Dengarlah Nasihat Wanita Yang Bijaksana


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, Alhamdulillah..kita masih di pertemukan Allah di hari Jumaat yang kesekian kalinya. Nasihat ini khas buat kaum hawa yang bergelar isteri. Nasihat wanita yang bijak mana yang harus kita dengar? baca apa yang KY tulis seterusnya..


Seorang ibu memberi nasihat kepada anak perempuannya yang baru diijabkabulkan, dalam keadaan menangis tapi tersenyum, 

"Wahai anakku, engkau sedang menghadapi hidup baru, hidup yang di dalamnya tiada tempat untuk bapa dan ibumu, begitu juga untuk saudara-saudaramu. Di dunia ini engkau akan menjadi rakan kongsi bagi suamimu. Suamimu tidak akan rela ada orang lain yang ikut campur dalam urusan kamu berdua, termasuk orang yang hampir atau kerabatmu."

" Anakku, jadilah seorang isteri sekaligus seorang ibu bagi suamimu. Buatlah dia merasa bahawa engkau adalah segala-gala dalam hidupnya. Ingatlah bahawa seorang lelaki tidak ubah seperti kanak-kanak yang senang jika dimanjakan. Jangan engkau membuat dia merasa bahawa bernikah denganmu menjadikan kamu terpisah dari keluarga dan ibu bapamu. perasaan yang sama juga dirasainya. Dia telah meninggalkan rumah ibu bapa dan keluarganya demi kamu. Bagaimanapun, perbezaan antara kamu dan dia adalah perbezaan antara lelaki dan perempuan."

"Anakku, setiap perempuan akan merindui kepada keluarga dan rumah di mana dia di lahirkan, membesar dan belajar di dalamnya. Tetapi kamu perlu membuasakan diri hidup dalam suasana baru. Kamu perlu menyesuaikan diri dengan seorang lelaki yang telah menjadi suaminya yang sah, sebagai pelindung dan ayah pada anak-anaknya. Inilah duniamu yan baru anakku."

"Anakku, inilah masa kini dan masa depanmu. Inilah keluargamu yang kamu bina berdua. Aku tidak menyuruh kamu, melupakan ibu, bapa dan saudaramu, kerana mereka tidak akan melupakanmu. Lagi pula, mana mungkin seorang ibu melupakan buah hatinya? Bagaimanapun, aku minta padamu, cintailah suamimu, hidup dan bahagialah bersamanya."

Itulah nasihat yang sangat bermakna dari seorang wanita yang bijaksana yang bergelar IBU. itulah ibu, sentiasa memikirkan kebahagiaan anaknya walau dalam keadaan apa sekalipun, hargailah dia, hargailah pengorbanannya dan doakan keselamatannya sentiasa dan jadikan diri kita wanita yang paling bahagia. aamiin...

(dipetik dari buku motivasi)

66 ulasan:

  1. Kakak dah taka da ibu. Tapi kakak pun dah jadi ibu pada anak-anak yg sedang membesar KY...

    BalasPadam
    Balasan
    1. KY juga ibu dah lama pergi, al-fatihah buat arwah

      InsyaAllah...nanti boleh jadi penasihat untuk nak2 pulakkan akk

      Padam
  2. Nak tahu pesan ayah kpd anak lelakinya, "Kini kamu rasalah bagaimana susahnya menjadi seorang suami dan bapa... Jagalah isteri kamu sebaiknya, beri nafkah secukupnya dan didiklah anakmu menjadi insan berguna. Satu hari nanti kamu rasa akan kesukarannya sehingga seluar kecik sendiri pun tak mampu kamu ganti tapi kamu akan bahagia bila kamu lihat isteri dan anak2mu gembira"... Ianya memang benar :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu betul BM, KY boleh tengok riaksi abg. bila tengok anak2 dan isteri gembira dia pun tersenyum sendiri

      Padam
  3. thanks KY... semoga jadi sebagai ingatan kita bersama... syurga wanita yang telah berkahwin itu adalah disisi suami... tetapi walaubagaimanapun, kita juga harus menghormati ibu bapa kita / ibu bapa mertua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu lisa, keluarga suami sama mcm keluarga kita juga, mengormati sesama itu kan lebih membahagiakan

      Padam
  4. salam jumaat KY..
    TOUCHING baca nasihat ibu tu..
    smoga kita mampu jd anak, istri & ibu terbaik.. aminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam aizu,

      aamiin..impian setiap wanita

      Padam
  5. Nasihat berguna tu termasuk dalam sedekah jariah. Terima kasih atas ilmu yang diberikan.

    Bila melangkah ke alam perkahwinan, semestinya banyak perkara perlu dikorbankan.

    Masa dah tak sama macam bujang dulu.

    Betul juga apa yang bin muhammad cakap tu.

    Biar suami bersusah, asal anak isteri gembira (selagi dalam garis panduan islam)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang hidup berkeluarga akan memerlukan pengorbanan yg berbeza dr hidup bujang. dr segi pergaulan, tanggungjawab semakin besar...

      Padam
  6. Balasan
    1. eeemmm...nasihat buat Tia, nanti mahu berumahtangga kan? heee

      Padam
    2. Miz Tio sudah nikah tuh KY. tinggal punya anak aja yang belum..xixixi

      Padam
    3. oh gitu, KY ngak tahu..iya nanti punya anak bisa diberi nasihat sebegini heee

      Padam
  7. itu lgi ngapain mbk ky ko tarik2'an pipi heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm..saja bercanda heeee..pipinya tembam

      Padam
  8. alangkah indahnya suasana spt ini KY..ibu beri nasihat pd anak perempuannya sebelum sah jadi isteri kpd seseorg lelaki bernama 'suami' :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan nasihat itu juga blh diambil untuk anak lelaki, agar menjadi suami yg baik dan soleh

      Padam
  9. ermm..itu lah ibu...setiap tutur kata nya memberi sejuta erti...supaya menjadi panduan utk anak nya yg bakal bergelar isteri...kan manis tu...ahaks

    BalasPadam
    Balasan
    1. maniskan? ibu mana yang tak nak melihat anaknya bahagia..

      Padam
    2. yes !sweet like a sugar...ahaks

      Padam
    3. jangan berlebihan nanti kena kencing manis pulak heee

      Padam
  10. seorang ibu..walau sesusah mana pun..akan tersenyum penuh bahagia melihat kebahagian anak2nya =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...betul tu akk, mana ada ibu nak lihat anak2nya hidup susah dan kesedihan

      Padam
  11. bagus banget...mudah2an bisa dijadikan renungan buat saya. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...nasihat buat semua anak yg bergelar wanita

      Padam
  12. bagus nih nasehat nya, ijin share ke facebook ya @KYA...

    BalasPadam
  13. ibu...jadi pengen balik ke rumah nie rasanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti pulang cium dan leuk ibu katakan wewe sayangkan dia

      Padam
  14. perkongsian yang sangat menarik ni kak. Nasihat seorang ibu lebih bernilai dari segala emas permata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu puteri, ibu sentiasa inginkan yg terbaik untuk anak2nya

      Padam
    2. tanpa ibu..siapalah kita kan kak :)

      Padam
    3. aaaa...ibu permulaan hidup kita, kita membesar dengan ajarannya, dengan nasihatnya dan doanya

      Padam
  15. ibu adalah orang yang sangat penting dalam hidup acik... nasihatnya sangat berguna dan buatkan hati ini tenang.. sayang ibu selamanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...semoga acik akan menjadi anak soleh dan membanggakan mereka aamiin

      Padam
  16. very gd sharing ni tq KY

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kembali KA, semoga bermanfaat buat kita untuk masa ke hadapan

      Padam
  17. alhamdulillah semua itu tergantung doa orang tua amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...doa mereka yg terbaik dan hargailah sentiasa mereka

      Padam
  18. Ibu itu bagiku adalah malaikat hidupku sob...
    ^_^
    tanpa beliau, aku gak akan ada didunia ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. malah jasa mereka tak mampu kita balas, pengorbanan mereka jua tak sehebat pengorbanan kita padanya

      Padam
  19. alhamdulillah, setiap saya kesini, pasti dapat pencerahan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...untuk kita renungi bersama dan jadikan pedoman di hari akan datang

      Padam
  20. wah ini khusus buat wanita ya..? wah saya salah masuk kamar nih sob.. tapi makasih nih motivasinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. heee...Nady ini juga bisa diambil teladan oleh kaum lelaki, supaya menjadi suami yang bertangungjawab

      Padam
  21. nasihat dan doa ibu doa adalah yang terbaik untuk kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...doa mereka yg akan membuatkan kita bahagia dunia dan akhirat, sb itu kita wajib menghormati dan menyayangi, kerana tanpa mereka tiadalah kita

      Padam
  22. nasihat dan tegurannya adalah berdasarkan pengalaman hidup yg dilaluinya ... dia lebih dulu mkn garam . jgn pandang remeh , kelak pasti menyesal .

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengalaman dia yg mendewasakannya, dan diturunkan pada kita agar kita akan lebih bahagia darinya, impian setiap ibu untuk anak2nya

      Padam
  23. Nasehat ibu yang seperti ini memang sangat indah sekali, dan juga sangat menyentuh. Kita sbg anaknya patut menghargainya dan tetap menjadikan ibu kita agar tetap bahagia selalu
    Postingan yg sangat bagus dan penuh makna KY, terima kasih sudah berbagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka mahu melihat anaknya bahagia dan pengorbanannya sangat besar dalm membesar dan mendidik kitakan PP...

      Padam
  24. assalam , terima kasih info yang sangat bermanfaat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam Bunda,

      sama2..pasti Bunda juga akan memberi nasihat sebegitu pada anak2kan?

      Padam
  25. Assalaamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh, terimakasih sobat atas nasihatnya. Salam ziarah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam wbt, sama2 dan terima kasih kembali

      Padam
  26. Balasan
    1. iya..menjalankan tanggungjawab untuk negara..itu je yg mampu dilakukan

      Padam
  27. Menjadi anak, seterusnya isteri dan ibu ....
    Moga ada keberkatannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...samalah kita menjadi wanita yg paling bahagia

      Padam
  28. Dulu masa kawin mak saya macam xnak lepas.. sedih bila terpaksa berjauhan dengan keluarga.. namun bila dah kawin, sy kena ikut suami kemana jua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila dah kawin, syurga kita bersama suamikan? namun ibu bapa tidak mungkin kita lupakan, kerana mereka adalah sealanya pada kita

      Padam