Mereka Yang Ku Sayang


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....Hari ni..KY nak kongsi satu rahsia dengan u alls. KY nak bagitahu siapa yang sentiasa ada dihati KY. Jangan jealous tau heehee...

Orang yang pertama....

Dengarlah sebuah kisahku ini, Dia yang tabah kasihnya abadi, Demi aku berkorban diri, Kasihnya membawa ke mati.

Dia mithali dia teladan, Mendidik aku memberi pelajaran, Memerah keringat rela berpayahan, Demi aku di dalam belaan.

Dia memberi didikan sempurna, Agar menjadi orang berguna, Supaya ilmu tertanam didada, Kerana itulah tuntutan agama.

Diajar aku hormati guru, Supaya berkat mendapat ilmu, Orang tua juga hormatilah selalu, Disayang orang akan diriku.

Kerana dirimu banyak berjasa, Kukenang dirimu setiap masa, Walau dimana aku berada, Jasamu tidak akan kulupa.

Dia adalah IBUKU


Orang kedua...

Setiap saat aku menghitung kerinduan terhadapnya, Hingga sekarang..baru ku sedar, Ia sudah melimpah ruah, Rindu sangat padamu.

Ku tahu kerana kamu aku disini, Kerana kamu aku gembira dan kerana kamu aku merasa bahagia...oh..Rinduku semakin membara.

Semenjak kecil aku dibesarkan, Bagai menatang minyak yang penuh. Semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah. Dan semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang puteri.

Ketika aku mengalah, Engkau semangatkanku. Ketika aku sakit, Engkau penawarku. Ketika aku bersedih, Kau airmataku. Dan ketika aku ketawa, Engkau riangku.

Dan ketika engkau berduka???
Aku berharap akulah penawar duka laramu.

Dan dia adalah AYAHKU

Hanya gambar ini yang KY ada. Bila rindu KY akan tenung wajah mereka. Mereka telah lama dijemput Ilahi. KY tak sempat nak berbakti pada mereka di atas dunia ini. Semoga..mereka bahagia di sana...Al-Fatihah...

49 ulasan:

  1. patut laa sekali tgok ayie nampak ada iras2 muka KY..ibu KY rupanya...hehe...

    KY memang anak yg baik pd kedua org tua :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. anakkan ayie mestilah sama heee..ayie iras muka sapa ek..mak ke ayaha? hihih

      InsyaAllah..KY sentiasa berusaha

      Padam
  2. Moga KY merupakan anak yg berbakti kepada ortu.
    Happy blogging

    BalasPadam
  3. Semoga akak banyakkan berdoa ya.. :)

    BalasPadam
  4. walaupun mereka tlah tiada ky harus sllu berdoa buat mereka :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah Agung..KY takkan lupa terima kasih

      Padam
  5. slamat mlm mbk KY. smga kudua ortu mbk KY Di terima di sisinya Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin ya rabbal alaamiin..

      slmt malam teman

      Padam
  6. berdoalah dan bersedekah niatkan untuk mereka....moga amalan ini memberi pahala pada keduanya....Insyaallah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...aamiin, terima kasih yan..KY akan selalu berdoa untuk mereka

      Padam
  7. tanpa mak ayah takkan ada kita kat dunia ni.
    sedekah al-fatihah banyak2 untuk diorang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu nick, tanpa mereka tiada kita disini.InsyaAllah..terima kasih

      Padam
  8. wah terharu saya bacanya sobat, saya jadi teringat sama perjuangan ortu saya.

    oya ayah sobat keren bgt tuch... beneran dech

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih..isi hati seorang anak yg sedang merindu..

      keren ya? bapa KY asalnya india muslim

      Padam
  9. Salam KY...Ibu ayah lah org yang paling kita sayang kan...tanpa mereka siapalah kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam Azie..betul tu, kerna itulah kita tak patut melupakan mereka..jasa mereka terlalu besar buat kita

      Padam
  10. syurga dibawah telapak kaki ibu. kasih ayah sepanjang masa ;)

    BalasPadam
  11. Semoga ayah bunda KY diterima dan ditempatkan dalam Surga nya ALLAH SWT. Aminnnnnnnnnnnnnnnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin ya rabb alamiin...terima kasih doanya

      Padam
  12. Walaikusalam
    terkenang ya KY bila teringat orang tercinta yang dah meninggalkan kita.
    apapon...doa dari anak yang soleh dan solehah itu yg terbaik.

    Untuk Aayah dan Ibu Ky....
    Semoga dicucuri rahmat keatas ruhnya...aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..terima kasih reo atas doanya

      InsyaAllah...KY tak akan pernah doakan mereka

      Padam
    2. tu pasti nak tulis "InsyaAllah...KY tak akan pernah lupa doakan mereka"

      he...3X ada yang terlupa tuh KY

      Padam
    3. Allahuakbar...memang tertinggallah perkataan lupa..

      KY tak akan pernah lupa doakan mereka...InsyaAllah..terima kasih sekali lagi Reo..kesilapan teknikal aja tu heee bukan dr hati KY

      Padam
  13. mudah - mudahan di terima disisi-Nya, bagi KY bila ingin berbakti tentunya dengan mengiriminya do'a..

    BalasPadam
  14. neh mesti serbu laci neh kan . dpt gmbor zaman mane tah kan .. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..tau2 je mee

      godek2 laci terjumpalah...nasib baik ada lg

      Padam
  15. Artikel yang mengingatkan akan kasih sayang orang tua pada kita.Doa anak yang sholeh/sholeha yang dapat membantu mereka dialam sana.Semoga KY tidak lupa senantiasa berdoa untuk kedua orang tua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..KY tak akan pernah lupa doakan mereka..terima kasih teman

      Padam
  16. Pengorbanan ibu dan ayah sememangnya tidak dapat dilupakan KY..al-fatihah untuk ibu dan ayah KY..semoga mereka ditempatkan di kalangan org2 yang beriman hendaknya..amin..selalu-selalulah berdoa utk mereka ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..InsyaAllah..KY akan ingat selalu pesanan sahabat terima kasih

      Padam
  17. Syurga dibawahkan telapak kaki Ibu...kan KY

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemm...betul tu, dan kasih ayah takkan pudar

      Padam
  18. btol tu..ibu dan ayah..

    al-fatihah utk arwah..

    BalasPadam
  19. sebagai anak memang harus berbakti pada kedua orang tua, terutama ibu dan kemudian ayah, selamat dan sukses yah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..walaupun KY tak sempat berbakti pada mereka..namun KY tak akan pernah lupakan jasa mereka hanya doa yg mampu dikirimkan

      Padam
  20. Nice posting, maaf cuma kunjungan rutin aja :D

    BalasPadam
  21. so sweet banget kak.. saya terharu, karena kelak juga kalo saya udah menikah bakal ngrasain gmn rasanya jd ibu :)

    sukses ya kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks..luah hati seorang anak yg sedang merindu heeee
      sampai waktunya nanti semua akan melalui saat ini

      Padam
  22. alfatihah buat mereka...

    BalasPadam
  23. halo mbak... ane cuma mo salam2 aja...

    salam knal ya...

    BalasPadam
  24. allaahumma ighfirlanaa dzunubanaa wa liwaalidiina warhamhumaa kama rabbayaana shighaara... :)

    BalasPadam