Resepi Apam Kukus Pelangi


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan selamat hari selasa..sekejap je, dah sampai pertengahan minggu...u alls tengah buat apa? Hari ni KY nak bayar hutang pada pembaca blog KY. hutang kena bayarkan? hutang dan janji kena langsaikan...

nak tahu tak hutang apa, bukan hutang duit, ingat duit je boleh hutang? ada lagi benda lain..bila KY bayar u alls kena belanja tau..

hutang resipi apam gebus (Apam kukus pelangi)


Dah dapat resepi ini, jangan tak buat pulak, rajinkan diri..yang ada isteri tu, paksa orang rumah buat hihihi...


Apam Kukus Pelangi

Bahan-bahan

3 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar air suam
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecil esen vanila



Cara membuatnya

Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak.

Masukkan air dan esen vanila dan gaul hinga rata. bagi beberapa adunan letakkan warna.

Kukus.


Haaaa...tengok simple je kan? buat tauuuu...dan jangan lupa warna pelangi tu, KY sebab tak cukup barang, jadilah pelangi 2 warna je...