Eh Eh!! Sombongnya Dia


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, sombongnya dia.... "Tiada maaf bagimu" macam tajuk filem pun ada heeee. KY rasa ungkapan ini sering kali diucapkan oleh seseorang yang sukar memaafkan kesalahan orang lain, betul tak? nak tahu sebab apa? sebab sifat ego yang menguasai diri. sifat ini juga boleh merenggangkan tali persahabatan, persaudaraan dan berbagailah..


Cuba kita definisikan maksud EGO, apa itu ego. pada pandangan KY, ego ini adalah tanggapan seseorang terhadap harga dirinya. ego juga boleh dianggap sebagai perasaan mementingkan diri sendiri atau menganggap lebih bijak, lebih istimewa dari orang lain. teruk betul sikap macam ni, sebab, kerana ego juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi angkuh, bongkak dan sombong. 

Tanda-tanda seseorang itu ego
Orang yang ego ni kita boleh lihat, sebab luarannya sangat menonjol, antaranya
1) menolak perkara-perkara kebenaran
2) tidak mahu mengikut peraturan
3) tidak suka mengikut arahan
4) sukar bertegur sapa dengan orang lain
5) isi perbualan sentiasa melebihkan diri sendiri
6) panas baran dan cepat melenting
7) sukar meminta maaf dan sukar memaafkan orang lain

Eeeemmm....itu baru tanda-tandanya, bagaimana pula kesan-kesannya? eemmm...lebih dasyat lagi..
1) mudah lupa diri
2) tidak ramai kawan
3) menjadi bahan cemuhan orang lain
4) sukar menerima  bantuan
5) timbul sifat buruk seperti riak dan takbur
6) hati sentiasa gelisah

Tengok? kita mahu ke dipulaukan oleh sahabat dan masyarakat? kitakan hidupnya bermasyarakat, punya jiran, punya sahabat..tak suka ke??? KY suka tau punya ramai sahabat... tapi jangan risau, kalau ada tanda-tanda dan kesan-kesannya, pasti ada cara megatasinya...


Cara-caranya begini
1) latih diri untuk sentiasa tersenyum kepada orang lain..macam KY hehehee
2) ikhlas melakukan sesuatu perkara
3) ringankan mulut meminta maaf dan mudah memaafkan orang lain
4) berfikiran terbuka seumpaamanya dapat menerima pandangan orang lain
5) sentiasa menghulurkan bantuan pada yang memerlukan
6) kurangkan bercakap perkara yang sia-sia
7) merendah diri dalam segala hal
8) menghadiri majlis-majlis ilmu
9) banyak berzikir dan membaca Al-Quran
10) berkawan dengan semua orang

Bersyukurlah kita diberi peluang hidup dan merasa suka duka kehidupan di bumi Allah ini. kenapa perlu kita sombong sesama kita. kita ini kaya ke, miskin ke, cantik ke, kurus ke, gemuk ke..kita semua sama saja di mata Allah...kalau kita terus bersikap begini? siapa yang rugi? bukan orang lain, tapi diri  sendiri. oleh itu, jom sama-sama kita eratkan tali silaturrahim...