Dulu Aku Lemah


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, sebelumnya KY minta maaf, sebab tak sempat nak singgah blog u alls, ala biasalah time cuti ni, banyak pulak kenduri kawin sana sini, orang tengah sibuk nak mengundi, ada sesetengah sibuk uruskan majlis perkahwinan, nasiblah yang bertembung tarikh dengan PRU...InsyaAllah...nanti petang boleh jalan-jalan kat blog u alls dan sebelum KY tulis panjang-panjang KY nak mengucapkan pada warga Malaysia, SELAMAT MENGUNDI, buatlah pilihan yang tepat untuk kita, keluarga dan negara.


Berkenaan tajuk Dulu Aku Lemah, bukan saja KY tapi kamu, kamu dan kamu serta kita, kita dilahirkan dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa. Tiada pakaian, tiada wang, tiada kekuatan untuk menjaga diri sendiri, tidak mampu berjalan, hanya menangis, itulah bahasa yang kita tahu.

Orang pula terpaksa meneka mengapa kita menangis, adakah kita sakit atau lapar. Begitulah lemahnya kita. Pun begitu, lama-kelamaan kita mempunyai kekuatan sendiri. Mampu berjalan, bercakap, ketawa, berdikari dan berbagailah. Kita membesar dan kita mempunyai pelajaran, kewangan, kuasa, pangkat dan sebagainya.

Namun, masih ada di sana orang yang semakin lupa asal usul diri mereka. Dari asalnya yang lemah mereka berani melawan peraturan yang menciptanya, Tuhan Yang Maha Perkasa. Mereka tidak solat, tidak menunaikan zakat, menjadi anak derhaka, terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial yang negetif dan sebagainya.

Nampaknya sesetengah antara kita begitu mudah lupa asal usul kita,
Mengapa Harus Begitu??