Kamu Hensem, Tetapi Gara-Gara Seutas....Kamu Ditolak


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan ku taburkan senyuman untuk semua, Alhamdulillah..hari ini sudah 5 hari kita berada di bulan Rejab, ingatkan hari ni nak kongsi resepi lagi, tapi tak apalah, esok-esok pun ok..hari ini KY nak cerita pada u alls satu cerita yang menyayat hati, pasti setelah membaca u all nak membantu lelaki ini. jangan kerutkan kening? atau biarkan mulut ternganga atau seangkatannya..jom kita mula menyelusuri kisah pemuda malang ini...


Al-kisahnya....Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi... Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya.

Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?" Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan?Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja.

Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawab pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?"

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawab,tapi nanti kalau saya jawab, kita pasti akan bersoal jawab mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isetri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi."Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya.Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya." katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?"Sambil berdiri orang tua tersebut menjawab dengan lantang, "Masalahnya....




SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAK MAMPU BELIIII..."

90 ulasan:

  1. hensem pun salah....hehehe....

    BalasPadam
  2. wah kalau begitu saya juga tidak akan bertanya lagi "sekarang jam berapa?" pada orang tua yang saya temui dimanapun hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehhee...ya kena hati2 kalau mahu bertanya, takut juga kalau tak bertanya sesat jalan nantinya huhu

      Padam
  3. he heee....memang tak betul kot pak cik nie.....

    BalasPadam
  4. hahahahaa...ada ada saja nih... bikin ketawa =))

    BalasPadam
  5. Pak cik ni berfikiran terlalu kedepan sehingga terbabas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. menjana pendapatan di masa depan, kalau menantu tak berduit tak blh nak tumpang kesenangan kut heheee

      Padam
  6. Lor... Ingatkan kenapa la pak cik ni..suspen je..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah kan? bersungguh bersoal jawab..hihih

      Padam
  7. met siang mbk met rahat trmksih,ni infonya

    BalasPadam
  8. hahahaaaa ... betul - betul berfikir di luar kotak pemikiran nih

    BalasPadam
  9. memang malang pemuda ni, silap orang nak tanya...heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...itulah, nampak cam baik je pakcik tu kut, sekali jawab....eeemmm, kan dah kena haha

      Padam
  10. hahahahaaa...maaf, hanya bisa tertawa.

    BalasPadam
  11. salam KY

    :D

    BalasPadam
  12. Wuadoh, orang tua pikirannya panjang.......
    Salam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heehee...mahu masa depan anaknya cerah heee

      Padam
  13. Assalamu'alaikum mba KY ... :D Cowonya Ganteng yaa mba ... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam nazar, iya cowoknya gantang tapi tak berduit heeee..itu yg pakcik itu pikirin

      Padam
  14. Salam ziarah Mbak KY, kunjungan silaturahmi..

    BalasPadam
  15. wah hahaha, lucu juga ceritanya ini KY, tapi ujung-ujungnya kasihan juga sipemuda itu yah sampai dibilang jam tangan saja tidak kebeli.
    cerita menarik KY
    terima kasih sudah berbagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lah, tak baikkan pakcik tu, sampai hati, apa salahnya kalau buat menantu, nanti dia belilah jam kan? hihihi

      Padam
  16. hehehe.. tapi harta tak selamanya berkuasa.. ada kalanya cinta yang membuat bahagia.. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi itu yg pakcik tu mahu, harta heeee

      Padam
  17. Salam ky...ada orang mmg tak suka pakai jam....takde lsh sampai tak berduit....hi hi

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam nekcik,

      hihiiih..pakcik tu tak fikir mcm tu pulak, dia fikir jauh huhuh

      Padam
  18. hahahaha.. kisah ni lawak lah.. terlalu jauh pakcik tu berfikir.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ingat orang muda je meterial dan jauh pemikirannya? pakcik juga tak kurang hebatnya huhu

      Padam
  19. aduhaii kan dah terkena hehe
    jauh betul fikiran pakcik tu ya

    BalasPadam
  20. kah kah kah ..amik ko kena fighter ... adehhh kena caras abis

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihiihih...nanti kalau acik naik bas ke, komuter ke, atau apa2lah, hati2 tau kalau nak bertanya huhu

      Padam
  21. kik kik kik... boleh tahan pakcik nih.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahhaaa...pakcik yg memandang jauh ke hadapan mencari kebahagiaan untuk anaknya hihhi

      Padam
  22. loyar burukla pakcik tuu x phm kot kebahagian rumahtangga bukan bergantung pd seutas jam jakk.,ahHKks

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaaaa...entahlah, pakcik fikir kalau tak berjam tangan ni, nanti tak bl beli rantai tangan untuk anaknya hihi

      Padam
  23. sampai mcm tu sekali pakchik tu fikir ye....... kejam nya dunia....

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheee...kerana dunia kejamlah pakcik tu takkan anak gadisnya mendapat susah nati hehihih

      Padam
  24. Hahahaha.... Buat suspen je citer ni... kak mia ada jam tangan tapi memang tak suka pakai dari dulu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm tu pulak, KY suka pakai jam tapi tak suka barang kemas

      Padam
  25. Hahha aku pikir tadi isi postingannya kya gimna mba .
    Hihi keren .
    Endingnya ga ketebak .
    Btw salam kenal ya mba KY :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheee...tak sempat fikir penghujungnya, itulah namanya suspen heeee

      salam kenal kembali n thansk sudi singgah ke sini

      Padam
  26. Artikel yang Menarik, Salam kenal dari dealer daihatsu Indonesia

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, sudah datang dari jauh harap dapat bergembira di sini heeee

      Padam
  27. bwahahahaa....terlalu panjang khayalan pakcik nya, padahal pemuda itu cuman basa basi bertanya soal jam, hehehe

    rumahnya baru nih KY

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya itulah, pakcik melinium hihiih

      ada sedikit pendapatan lebih jadi mampu ubah suai sedikit heheee

      Padam
  28. ish.. ape niiii.. KY, mne buleh wat citer camni la.. Huwaaa.. Tipah tertipu!! Hahaha
    moral of da story: pakai la jam msg2 yer b4 kua umah :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihiih...phone mahal blh beli takkan jam tangan tak mampu kut kan? hihihi..kan dah kena

      Padam
  29. iyea kak,, critanya sangat bagus nii,
    izin ane save yea kak buat bahab pdato :)
    salam sukses KY.. aminnn

    BalasPadam
  30. Hahahahaahaha... lawak2,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. pelan2 ye ketawanya adan, pecah perut kann..

      Padam
  31. tak mmpu beli jam heeee sabar jelah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan tak mampu beli, saja nak usha hihih

      Padam
  32. alahai pakcik..awat sampai ke situ lak perginya...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. pakcik tu bukan jalang2 orang, pemikirannya jauh tersasar heheee

      Padam
  33. hahahaha...
    baguslahh berfikir dan bervisi ke depan, hehe..
    dasar Pakcik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia mahu anaknya hidup senang, pakcik itu sedikit meterial heheee

      Padam
  34. haaaa....haaaaaa..juga..numpang ngakak berjamaah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. silakan, tapi jangan sampai pecah perut ya..hihih

      Padam
  35. hahaha...

    eh betewe itu Omar Borkan Al Gala bukan ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KY tak kenal, cari di google lihat hensem KY ambil aja hihih

      Padam
  36. pernah baca ini sbelumnya mbak tp versi indonesia :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo..ada juga? eeemmm..apa2 pun thanks ya

      Padam
  37. Balasan
    1. hihihi..pemikiran ke hadapan ya tersasar

      Padam
  38. Ganteng salah, terus kalau jelek bagaimana? di usir juga ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeemmm..kalau punya jam tangan, mungkin tidak heeee

      Padam
  39. Hahaha...lawaklah cerita ni KY.. mmg pakcik tu suka berfikir dulu sblm bercakap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemm...terlalu jauh menyasar sebenarnya...heee

      Padam
  40. Kisah yang lucu sangat nih Cik KY ^^

    BalasPadam
  41. mungkin kisah nie berlaku zaman skrg kan.. hehe
    apa pun org hensem tetap memikat perempuan tp yg lebih penting hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, hensem kalau tak baik tak guna jugakan?

      Padam
  42. Hehehe...... Jam tangan okje tah mana peginya....sejak x keje ni jarang dh pakai jam tangan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau mcm tu, hati2 bila nak bertanya, tengok kiri kanan heeee

      Padam