Srikandi Islam: Asiah


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar...Alhamdulillah. dah lama rasanya KY tak menulis tentang srikandi Islam kan? u alls dah baca ke kisah sebelumnya tu..kisah tentang Maryam, namanya tercatat di dalam Al-Quran.
kali ini KY nak cerita pula tentang seorang lagi srikandi kita iaitu Asiah. Siapa yang tak tahu kisah hebat wanita ini kan? dan semua tahu beliau adalah isteri kepada Firaun.


Memeluk Islam
Dalam sejarah Islam, nama Asiah menjadi sebutan sehingga kini. Bukan kerana kecantikkan atau kedudukannya sebagai isteri Firaun, tetapi kerana keimanan dan ketakwaannya kepada Allah swt.

Asiah memeluk Islam tatkala pembantunya Mashitah dan anaknya di hukum bunuh oleh Firaun. Asiah terdengar anak Mashitah memujuk ibunya agar bersabar kepada Allah sebelum mereka menjalani hukuman. Justeru itu, hati Asiah yakin akan kebenaran tauhid lalu beriman. Sejak itu, Asiah menjadi pengikut Nabi Musa a.s dan mengingkari suaminya yang mengaku sebagai Tuhan.

Isteri Firaun
Di istana, hanya Asiah yang beriman kepada Allah. Suatu ketika, dia melafazkan kalimah Allah, lalu di dengari oleh pengikut Firaun. Berita itu kemuadiannya tersebar kepada suaminya. Asiah dihadapkan kepada Firaun. "siapakah Allah?" tanya suaminya yang zalim itu. "Allah Tuhanku jugs Tuhan seluruh alam semesta", kata Asiah penuh yakin.

Firaun amat murka, lalu memberi pilihan kepada Asiah, "jika kau mahu hidup bersamaku dan kekayaanku, kau hendaklah mengatakan bahawa aku adalah Tuhan, tetapi jika kau memilih Allah sebagai Tuhanmu, aku akan membunuhmu!", ugut Firaun.

Tanpa berfikir lama, Asiah tetap dengan keputusannya sebagai hamba Allah. Tidak sesekali dia melafazkan kalimah syirik terhadap Allah walaupun di depannya menanti hukuman yang menyakitkan.

Penghuni Syurga Allah
Dengan keputusan itu, Firaun mengarahkan tenteranya mengikat kaki dan tangan Asiah. Lalu mereka meletakkan batu besar di atas badannya. Dalam kesakitan itu, Asiah terus berdoa kepada Allah swt.

Allah mendengar doa Asiah, lalu dinampakkan kepada wanita solehah itu rumahnya di dalam syurga. Saat itu Asiah senyum menerima hukuman. Melihatkan kegembiraan wajah Asiah, Firaun berkata kepada pengikutnya, "Lihatlah isteriku yang aneh". Hakikatnya roh Asiah ditarik oleh malaikat dan berbahagialah Asiah menghuni syurga Allah swt yang kekal.

Itulah serba sedikit tentang sejarah srikandi kita Asiah. Asiah telah mengajar kita untuk lebih mencintai Allah daripada kesenangan dunia. Ini kerana cinta Allah akan membawa kebahagian yang kekal di dunia dan akhirat....aamiin.

Doa Asiah
"Wahai Tuhan, bangunkan untukku disisimu sebuah rumah di dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya yang buruk dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim"

Jom dengar sama-sama lagu Ratu Syahadah, khas buat Srikandi Islam kita


41 ulasan:

  1. Subhanallah. hebatnya peribadi Asiah kan, banyak yg boleh kt terapkan dlm kehidupan sharian kt, mcm ky cakap, mengajar kt mencintai Allah LEBIH dr kesenangan di dunia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. srikandi kita memnag tak ada tolok bandingnya kan?..walaupun kita tidak mampu menjadi sepertinya namun jadikan srikandi2 islam ini sebagai idola kita..

      Padam
  2. Luar biasa...sangat mulia kedudukan aisyah di dalam islam. semoga kita bisa mengambil contoh untuk kehidupan sehari hari. Aamiiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...tapi Indah ini Asiah, isterinya Firaun..

      aaisyah itu isteri nabi Muhammad saw kan?

      Padam
    2. mba indah pasti buru-buru :D

      Padam
    3. heheee...sekali pandang macam aisyah kali..

      Padam
  3. semoga para wanita bisa meniru seperti apa yang aisyah lakukan, keimanan yang begitu kuat... sebagai laki - laki kita juga mengambil hikmahnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah....menjadi idola dalam menjalani kehidupan yg sempurna dan lebih baik aamiin

      Padam
  4. jadikan aisyah sebagai idola ... in shaa Allah ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah....Asiah yang sebetulnya

      Padam
  5. semoga wanita muslim semuanya bisa meniru aisyah. yang selalu berada pada jalan ALLAH. amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...di zaman kini untuk beribadah sempenuhnya memang sukar, namun itu semua bukan alasan, mencari diri sejati dan yg penting sentiasa mengingati Ilahi..

      Padam
  6. ini nih yang harus dicontoh oleh wanita-wanita islam. bukannya meniru yang kebarat-baratam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...betul itu fian, sepatutnya mereka yg meniru kitakan? wanita solehah

      Padam
  7. met pgi mbk maaf baru berkunjung,ni heheheheheh trmksih mbk postingannya dah mau berbagi pengalaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. slmt petang BL, sama-sama, semoga ini juga mampu memberi kita sedikit motivasi dlm menjalani kehidupan sehari-hari

      Padam
  8. Subhannallah... hebatnya Asiah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. subhanallah...insan terpilih menjadi penghuni syurga Allah

      Padam
  9. dulu masa skolah mnengah, minat giler ngan lagu ratu syahadah tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...KY pun suka sangat.., banyak lagi lagu mengenai srikandi2 ini,

      Padam
  10. hebatnyer Asiah ni kan..pernah baca cerita2 tentang beliau juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. zaman sekolah dulu selalu dengar cikgu bercerita, tapi itulah tak pegang mana apa yg disampaikan..tapi bila dah dikaji balik kisah2 ini mampu memberi semangat dan kepercayaan kita untuk lebih menjadi yg terbaik

      Padam
  11. semoga kita termasuk didalam golongan yang selalu berkah dan senantiasa bahagia dunia akkhirat bersama keluarga dan para sahabat :) .

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...selalulah kita muhasabah diri

      Padam
  12. subhanallah begitu tegarnya sosok Asiah hingga ajal menjemputpun masih menyebut nama ALLAH dihdapan firaun yang menyiksanya....betul betul kisah yang menggetarkan, dan menjadi pembelajaran bagi orang yang mau berpikir....salam :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerana beriman dan takwa kepada Allah, segala ketakutan hilang..yang ada hanyalah percaya Allah dan terus beriman

      Padam
  13. wa'alaiqumsalam.wr.wb.
    sebuah contoh keimanan yang patut diteladani oleh kita umatnya, betapa harta kekayaan tidak membuat Asiah berubah.
    semoga kita semua termasuk kedalam orang orang yang telah disiapkan rumah terindah disurga-NYA....aaaaammiiiiin

    salam sehat selalu untuk KY dan keluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. salah seorang wanita contoh, aamiin..

      perlu selalu menyakinkan diri bahawa hidup bukan semata2 kerana harta

      Padam
  14. Begitulah cara kerja hidayah,walaupun hidup berlimpah harta dan kekuasaan tetapi saat hidayah diberikan tuhan ke dalam dadanya,maka akan tertancap kuat walaupun kematian menjadi ancamannya.
    Sungguh firaun bodoh menyia-nyiakan istri seperti Asiah.
    Beruntung pula kita hidup dijaman sekarang,bisa jadi kalau jaman firaun termasuk yang menyembahnya..
    Terima kasih KY sudah berkongsi.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. untum mendapat hidayah bukan senangkan? setuju dengan pandangan AB, terima kasih

      Padam
  15. allahu akbar..hebat keimanan dn katakwaan asiah.

    firaun memng jhat

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeemmm...semoga kita boleh jadikan beliau semangat untuk teruskan kehidupan

      Padam
  16. adakah di antara kita yang sanggup menjadi seperti asiah ni?? sekarang pun kita dah boleh lihat di Syria.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeemmm..kalau ditanya egitu, susah nak jawab ni, mungkin boleh cuma di mulut, yg penting kita kuatkan keimanan dan ketakwaan pada Allah swt

      Padam
  17. Mudah2an kita tergolong srikandi islam. Amin

    BalasPadam