Sentiasa Ada


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar semua, lamanya KY menyepi dari berblog ni, bukan tak suka dah dengan blog, tapi apakan daya masa tak mengizinkan. u alls rindu KY tak? KY rindu sangat kat alls..rindu nak jalan-jalan, rindu nak bergurau senda hihihi....rasanya hampir seminggu juga kan?

Apa-apa pun KY nak ucapkan terima kasih buat alls kerana mendoakan kesihatan buat KY, ada juga satu dua pertanyaan dari alls yang perlu KY jawab, tentang penyakit apa yan melanda KY. Alhamdulillah..tak adalah penyakit yang merbahaya yang KY alami, cuma demam biasa saja, cuma kali ini sedikit parah...dengan batuknya..sampai-sampai hilang suara KY, nak bercakap pun susah...syukur pada Tuhan kita semua ini masih diberi kesempurnaan...Alhamdulillah..

Oklah..setakat ini aja buat masa sekarang, masih mencari-cari idea untuk entri seterusnya...KY tinggalkan u alls dengan pantun, khas buat semua...


Bulan cerah di malam hari,
Bintang berkelip hingga ke pagi,
Terima kasih kerana memahami,
Segala kelemahan diriku ini.

Tebar jala untuk perangkap,
Ingatkan ketam rupanya sepat,
Padamu sahabat aku berharap,
Disudut hatiku namamu terpahat.

Senyum manis terukir dibibirmu,
Hilang duka terpancarlah rindu,
Marilah kita ukir sesuatu,
Agar persahabatan indah selalu.

Termenung sebentar diwaktu senja,
mengharap fajar akan menjelma,
Padamu Tuhan ku panjatkan doa,
Agar persahabatan kekal selamanya.