak bergurau senda..tak salah tu..asalkan tidak melampaui batas..kan? Ok..kali ni KY nak kongsi tentang ADAB BERCAKAP..

Petua Rasulullah Mengenai Adab Bercakap,

Rasulullah S.A.W bersabda, “Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah“.


Jom kita belajar sama-sama tentang adab bercakap..

1. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.

2. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

3. Jika seoarang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

4. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

5. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

6. Jangan sesekali meniru gaya percakapan  orang yang jahil dalam agama

7. Jangan bercakap secara berkumam mulut.

8. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang.

9. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.

10. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.

11. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.

“Jika engkau berada di rumah orang, hendaklah jaga matamu, jika engkau berada di antara orang ramai hendaklah jaga LIDAHMU dan jika engkau berada di dalam sesuatu majlis, hendaklah jaga perangaimu.” (Daripada: Ali bin Abi Talib R.A)

44 ulasan:

  1. nabi SAW klu bercakap selalu dengan suara yg jelas dan diulang 3 kali spy para sahabat dpt mengingati nya...dan ambil manfaat dari percakapan baginda SAW...

    kata bijak pandai...lidah lebih tajam dari mata pedang...terlajak perahu boleh diundur...tapi terlajak kata2...? ada yg berakhir dgn akibat yg buruk...

    perkongsian yg bermanfaat KY ^__^

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu ayie, lidah memang berbisa, kalau2 tersalah cakap boleh jadi fitnah pulak..

      mekasih...manfaat untuk diri KY dan sahabat semua...InsyaAllah

      Padam
  2. nice!! boleh la di jadi kan amalan seharian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kena amalkan selalu..supaya kita menjadi orang yg disenangi dan disayangi

      Padam
  3. hey , thanks for sharing ;)

    BalasPadam
  4. betul sekali sobat, semoga kita bisa begitu, amin..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum ^_^

    BalasPadam
  6. saya harus banyak belajar lagi nih Ky,pasal klu cakap saya suka asal jer....:)
    nice entri KY

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihiih..sama2 kita belajar..supaya menjadi lebih baikkan? thanks Reo

      Padam
  7. Kalau cakap dengan orang itu harus ramah and tak boleh berkata yang kasar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...betul tu, Rasulullah saw..sentiasa bercakap dengan lemah lembutkan?

      Padam
  8. mlm sob.. gk bnyk2 cmen tar kena abab ku mlh lari smua hahah

    BalasPadam
  9. salam akak

    satu nasihat yg bagus.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam...naim

      terima kasih..ingat mengingati antara kita...

      Padam
  10. elok memang jika kita bercakap dengan santun dan bertata. akan menghasilkan pembicaraan yang berquality dan indah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...nilai kita manusia santunnya ada pada bicarakan?

      Padam
  11. Memang kita sebagai Muslim harus menjaga Adab dalam berhubungan dengan siapapun. Makasih KY

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2...semoga kita akan menjadi muslim yg berhemah

      Padam
  12. pakjoe suka la bca entry dkt blog nie....lama2 pakjoe leh berubah dari nakal bukan jahat ye hahah berubah jadi bek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...kalau entri disini dapat membantu teman memperbaiki diri...terima kasih banyak2

      Padam
    2. hihihih pakjoe arap ky bt byk2 pun x pa hihi

      Padam
  13. Betul sangat terkadang kita lena saat bercakap dan entry post di atas setidaknya mengingatkan pada kita semuah tentang adab bercakap.. thank you

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulahkan..manusia, terkadang dapr mengawal dan terkadang tidak..

      Padam
  14. السلم عليكم ورحمة الله

    Manusia itu adalah insan mulia kerana dirinya iaitu berlemah lembut dalam berkata-kata dan menimbang baik apa yang dituturkannya agar tidak menyentuh perasaan dan hati manusia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ustaz,

      apa lagi kita yg bergelar umat Islam kan?...lemah lembut dlm setiap tutur kata dan perbuatan

      Padam
  15. jazakillahu khaira,,ukhti :D

    BalasPadam
  16. Pertamaxx..

    Subhanallahhh.. santun sklai kata2nya sobbb..

    BalasPadam
  17. jgn smpai krana mulot bdn binasa. . Kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeemmm...betul tu mee, kerana mulut itu jugalah..ramai yg pergi meninggalkan teman

      Padam
  18. tq kongsi ini ye

    BalasPadam
  19. .. gimana kalo kita bisik^ aja?!? agar gak kedengaran orang n ntar kesan nya ramai lagi. huhh ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau bisik di hadapan org ramai, itu lagi tak manis, nanti dikatakan mengumpat pulak...

      Padam
  20. Nice info...
    Perlu diamalkan di kehidupan sehari-hari...
    Btw,salam kenal... :)
    Kalau ada waktu,silahkan mampir ke tempatku y???

    BalasPadam
  21. adab bercakap kalau sesama jantina x de hal. masalahnya kalau nk bercakap antara lain jantina... ada jugak batas2 yg kena jaga... betol x..? hehehe

    BalasPadam