Kisah Rama-Rama Dan Bunga


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, KY harap semuanya sihat-sihat saja, maklumlah cuaca tak menentu sekarang, Kali ini ada satu cerita yang sangat menarik pada KY untuk di kongsikan bersama u alls. Dalam hidup kita ini, kita selalu berdoakan? dan KY berharap kita tidak akan pernah putus asa dan kecewa dengan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita, kerana itu semua sudah tentu yang terbaik buat kita.

Cerita yang KY bakal kongsikan di sini berkaitan dengan doa dan semoga cerita ini juga bisa memberi kita semangat...jom baca dan hayati kisah ini...


Kisah Rama-rama Dan Bunga

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.
Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat beluncas. Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.

Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk
diuruskan dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula pemohonan doanya
yang telah lama dilupakannya.

Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari
pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu, tumbuh pula bunga yang cantik dan
daripada ulat beluncas yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul !

Cara Allah sentiasanya cara terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah.....
Ingatlah..Jika kita memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah,
percayalah! Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.

Ketahuilah!! Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlukan.
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan kita,
teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.

Duri hari ini adalah bunga hari esok. Allah mengurniakan pilihan terbaik 
kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada NYA.
Wallahualam!! 

Bagaimana HATI Dan JIWA, Bila Melihat Gambar Ini? 2


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan haaaiii...rindu KY tak??? adakah kalian tertanya-tanya, kenapa tajuknya ada 2? kerana versi 1 ada DISINI

Seorang teman KY postkan gambar yang menyayat hati ini, 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Sebagai seorang wanita hati KY benar-benar tersentuh dan terfikir kenapa ada wanita lain yang berhati binatang. Allahuakbar..apa salah mereka. merekakah yang meminta dilahirkan ke dunia ini?


Buatmu Ibuku

IBU...
KENAPA????
 Kenapa tangisan dan rintihanku tidak kau hiraukan?

IBU...
KENAPA????  
Kenapa ku dibuang oleh mu,
Sedangkan kau yang melahirkanku?

Hinakah aku? jijikkah aku?
Hingga kau tak inginkan diriku?
DAN
Apakah salah dan dosaku padamu?
BERITAHULAH PADAKU...

Kalau Dah Mahu? Pasti Jadilah


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar alls..rindunyaaaaa...rindu dengan coretan sahabat semua, apakan daya masa tak mengizinkan...sibuk dengan kerja-kerja di dunia nyata. jangan kata KY dah lupa u alls tau..kalian semua sentiasa di hati. mungkin 2 3 mingu lagi baru ada masa nak berblog dan jalan-jalan kat blog u alls. ini pun curi-curi masa berblog. Yan penting jangan kata KY dah tak nak berblog, kerana blogg inilah dapat juga KY ilmu, dapat hilangkan stress dan dapat senyum-senyum depan screen sorang-sorang heeeeee...

Okkk...berbalik kepada tajuk di atas, apa yang teringin sangat tu...kitakan, walau sesibuk apa pun kalau dah teringin sesuatu, nak kan sesuatu pasti akan berusahakan, untuk mendapatkannya? KY pun macam tu..dalam kesibukan masih teringin nak makan, makan  sesuatu yang dah lama tak buat....nak tahu apa..jjooommmm....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Taadaaaa...KEK MABLE BERBELANG. nak beli pun boleh sebenarnya tapi..tapiiii...tak sama yang kita buat sendirikan? sedap ke.... tidak ke..puas hati heeeee...sebenarnya kek ni, satu warna je, saja KY nak buat belang-belang supaya u alls berkenan dan terliur tengok dan tak sabar nak mencuba buat sendiri hihihi

Ada tak orang yang rajin kat sini? PP tak nak cuba ke buat? heeeee kalau nak tunggu entri seterusnya hihihih....ok lah..terima kasih ye u alls yang sentiasa sport dan datang berkunjung ke blog KY ni...tanpa u alls sepilah blog ni..oohhh...yeeee..pada komen-komen yang belum berbalas harap bersabar ok...dan pada yang KY belum sempat balas kunjungan tu, harap bersabar juga...sabar itukan separuh dari iman...kuatkan iman kita dan banyakkan bersabar...okk...ok saja ni..

Salam sayang buat semua....muahhhhhh...

Iman Anak Kunci Syurga


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, sebelum KY berceloteh lebih lanjut, KY nak ucapkan terima kasih pada yang sudi follow blog KY yang tak seberapa ini, tapi ada yang follow tapi tak ada link pautan di profil dan tak tinggal apa-apa jejak, jadi....macam manalah KY nak jejak balik, KY harap pada yang follow tu, kalau datang lagi nanti tolong ye, tinggalkan link, di ruangan komen pun tak apa..ok????

Okkk...kita ke isu asal, u alls suka membaca? eeeemmm..pastikan, sesibuk apa pun, kita mesti ada ruang untuk membaca...carilah peluang, bak kata pepatah, banyak membaca, luas pengalaman dan bertambah ilmu di dada kan? semalam KY jalan-jalan kat bandar dan tertarik dengan satu buku ini...nak tau buku apa???
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

maaf gambar kurang memuaskan, printer tak berapa clear

Taadaaaa....IMAN ANAK KUNCI SYURGA. KY pun belum sempat lagi baca, baru tengok-tengok isi-isi di dalam... tak apa kalau belum sempat baca yang penting beli dulu ada masa nanti baru baca kan? hehehehe..kata oranglah..betul atau tidak tak tau lah...hihiihi. 

Kita tahukan, banyak sekali nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kita, seperti kesihatan, kecantikkan, harta benda, anak-anak, pangkat dan banyak lagilah..tapi ada satu nikmat yang paling bernilai dan penting iaitu IMAN. IMAN ini tak boleh diwarisikan? tapi harus dicari sama juga seperti mencari harta benda kan? Ayuh sahabat....sama-sama kita mencari sebutir permata yang sangat berharga...bekalan untuk kita di AKHIRAT. InsyaAllah..wallahualam

Eh Eh!! Sombongnya Dia


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, sombongnya dia.... "Tiada maaf bagimu" macam tajuk filem pun ada heeee. KY rasa ungkapan ini sering kali diucapkan oleh seseorang yang sukar memaafkan kesalahan orang lain, betul tak? nak tahu sebab apa? sebab sifat ego yang menguasai diri. sifat ini juga boleh merenggangkan tali persahabatan, persaudaraan dan berbagailah..


Cuba kita definisikan maksud EGO, apa itu ego. pada pandangan KY, ego ini adalah tanggapan seseorang terhadap harga dirinya. ego juga boleh dianggap sebagai perasaan mementingkan diri sendiri atau menganggap lebih bijak, lebih istimewa dari orang lain. teruk betul sikap macam ni, sebab, kerana ego juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi angkuh, bongkak dan sombong. 

Tanda-tanda seseorang itu ego
Orang yang ego ni kita boleh lihat, sebab luarannya sangat menonjol, antaranya
1) menolak perkara-perkara kebenaran
2) tidak mahu mengikut peraturan
3) tidak suka mengikut arahan
4) sukar bertegur sapa dengan orang lain
5) isi perbualan sentiasa melebihkan diri sendiri
6) panas baran dan cepat melenting
7) sukar meminta maaf dan sukar memaafkan orang lain

Eeeemmm....itu baru tanda-tandanya, bagaimana pula kesan-kesannya? eemmm...lebih dasyat lagi..
1) mudah lupa diri
2) tidak ramai kawan
3) menjadi bahan cemuhan orang lain
4) sukar menerima  bantuan
5) timbul sifat buruk seperti riak dan takbur
6) hati sentiasa gelisah

Tengok? kita mahu ke dipulaukan oleh sahabat dan masyarakat? kitakan hidupnya bermasyarakat, punya jiran, punya sahabat..tak suka ke??? KY suka tau punya ramai sahabat... tapi jangan risau, kalau ada tanda-tanda dan kesan-kesannya, pasti ada cara megatasinya...


Cara-caranya begini
1) latih diri untuk sentiasa tersenyum kepada orang lain..macam KY hehehee
2) ikhlas melakukan sesuatu perkara
3) ringankan mulut meminta maaf dan mudah memaafkan orang lain
4) berfikiran terbuka seumpaamanya dapat menerima pandangan orang lain
5) sentiasa menghulurkan bantuan pada yang memerlukan
6) kurangkan bercakap perkara yang sia-sia
7) merendah diri dalam segala hal
8) menghadiri majlis-majlis ilmu
9) banyak berzikir dan membaca Al-Quran
10) berkawan dengan semua orang

Bersyukurlah kita diberi peluang hidup dan merasa suka duka kehidupan di bumi Allah ini. kenapa perlu kita sombong sesama kita. kita ini kaya ke, miskin ke, cantik ke, kurus ke, gemuk ke..kita semua sama saja di mata Allah...kalau kita terus bersikap begini? siapa yang rugi? bukan orang lain, tapi diri  sendiri. oleh itu, jom sama-sama kita eratkan tali silaturrahim...

Mereka Yang Ku Sayang


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, macam mana, dah bersenam? ramai tu yang nak kurus, jangan malas tau....u alls tahukan, KY ni pencinta haiwan. kat rumah KY selain daripada kucing ada juga haiwan lain..tapi sebelum KY perkenalkan mereka-mereka itu, sebenarnya kan, KY dah banyak membela..aaaaaa...bukan bela hantu tau, KY pernah bela arnab, burung, ikan, macam-macam ikan, hemster tapi yang paling banyak kucinglah...

Yang ini KY baru bela, mungkin dalam sebulan dah..jalan-jalan kat pasar malam, eh eh ehhh...tengok berkenan pulak..nak berkenalan dengan mereka? jom..tapi jangan mengurat tau...
v
v
v
v
v
v
v
v


ini dia mieny dan mieky. yang besar tu mieny, cukup aktif, nak tengok aktiviti si ciut ni turun lagi bawah....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




ini aksi si mieny, si mieky malas, suka tidur je eeemmm....suka sangat memanjat, tengok je gambar yang bawah tu, muka sombong..hari tu KY ingat dia tak dapat keluar, asyik sangat tengo tv, alih-alih dah tak de dalam tempat mainnya...pusing keliling cari, maklumlah, si mieny tu kecik, silap-silap, terpijak..KY buat dengan puzzle tempat mainnya...cantum-cantum biar tak boleh keluar...rupanya ganas lagi dia...
v
v
v
v
v
v
v
v
oklah...masa untuk berehat...selamat malam...hihihih

Kurus Tak Semestinya Cantik


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, ada yang senyum sendiri ke lihat tajuk tu, "kurus" siapalah yang tak mahu kurus, langsing kan? kalau ditanya sesiapa saja diatas muka bumi ini, apa lagi yang bergelar perempuan, pastilah jawapannya mahu mahu mahuuuu....kan? cantik ke kalau kurus? yang berbadan gempal bersungguh diet nak kurus, tahan lapar..padahal gempal sikit cantik apa..

Persoalan yang KY nak tanya adalah perlu ke menyiksa diri nak jadi kurus? Pengalaman KY lah, kurus tu tak cantiklah...kata orang nanti ditiup angin dah tumbang hehehee....U alls tahu cantik itu subjektif. pandangan mata kita ni berbeza, itu tak dinafikan. keadaan fizikal yang besar dan gemuk sering dianggap buruk padahal itu semua sepatutnya tidak berlaku. setiap orang seharusnya positif, tak semestinya gemuk itu berpenyakit dan yang kurus itu sihatkan? 

Sekarang kalau kita tengok, banyak sekali produk untuk kurus, KY cari juga produk untuk gemuk..tak ada pulak..dan yang hairannya, ramai yang sanggup berhabis duit dan ada juga yang sampai pertaruhkan nyawa gara-gara nak kurus, berbaloi ke? Padahal kita boleh berdiet secara sihat tanpa mengeluarkan wang ringgit.  Haaaa...nak tahu tak? KY nak bagi tips ni...Jom ikut cara KY..


1) Bersukan
Dengan bersukan tubuh kita akan menjadi sihat, sistem tubuh juga akan berfungsi dengan baik. tak kiralah bersukan apa pun, dan cuba cari masa walaupun seminggu sekali saja..itu dah memadai

2) Kunyah makanan
Yang ini KY pun jarang buat kut, hihihi...tapi cubalah amalkan, memang bagus untuk kesihatan kita, ini cara Nabi kita makankan?

3) Jenis makanan
Jenis makanan penting tahu, jangan sembarangan makan, apa lagi makanan-makanan laut, kolestrol tinggi tu..KY memang tak makan makanan laut. makanan paling bagus untuk kesihatan adalah yang mengandungi karbohidrat dan lemak, tapi jaga-jaga tang lemak tu..jangan makan banyak-banyak, nanti dapat penyakit lain pulak...heee

4) Makan dengan teratur
Setiap hari makanlah dengan teratur, dimulakan dengan makan pagi, makan tengahari dan makan malam. tapi susah nak amalkan, sebab kalau dah sibuk dengan kerja memang tak akan ikut waktu kan? apa pun janan sampai tak makan, nanti ke gastrik pulak..itu lagi bahaya...

5) Tidur yang cukup
uuuuu...bab tidur ni, siapa kat sini pantang letak kepala terus lelap? bahaya betullah orang macam ni, kat mana pun letak kepala, terus tidur, senangnya heheeee...
u alls, tubuh kita ni, memerlukan sekurang-kurangnya 8 jam waktu berehat. u alls cukup tak tidur, eeeemmmm pasti tak..nak buat macam mana kan, baru nak lelap mata teringat blog belum update heheeee...
yang penting jaga kesihatan, tapi kalau nak datang sakit, terimalah, itu ujian kecil buat kita...

Oklah...itu je tips yang KY nak kongsi dan berharap adalah yang sudi nak ikut, kalau nak cantik hihihih...

Sentiasa Ada


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar semua, lamanya KY menyepi dari berblog ni, bukan tak suka dah dengan blog, tapi apakan daya masa tak mengizinkan. u alls rindu KY tak? KY rindu sangat kat alls..rindu nak jalan-jalan, rindu nak bergurau senda hihihi....rasanya hampir seminggu juga kan?

Apa-apa pun KY nak ucapkan terima kasih buat alls kerana mendoakan kesihatan buat KY, ada juga satu dua pertanyaan dari alls yang perlu KY jawab, tentang penyakit apa yan melanda KY. Alhamdulillah..tak adalah penyakit yang merbahaya yang KY alami, cuma demam biasa saja, cuma kali ini sedikit parah...dengan batuknya..sampai-sampai hilang suara KY, nak bercakap pun susah...syukur pada Tuhan kita semua ini masih diberi kesempurnaan...Alhamdulillah..

Oklah..setakat ini aja buat masa sekarang, masih mencari-cari idea untuk entri seterusnya...KY tinggalkan u alls dengan pantun, khas buat semua...


Bulan cerah di malam hari,
Bintang berkelip hingga ke pagi,
Terima kasih kerana memahami,
Segala kelemahan diriku ini.

Tebar jala untuk perangkap,
Ingatkan ketam rupanya sepat,
Padamu sahabat aku berharap,
Disudut hatiku namamu terpahat.

Senyum manis terukir dibibirmu,
Hilang duka terpancarlah rindu,
Marilah kita ukir sesuatu,
Agar persahabatan indah selalu.

Termenung sebentar diwaktu senja,
mengharap fajar akan menjelma,
Padamu Tuhan ku panjatkan doa,
Agar persahabatan kekal selamanya.

I'm So Sorry


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar alls, KY di sini kurang sihat sebenarnya....terima kasih pada yang sudi singgah dan baca entri KY dan pada followers baru, InysaAllah..nanti KY dah sembuh KY pasti akan kunjungi anda.

Allah mungkin beri sedikit peringatan, kut-kut akhir-akhir ini KY sedikit lalai dalam menjalani suruhanNYA...U alls doakan KY cepat sembuh ye, supaya kita boleh sama-sama, bergurau senda lagi hihihi...Apa-apa pun KY terima dengan hati terbuka mungkin ini ujian kecil buat KY...salam sayang buat semua...Bersua lagi nanti...InsyaAllah....



sedihkan wajah KY...wajah suci lagi...wawaaaaa.....

Resepi Apam Kukus Pelangi


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan selamat hari selasa..sekejap je, dah sampai pertengahan minggu...u alls tengah buat apa? Hari ni KY nak bayar hutang pada pembaca blog KY. hutang kena bayarkan? hutang dan janji kena langsaikan...

nak tahu tak hutang apa, bukan hutang duit, ingat duit je boleh hutang? ada lagi benda lain..bila KY bayar u alls kena belanja tau..

hutang resipi apam gebus (Apam kukus pelangi)


Dah dapat resepi ini, jangan tak buat pulak, rajinkan diri..yang ada isteri tu, paksa orang rumah buat hihihi...


Apam Kukus Pelangi

Bahan-bahan

3 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar air suam
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecil esen vanila



Cara membuatnya

Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak.

Masukkan air dan esen vanila dan gaul hinga rata. bagi beberapa adunan letakkan warna.

Kukus.


Haaaa...tengok simple je kan? buat tauuuu...dan jangan lupa warna pelangi tu, KY sebab tak cukup barang, jadilah pelangi 2 warna je...

Cara Membuat Avatar Comments Menjadi Bulat


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar semua, Alhamdulillah...dapat bersua lagi kita di arena blog heeee...eeemmmm...cipta sejarah kali blog KY ni nak postkan tutorial. ok..atas permintaan peminat KY hihi tengok dibawah...
v
v
v
v
v




Tengok gambar atas kat dalam bulatan tu...nak buat gambar komen menjadi bulat....bentuk biasa macam ni
v
v
v
v
v


v
v
v
v
v

Nak jadikan begini....
v
v
v
v
v




Pada mereka yang berminat nak cantikkan blog ikuti tutorial ini, oleh sebab KY tak nak ambil hak peribadi orang.. u alls teruslah ke blog pemilik tutorial ini..ok..klik tajuk dibawah...




Benarkah Cinta Lelaki Lebih Hebat


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, terkejut tak tengok tajuk tu. Buat kaum hawa jangan marah ek...sekali sekala kita bicara tentang KEHEBATAN LELAKI. apa salahnyakan? dan yang lelaki pulak jangan terlebih perasan..cool...baca dulu apa yang KY tulis...
 

Lelaki lebih menghargai pandangan kekasih
          Pujian mungkin boleh membuat seseorang riak dan sombong. Namun lelaki begitu suka andai mendapat pujian dari orang yang dicintainya. Biarpun semua teman-temannya mengkritik apa yang dipakainya atau hasil kerjanya, namun oleh kerana pasangannya suka, lelaki akan terus memakai dan melakukannya. Berbeza dengan perempuan lebih utamakan pandangan orang lain daripada pasangannya sendiri. Kalau pasangannya berkata tidak cantik, berkeras cakap cantik dan mahukannya, tetapi bila orang lain memberi pandangan terus ikut. Betul tak apa yang KY cakap? Nanti jangan ke mana-mana ada lagi dibawah...


Lelaki lebih setia
          Memang benar lelaki ada sifat yang sedikit gatal, ( haha tak lari tu.. ). Namun sebenarnya lelaki lebih setia dari perempuan. Buktinya, lelaki apabila mencintai seseorang itu, dia sanggup berkorban dan lakukan apa saja untuk pasangannya biarpun terpaksa bersusah. Mereka sanggup makan mi segera di rumah semata-mata mahu memastikan ada wang untuk penuhi apa yang pasangannya inginkan. Sedangkan perempuan hanya dimulut sahaja, kononnya mahu susah bersama tetapi akhirnya memberontak....bukan KY yang cakap, ini fakta yang KY jumpa ...ooppsss...nanti..duduk dulu..


Lelaki lebih memahami
          Kalau soal faham memahami, kalau dilihat dengan mata kasar semamangnya nampak perempuan yang lebih memahamikan? kerana sifat perempuan yang lembut. Tetapi.....kalau kita memahami betul-batul, sebenarnya lelakilah yang lebih memahami. Cuba kita lihat, waktu keluar bersama, lelaki sanggup tunggu lama, berjam-jam kalau perempuan lambat, tetapi  ( banyak pulak tetapikan ) perempuan sentiasa mahukan semuanya berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Kalau lelaki lambat lima minit marahnya macam lambat berjam-jam. betul tak betul tak....iyekan.
Oklah..tak nak puji banyak-banyak, nanti ada yang tak tidur malam terkenangkan artikel KY ni....maaf sekali lagi kaum hawa semua ini bukan KY yang reka ini fakta yang dikeluarkan oleh pakar motivasi terkenal kita..tahu kan siapa dia...(fikirlah sendiri)

Jangan Tanya Aku Dimana


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan selamat hari minggu pada yang bercuti tu, pantai timur dah start kerja dah hari ini...seawal pagi nak beri kata-kata cinta dan semangat buat u alls dan diri KY sendiri.....supaya jangan berhenti mencari bahagia, kerana ianya sentiasa ada buat insan yang tulus ikhlas dalam mengejar kebahagiaan...



Hari minggu ni, tak ada plan ke? Nak kemana dan yang penting kalian dimana sekarang???? Dimana pun kalian berada 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

vvvv


Jom Kenali Si Comel KY


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar semua. Hujung minggu begini tengah buat apa dan nak kemana? bestkan kalau boleh santai-santai dengan keluarga, pergi pantai dan jangan lupa shopping heeee...habislah duit kalau macam ni..

Sebelum ni KY tak pernah kongsi kisah-kisah peribadikan? tapi special untuk u alls KY nak perkenalkan ahli keluarga KY. nak kenal tak? tak nak ke tak nak tak apalah..KY simpan je lah dalam almari.

Tak nak simpanlah, nak kenalkan jugak..jeng jengggg...

v
v
v
v
v
v


cantik tak? comel dan cute kan? tapi ini bukan yang sebenarnya. Ini KY pinjam dari pakcik google hihihi. Ini yang sebenarnya yang KY nak perkenalkan
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


yang ini namanya JOJO, dah tua sebenar dia ni heee..tapi masih stil cantik, bulunya memang kembang. KY suka usap-usap perutnya..

yang ini pulak namanya BABY, babylah sangat...baka ala-ala siam, cukup agresif, dialah membuatkan hari-hari suram jadi ceria heeee

dan ini pulak adalah aksi-kasi jojo dan baby bila bertemu



cukuplah tu tak boleh banyak-banyak nanti u alls berkenan susah pulak KY heee..

Jangan Lupa Senyuman Itu


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...Alhamdulillah, hari ini sekali lagi kita berkesempatan berada di hari jumaat yang mulia dan penuh berkah. Jejaka-jejaka hensem tu, siap-siap lah ye nak ke masjid...bertambah hensem semua bila berbaju melayu dan bersongkok...tapi yang dah berpunya tu jangan pulak menyimpang heeee...

Tentang entri semalam, ramai pulak buat permintaan, macam minta lagu ni hihih...bukan minta apa pun minta resepi..InysaAllah..di entri lain KY akan kongsikan resepinya ok? tunggu..

KY ada satu pesan buat u alls...


Hidup ini bisa memberi kita 100 alasan untuk menangis, tapi Tuhan memberi kita 1000 alasan untuk tersenyum.

Ayuh sama-sama kita bangkitkan semangat dan kuatkan jati diri untuk menempuhi ranjau kehidupan, jangan pernah mengeluh dengan apa yang diberi Tuhan..dan yang pasti jangan lupa tersenyum..kerana SENYUMAN KALIAN MANIS SEKALI...