Wahai Hawa, Dengarlah Pesanan Untukmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman buat u alls, eemmm...hari ini hari terakhir sekolah di pantai timur, maka cuti panjanglah nanti, nampaknya waktu berblog KY pun akan sedikit tergendala, maklumlah..bila dah semua ada kat rumah, berebut laptoplah...bilalah dapat beli yang lain, tak payah nak rebut-rebut..

Ok...hari tu KY dah kongsi artikel tentang Saat dan Ketika Allah Menciptakan Wanita, dah bacakan? kalau yang belum baca, klik tajuk tu, jangan ketinggalan tau...dan setelah kita ketahui, betapa sempurnanya Allah menciptakan kaum hawa ini, maka dengan itu kita harus menghargai dan menjaganya dengan baik. InsyaAllah, dan untuk kali ini, KY nak sampaikan pesanan pula buat kaum hawa, agar kita akan lebih menghargai dan bersyukur....


Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

"Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki."


56 ulasan:

  1. Salam singgah. Puisi yang menarik untuk kaum Hawa. Studioous.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, InsyaAllah nanti KY singgah

      Padam
  2. Balasan
    1. thanks u fiza, sama2lah kita perbaiki diri ok

      Padam
  3. peringatan yg bagus buat kaum Hawa.. perkongsian yg baik kak KY.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Iha, sama2lah kita menjadi yg trbaik

      Padam
  4. salam KY….ingatan utk diri sendiri & anak2 dara kita. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ros,

      betul tu, buat diri dan teman2

      Padam
  5. Teringat lagu Sumaiyyah... :)

    http://pemudattbc.blogspot.com/2013/05/ustaz-zainul-asri-minuman-rasullullah.html

    BalasPadam
  6. borkmark dulu lah buat sang istri... Tq.

    BalasPadam
  7. Pesanan buat kakak juga ni... ada yg telah kakak melepasi statusnya tapi kena ingat semua itu juga utk ingatan pada anak di bawah tanggungan juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita akk, walaupun anak2 KY masih kecil, tapi ianya harus dimulakan dr awalkan?

      Padam
  8. benar ada nya apa yang disampaikan KYA ini, bermanfaat boss. Salam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih TCC, lelaki atau wanita sebenarnya sama saja, mencari cinta yg SATU

      Padam
  9. sampai kena berebut laptop.. mohon beli galaxy note.. cari yang second hand pun jadi lah..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak cari yg second hand tu, yg susah tu heeee

      Padam
  10. selamat bercuti ... masa ni rehatkan diri sepuasnya ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, tapi tak blh juga, kalau ada semua di rumah lg banyak kerja, apa lagi bab makan, sentiasa laparlah...heee

      Padam
  11. Assalamualaikum..

    Moga KY sihat hendaknya. Lama tak singgah di sini lantaran banyak yang menghalang.

    Semoga menjadi panduan ke arah membentuk keperibadian muslimah sejati yang terpelihara dari jalan yang tidak diredhai

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ustaz,

      Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yg baik, tak apa KY faham, terima kasih ustaz masih ingat kat blog buruk KY ni heee

      InsyaAllah...itulah yg sentiasa dilakukan, aamiin

      Padam
  12. wow...keren sekali untaian kata2nya...ijin save ah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe dak boleh kak indah,,, :p
      canda kakk hehe
      ane juga demikian yea KY :)

      Padam
    2. terima kasih Indah @ sam, silakan

      Padam
  13. .. sungguh bijak banget postingan nya. tenkz ya udah mengingatkan?!? ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih dhifa, semoga bermanfaat buat semua

      Padam
  14. wow.. nice entry acik suka bace... bagus untuk remaja, dan wanita.. peringtan dan pedoman untuk mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih acik, kata2 yang mengharapkan agar wanita lebih berhati2 dan bersemangat

      Padam
  15. pesanan yang sangat berguna ni. untuk lelaki pun boleh guna...heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, harap2 berguna buat smeua

      Padam
  16. hehehe KY,, nasihatnya bener - bener menyejukkan ni,,
    salam yea KY . . :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sam, nasihat buat KY juga agar tidak lalai dalam menjalani hari2

      Padam
  17. kata2 yang sangatbagus sekali mbk trmksih dah berbagi mbk KY

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih BL, sama-sama kita renung dan fikr

      Padam
  18. bersyukurlah bagi kaum hawa, karena Allah juga memberikan kelebihan kepada kaum hawa yang berupa kecantikan dan kasih sayang

    Ternyata banyak seklai yah pesan yang diberikan kaum hawa, semoga semua kaum hawa ini akan lebih memperhatikan pesan tersebut dan bisa menjalaninya.

    Postingan yg sangat berguna KY
    semoga bisa dilaksanakan buat kaum hawa
    Terima kasih sudah berbagi
    Salam sukses buat kaum hawa

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kembali PP, InsyaAllah...selalu mencari yg terbaik buat diri

      Padam
  19. indah sekali mbak ky ... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih nazar, blh direnugi oleh kaum adam juga, agar menjadi muslim sejati InsyaAllah

      Padam
  20. Nice sharing KY ..ingatan yg sgt bagus... Seindah hiasan adalah wnita solehah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks lisa, bersama kita mencari sesuautu yg tersembunyi dan menjadi yg terbaik untuk diri sendiri

      Padam
  21. kata-katanya sangatlah bijak


    Kunjungan Malam Sobat, Kunjungan Balik nya Saya Tunggu ya... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, InsyaAllah...nanti KY singgah

      Padam
  22. terima kasih kak KY..entri ini buat puteri sebak tapi dalam masa yang sama, puteri tersenyum seorang diri. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama puteri, ayoh kita renung diri kita dalam2, dimana harus kita perbaiki dan dimana harus kita stabilkan

      Padam
  23. Sungguh meruntun jiwa KY.....moga dapat dijadikan panduan buat kita semua

    BalasPadam
  24. sungguh sangat mahal nasehat ini bagiku sob dan mungkin jarang mendenngarnya...terimakasih sob sudah bebagi ilmunya

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ikhsan, semoga nasihat ini bisa membuat kita menjadi lebih baik

      Padam
  25. tq,..syukur jadi kaum hawa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...sentiasalah hargainya kerana dirimu begitu berharga

      Padam
  26. hi!,I love yοur ωrіtіng so so
    muсh! share ωе keep up
    a correѕρonԁеnce extra aρρгοximаtely your post оn ΑOL?
    I need a specialist in thiѕ aгea to ѕolve mу
    ρroblem. Mаybe that іѕ yоu!
    Taking a lоοk ahеad to peer you.

    Review my web page - energieboost.com

    BalasPadam
  27. kak KY .. terima sudah berbagi, :) .

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama miztia, moga ianya bisa memberi sedikit motivasi buat dirimu

      Padam
  28. Alhamdulillah bertuahnya jd kaum hawa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...mensyukuri pemberian Allah

      Padam