Ketahui 7 Perkara Ganjil Yang Harus Direnungkan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, apa khabar, KY harap semuanya berada di dalam kesihatan yang baik, cuma KY je yang kurang sihat, rindu nak ke blog u alls, dah ada yang cuba buat kek gula hangus tu, jadi tak? mesti jadikan, u alls kan pandai heeee,

Ok..untuk kali ini KY nak kongsi sesuatu dengan u alls, artikel ini dah lama tersimpan dalam simpanan KY, seandainya KY merasa tak sedap hati KY akan baca berulang-ulang kali agar ianya memberi semangat dan keyakinan, dan untuk muhasabah diri ini, dengan kisah ini selalu membuatkan KY menyedari betapa kerdilnya kita, jom kita dengar sama-sama...



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah Salallahu Alaihi Wassallam pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah SWT baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya dari Allah SWT kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam.. Sama-samalah kita renungkan.


58 ulasan:

  1. jadi ada gambaran kak :) ,.

    BalasPadam
  2. KY.. tak sanggup la nak jadi penggali kubur.. huhu..
    Nak Cari Kerja? | Tazkirah | Ragam | Edisi-Pelik

    BalasPadam
  3. Sangat menginsafkan dan moga kita yg masih hidup jadikan ini semua sebagai panduan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..selalu ingat 7 perkara ini,

      Padam
  4. Postingan yang sangat inspiratif....thanks sharenya ya sob...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama Budi, semoga ianya bermanfaaat untuk kita

      Padam
  5. gol ke7, yg berilmu... lalu beramal dg ilmunya.

    BalasPadam
  6. insaf baca pasal ni.. tQ KY, coz mengingatkan.. yg syirik, riba, tggl solat & derhaka tu kite dh bese dgr.. and dh ramai yg 'buka mata'.. tp ramai yg x ambil kisah pasal putuskn silaturrahim tu..
    moga kite thindar dpd golongan2 cmni.. amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu aizu, sekarang kita lihat saja di luar, ramai yg bergaduh sesama sendiri apa lagi seagama

      Padam
  7. Iktibar untuk kita... memberi peringatan buat kita yg masih hidup.

    p/s: Selain dari itu...Janganlah gali kubur ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. menjadikan hidup kita lebih berhati2 dalam melakukan sesuatu

      p/s: hehehe..dak tak ada kerja lain kali

      Padam
  8. assalamualaikum..KY :)

    pastinya kita semua mahu masuk dlm golongan yg ke-7... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ayie,

      betul, sama-samalah kita menapai kehidupan yg baik dan sempurna InsyaAllah

      Padam
  9. trmksih mbk KY telah berbagi ilmu yang berguna ea

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama BL, semoga bermanfaat ya

      Padam
  10. Jazakillahu khair atas ingatan ni KY...sangat2 bermanfaat

    BalasPadam
  11. Semoga manfaat kepada kita,

    http://pemudattbc.blogspot.com/2013/05/hujan-petang.html

    jom baca puisi ini ye akak.. lama naim x berkarya, mesti berkarat hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAlla...terima kasih naim

      nanti akk singgah

      Padam
  12. Nauzubillah........ minta kita di jauhkan dari semua dosa2 seperti tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...sama-samalah kita perbaiki diri

      Padam
  13. mengerikan ya mbak KY, semoga aja kita selalu bisa menghindari yang dilarang oleh agama

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...kalau kita selalu ingat bahawa Allah ada di mana2 kita pasti bisa mengindari dr perbuatan yg buruk

      Padam
  14. Masya ALLAH ky ..terimakasih...atas pencerahannya ...

    BalasPadam
  15. thanks kak,,,,
    mga kita smua trmasuk dlm golongan yg terakhir,,,amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...sama2lah kita pertingkatkan ilmu dan terus belajar

      Padam
  16. wah... sepertinya kita harus lebih berbenah diri nih sob, terutama sholat. biasanya kebanyakan orang lalai menjalankan sholat karna pekerjaan..

    semoga kita masuk golongan orang yang berilmu..amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...

      tapi kalau solat saja tanya diikuti ilmu dan peribadi yg baik tiada apa2 juga

      Padam
  17. perkongsian yang menarik ni kak..memberi kesedaran dan peringatan pada kita yang masih hidup

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita kena selalu bermuhasabah diri agar kita tidak pernah lupa siapa kita

      Padam
    2. perkongsian yang indah

      Padam
    3. terima kasih zach

      Padam
  18. assalam KY :(
    semoga ja kita termasuk keada golongan yang terakir yea kak :(

    sangat bermamfaat kak ..
    izin saya save yea kak,, buat bahan pidato entar malam jum'at kak :)
    trims KY..
    salamm

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam sam,

      silakan, dan terima kasih kembali

      Padam
  19. semuga terus menjadi peringatan yang membacanya dan menyampaikan kepada yg tdk mengetahui tentangnya ...

    BalasPadam
  20. saya takut berdurhaka kepada ibu dan bapak. siksa neraka yang pedih hukumannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemm...bila kita menjadi ibu bapa, waktu itu baru kita mengerti betapa besarnya pengorbanan orang tuakan?

      Padam
  21. moga menjadi satu pengajaran untuk semua.....tq KY....

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, Yan, terima kasih kembali

      Padam
  22. Ya Allah ngerinya KY..semoga kita semua tergolong dalam yang lkast sekali..In Sha ALLAH..nway thanks for sharing KY

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...sama2lah kita mengapai kehidupan yg baik InsyaAllah

      Padam
  23. moga jadi peringatan buat diri ini
    nice sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-samalah kita bermuhasabah diri

      Padam
  24. nasihat untuk kita semua.
    semoga yang baca,bisa mengambil hikmahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...moga kita tidak mudah lupa

      Padam
  25. Tertarik dengan golongan kelima..kuku yang panjang hingga membelit tubuh.. bila org mula cari gaduh dgn kita, cepat2 kita maafkan dia dan bertegur sapa..harap dia lembut hati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebahagian akan datang saat kita memaafkan diri kita sendiri, memaafkan orang lain dan hidup dengan penuh rasa syukur

      Padam
  26. Terima kasih pencerahannya Sobat KY.., salam silaturahmi .

    BalasPadam
  27. perkongsian yg baik kak.. moga jadi iktibar buat kita semua..

    BalasPadam