Inilah Cinta Allah Kepada Kita


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wahai sahabat-sahabatku, Alhamdulillah, dapat bertemu dan bersantai lagi kita di sini. rasanya kali ini KY nak kongsi sesuatu yang menarik buat kita semua, tentang cinta. manusia mana boleh lari dari cintakan? tapi ini cinta yang berbeza, bukan tentang cinta kita tapi tentang cinta Allah kepada kita. KY terbaca artikel ini dalam satu majalah Islam dan membuatkan hati ini cukup terasa, dan berfikir layakkah aku menerima cinta Allah?


Tapi persoalannya, Kenapa Kita Perlu Cintakan Allah? jawapan yang paling mudah untuk kita fahami adalah kerana Allah yang paling mencintai kita. Allah mencintai kita lebih dari sesiapa pun yang pernah mencintai, atau sedang mencintai atau bakal mencintai kita. sesiapa pun yang mencintai kita itu hakikatnya Allah yang menjadikannya dan Allah jua yang menitipkan rasa cinta di dalam hatinya.

Setiap hari kita memerlukan Allah untuk hidup dan menikmati kehidupan, bersumberkan segala nikmat dan rahmat yang diberikanNYA. Kenapa kita cintakan seseorang? mungkin kerana cantik, baik atau banyak budinya terhadap kita. Tapi kalaulah cinta kita itu kerana budi dan jasanya, maka yang paling banyak berbudi dan berjasa kepada kita adalah Allah swt kan? begitu banyak nikmat dariNYA buat kita, sehingga tidak terhitung. Allah mengurniakan nikmatnya bukan sekali sekala, tetapi setiap masa dan sentiasa.

Dan jikalah cinta kita kepada seseorang kerana kecantikan dan keindahan, maka Allah jualah yang Maha Indah dan Maha Cantik. Allah indah pada sifat, nama dan perbuatannya, itu yang kita sentiasa pelajari dan diajarikan?

Kalau u alls nak tahu, sebenarnya hati setiap manusia, secara fitrahnyalah, mencintai dan merindui Allah (tepuk dada tanyalah hati kecil kalian). Ingatlah KY dan sahabat semua, Allah itulah kekasih sejati dan kecintaan yang wajar. Kenapa dikatakan begitu? dan benarkah begitu? Apa kata kita fikir dan renungkan bersama...