Nak tahu? Keajaiban Yang Berlaku Di Peperangan Gaza


بسم الله الرحمن الرحي

Kali ini KY nak kongsikan cerita yang berlaku di Gaza..Ada teman KY di fb, tagkan pada KY kisah ini, dan KY rasa ini patut dikongsi supaya menjadi ikhtibar pada kita dan mengetahui kebesaran Allah swt. Seribu kemaafan seandainya ini adalah kesilapan...

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza.


Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah BENAR yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

#ALLAH BERSAMA KITA...
DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA.

40 ulasan:

  1. met siang mbk trmksih mabk dah brbagi

    BalasPadam
  2. KA ada terbaca juga tentang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. KY rasa isu ini tidak diperbesarkan lah...kan?

      Padam
  3. السلم عليكم ورحمة الله

    Doa seluruh umat Islam bisa mengugatkan kedudukan Israel di sana meskipun pada dasarnya mereka ada kekuatan, namun pertolongan dari Allah tiada siapa boleh menghalang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ustaz,

      semoga ustaz sihat sejahtera

      hanya doa yang mampu kita kirimkan..terima kasih

      Padam
  4. Dari beberapa peristiwa dan kisah peristiwa ke enam saya merasa merinding, karena juka ulama bermimpi Ketemu Rosulullah ini jarang di dapat walaupun sekedar mimpi, tapi sepertinya mimpi itu merupakan Hidayah agar kita umat islam tetap bersatu, membela, dan meneruskan perjuangan Rosullah utk menegakkan Islam dan menumpas kemungkaran.
    salam sukses KY.
    terima kasih telah berbagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, kalau islam bersatu dan saling membantu, InysaAllah...kita mampu tumpaskan penjajah itukan?

      Padam
  5. Kakak pun dapat mesej ini dah terfiir betapa kuat dan angkuhnya Yahudi itu mereka pasti kalah dgn kekuasaan Allah. Doa kita semua buat Palestine.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka rasa kuasa yg mereka punya tak ada yg boleh mengalahkan..mereka belum tahu kehebat Allah swt kan?

      Padam
  6. allahu rabbi ..saya mendoakan keselamatan orang orang palestin, bukan saja di gaza, malah seluruhnya ..orang yahudi laknatullah ..

    BalasPadam
  7. takde plak nmpk ni kat fb..tq share di blog kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 yui, akk rasa isu ini tidak diperbesarkan..

      Padam
  8. masyaallah sungguh kebesaranNYA tiada duanya..?

    terkutuk engkau wahai yahudi. semoga kalian semua mendapatkan balasan yang setimpal...

    BalasPadam
  9. bila allah nak hntr bantuan sekelip mata je.
    mcm kisah abrahah nak serang kota mekah.
    hntr burung ababil je dah kalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, siapa yg dapat menduga bila akan turunnya rahmat Allah kan?

      Padam
  10. tkasih atas perkongsian dik ;)

    BalasPadam
  11. sama2 kita berdoa....moga banyak lagi keajaiban berlaku.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...semoga mereka di sana mendapat keredhaan Allah

      Padam
  12. subhanallah...Maha Suci Allah yang akan menolong hamba2Nya yang beriman

    BalasPadam
  13. tu semua kuasa allah s.wt..allah melihat kesengsaraan yg ditanggung rakyat palestin..tiba masa nya nanti akan hancur lah israel laknatullah itu

    BalasPadam
  14. semoga kedamaian segera hadir di Gaza....salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...itulah yang sentiasa di doakan buat mereka

      Padam
  15. Allahuakbar, allah maha berkuasa,tiada yg mustahil di tangan allah.....semoga selamanya GAZA di bawah perlindunganNya

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...dan doa seluruh umat islam sentiasa mengiringi mereka di sana

      Padam
  16. Allahuakbar...Subhannalah... Semoga semua umat islam diseluruh dunia bersatu dan mendoakan kesejahteraan umat Islam semua dari tangan Yahudi.

    BalasPadam
  17. Kalau Allah berkehendak...tiada siapa yg mampu menghalang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu okje, tiada kuasa yg lebih hebat dari kekuasaanNYA..

      Padam
  18. Hebatnya kuasa Allah swt. Allahuakbar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahhuakbar...DIA adalah sehebat2 kekuasaan

      Padam
  19. salam KY :)

    pertolongan Allah sentiasa ada bersama org2 mukmin :)

    BalasPadam
  20. Subhanallah...Gerun dengar cerita2 mcm ni. Cerita2 mcm ni lah yg kita nak dengar berbanding cerita2 yg direka semata2 mahu org berpihak kepada yg bukan hak. Palestin Tetap Segar Di Hati...

    BalasPadam
  21. Allahuakbar..inshaaAllah..Allah pasti akan bantu hamba2 yg berjihad ke jalanNya :)

    BalasPadam