Kurus Tak Semestinya Cantik


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, ada yang senyum sendiri ke lihat tajuk tu, "kurus" siapalah yang tak mahu kurus, langsing kan? kalau ditanya sesiapa saja diatas muka bumi ini, apa lagi yang bergelar perempuan, pastilah jawapannya mahu mahu mahuuuu....kan? cantik ke kalau kurus? yang berbadan gempal bersungguh diet nak kurus, tahan lapar..padahal gempal sikit cantik apa..

Persoalan yang KY nak tanya adalah perlu ke menyiksa diri nak jadi kurus? Pengalaman KY lah, kurus tu tak cantiklah...kata orang nanti ditiup angin dah tumbang hehehee....U alls tahu cantik itu subjektif. pandangan mata kita ni berbeza, itu tak dinafikan. keadaan fizikal yang besar dan gemuk sering dianggap buruk padahal itu semua sepatutnya tidak berlaku. setiap orang seharusnya positif, tak semestinya gemuk itu berpenyakit dan yang kurus itu sihatkan? 

Sekarang kalau kita tengok, banyak sekali produk untuk kurus, KY cari juga produk untuk gemuk..tak ada pulak..dan yang hairannya, ramai yang sanggup berhabis duit dan ada juga yang sampai pertaruhkan nyawa gara-gara nak kurus, berbaloi ke? Padahal kita boleh berdiet secara sihat tanpa mengeluarkan wang ringgit.  Haaaa...nak tahu tak? KY nak bagi tips ni...Jom ikut cara KY..


1) Bersukan
Dengan bersukan tubuh kita akan menjadi sihat, sistem tubuh juga akan berfungsi dengan baik. tak kiralah bersukan apa pun, dan cuba cari masa walaupun seminggu sekali saja..itu dah memadai

2) Kunyah makanan
Yang ini KY pun jarang buat kut, hihihi...tapi cubalah amalkan, memang bagus untuk kesihatan kita, ini cara Nabi kita makankan?

3) Jenis makanan
Jenis makanan penting tahu, jangan sembarangan makan, apa lagi makanan-makanan laut, kolestrol tinggi tu..KY memang tak makan makanan laut. makanan paling bagus untuk kesihatan adalah yang mengandungi karbohidrat dan lemak, tapi jaga-jaga tang lemak tu..jangan makan banyak-banyak, nanti dapat penyakit lain pulak...heee

4) Makan dengan teratur
Setiap hari makanlah dengan teratur, dimulakan dengan makan pagi, makan tengahari dan makan malam. tapi susah nak amalkan, sebab kalau dah sibuk dengan kerja memang tak akan ikut waktu kan? apa pun janan sampai tak makan, nanti ke gastrik pulak..itu lagi bahaya...

5) Tidur yang cukup
uuuuu...bab tidur ni, siapa kat sini pantang letak kepala terus lelap? bahaya betullah orang macam ni, kat mana pun letak kepala, terus tidur, senangnya heheeee...
u alls, tubuh kita ni, memerlukan sekurang-kurangnya 8 jam waktu berehat. u alls cukup tak tidur, eeeemmmm pasti tak..nak buat macam mana kan, baru nak lelap mata teringat blog belum update heheeee...
yang penting jaga kesihatan, tapi kalau nak datang sakit, terimalah, itu ujian kecil buat kita...

Oklah...itu je tips yang KY nak kongsi dan berharap adalah yang sudi nak ikut, kalau nak cantik hihihih...