Bilakah Hari Yang Paling Indah Dalam Hidup Kita?

بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang lelaki yang benar-benar dapat menikmati hidupnya berkata: "sebenarnya hari yang paling indah ialah hari ketika kita mampu menguasai dan mengawal dunia, bukan sebaliknya. Hari yang paling indah adalah hari ketika kita sanggup mengawal nafsu dan selera kita dan kita tidak tunduk hingga menjadi rendah dan hina tidak berdaya."

You alls nak tahu tak? Bilakah hari yang paling indah dalam hidup kita? Meh KY bagi tahu..

HARI YANG PALING INDAH DAN MENGESANKAN IALAH:

@ Ketika kita dapat menguasai diri sendiri dan keluar dari keraguan sama ada boleh atau tidak.

@ Ketika kita ragu antara amalan yang mendapat pujian orang dan amalan yang tidak mendapat sebarang pujian, bahkan tidak diketahui orang lain. Lalu kita lupakan pujian itu dan memilih amalan yang tidak diketahui orang.

@ Ketika kita mempunyai banyak wang, sedangkan hati kita tidak merasa kedamaian. Kemudian kita memilih tidak punya apa-apa daripada mempunyai hati yang resah berterusan.

@ ketika kita menerima sesuatu yang sedikit tanpa menyedari apa yang telah kita lakukan tetapi jika kita terima banyak... puji dan syukur kepada Allah.


Hari paling indah ialah
hari ketika kita mampu
mengawal diri kita.

Janganlah menyangka bahawa selepas
kebaikkan tidak ada lagi keburukan,
sebenarnya keburukkan itu sentiasa ada.

Redhalah dengan apa yang kita perolehi,
Terimalah pemberian Allah apa adanya,
Lupakanlah angan-angan,
yang tidak sesuai dengan,
Yang kita usahakan dan di luar kemampuan.

Wallahualam..

29 ulasan:

  1. betul tu setuju sgt!

    BalasPadam
  2. kalo student hari yg paling best time terima result exam..bg pasangan bercinta pulak hari best time diijabkabul..kalo org kerja hari paling best time terima gaji :)

    BalasPadam
  3. sikap ragu2 melakukan sesuatu memang byk merugikan hidup kita...sebab lambat merebut peluang yg ada...sedangkan peluang tak sentiasa ada utk kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeemmm...betul tu ayie, peluang yg ada kena ambil walau apa pun risikonya...yg dengan cara terbaik

      Padam
  4. suka entri ni....:)
    semua hari itu indah,tapi hari jum'at paling indah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hari jumaat yg penuh berkah..terima kasih Reo

      Padam
  5. Terimakasih KY, banyak siraman buat hati, yang Laurencius temukan disini. Salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 Laurencius, sama2 mencari yg terbaik dalam hidup kita

      Padam
  6. setuju sekali ...janganpernah merasa bangga dengan apa-apa yang ALLAH berikan ke pada kita ,tapi bersyukurlah atas apapun pemberian nya...nyambung...nyambung....nyambung kak ky

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih mahbub,..semoga sama2 kita melakukan yg terbaik

      Padam
  7. salam KY...
    betul tu KY....hari yan indah hari yang kita dapat atasi kemelut yang ada....terasa indah dan bahagia....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hari yg indah itulah yg sentiasa kita nantikan

      Padam
  8. hal terindah dan kado terindah saat kita bisa menjadi mood booster bagi seseorang :D

    lanjutkan kak ^_^

    BalasPadam
  9. subhanallah,posting yang sangat baik dan bermanfaat untuk mengingatkan kita semua.
    terimakasih sudah berbagi sob

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...semoa kita bisa sentiasa berbagi ilmu dan menjadi insan yg terbaik hari ke hari..aamiin

      Padam
  10. hurm..saya setuju sangat2.. semua tu adalah betul :)

    BalasPadam
  11. hari paling indah apabila kita mampu mengawal nafsu nafsi kita..

    BalasPadam
  12. hari yang paling indah ialah ketika dapat pacar baru..hehehe
    salam kenal ya..

    BalasPadam
  13. hari paling indah saat memegang tangan si wali, melafazkan akad ikrar janji, sehidup semati.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. memanglah...kerana di ijab kabulkan denga insan tersayang...hehee

      Padam
  14. betul tu..hari yg paling indah dlm hidup kita tak banyak..so, pandai2 lah memanfaatkannya

    BalasPadam