Resepi Kek Gula Hangus

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman untuk u alls, bestnya cuti, walaupun bukan KY yang cuti heeee, apa khabar u alls, sihat? Alhamdulillah...ccuti sekolah ni kan, banyak pulak undangan perkahwinan, boleh kata hari-harilah makan gulai heeee.,

Ok, sempena cuti sekolah ni, KY nak kongsi satu lagi resepi kek, buat ibu-ibu tu, bolehlah buatkan nanti untuk anak-anak dan suami tercinta kan? sukalah nanti mereka...ok, resepi kali ini adalah Kek Gula Hangus, atau ada yang panggil kek span..taj perlu cakap banyak, jom kita mulakan sesi kelas memasak kita....



Bahan-bahan
(A)
250gm gula
225ml air
1 sudu besar mentega

Bahan-bahan
(B)
125gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
( diayak)
4 biji telur (gred A)
2 sudu besar susu pekat manis


Cara Membuatnya
1. Masak gula hingga cair (jangan terlalu hangus, nanti pahit) tuang air sedikit-sedikit dan teruskan kacau sampai menjadi betul-betul cair. padamkan api dan masukkan mentega, kacau biar sebati.

2. ( dalam bekas lain) pukul telur hingga pekat dan gebu, setelah itu, masukkan susu dan pukul lagi sehingga sebati.

3. Seterusnya masukkan bahan yang telah diayak dan kacau lagi.

4. Masukkan air gula tadi dan gaul hingga betul-betul sebati. dan akhir sekali apa lagi bakarlah hingga maskkkk....

AAaaaaaa....senangkan? senang saja KY ni hihihi..betul senang je, kalau u alls nak lagi cantik, kukus pun boleh, lagi lembut dan gebu....oklah..sampai sini saja kelas kita untuk kali ini, lain kali kita belajar lagi, yang penting cuba jangan tak cuba...


47 ulasan:

  1. hangus tapi klihatannya enak banget tuh mbk

    BalasPadam
    Balasan
    1. namanya saja yang hangus, tapi kuihnya memang enak heee

      Padam
  2. wahh kuih fav nie.. mak suka buat... nyumm nyum

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...mak je yg suka buat? acik? suka makanlah hahaa

      Padam
  3. wah pasti enak ni kak KY,...mudah2an kapan2 bisa mencoba resep kuenya

    BalasPadam
  4. dah lama tak buat kek ni.
    nanti balik rumah, kena buat ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...kalau lama2 tak rasa, sekali rasa memang tak blh sikit2 heee

      Padam
  5. wahhh !siap ada resepi KY....azie suke kek gula hangus nie....kalau balik kg...confirm suruh mak buat...azie x pandai...takut hangus terbakar terus...kekeke

    BalasPadam
  6. leh juga kukus eh kak? nanti nak try la :)

    BalasPadam
  7. emmmm,, sedep sedep ni KY,,
    pingin cuba,, tpi buka cuba masak yea kak,,
    pngin cuba makann,, hehehe
    salam KY :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. heee...cuba makan ya? kalau begitu beli aja di kedai haaa

      Padam
  8. Aku jadi pengen makan .. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bisa, datang saja sini, bawa ceweknya sekali heee

      Padam
  9. wah jadi ngiler nih, :)
    emak saya pernah juga buat macam ni, sedap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh.....di sana kuihnya dipanggil dengan nama apa

      Padam
  10. Saya suka posting yang ada dalam blog ini. Sukses ya buat blognya
    sedikit mau share aja
    Klik di Dibayar

    BalasPadam
  11. Wah ini kek favorite..siap banyak rongga lagi..best ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kan Raudzah, kek ni kalau banyak lobangnya lagi bestkan?

      Padam
  12. assalam KY..

    salam rinduuuu....

    sy suka mkn kek ni..suka mkn n beli je..nak buat rasa tak berbaloi sbb mkn cuma seorang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam wirda,

      rindu juga buat wirda, semoga sentiasa ceria dan sihat,

      kalau tak habis bakk sini je heeee

      Padam
  13. assalamualaikum..KY

    ooo..kek yg ini ker..ayie pernah mkn wlu x la selalu..anak sedara yg rajin buat kek nih. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ayie,

      eeemmm...anak sedara yg buat, pak saudara tukang makan je ekkk...heee

      Padam
  14. kite x pernah buat kek ni.. makan pernah la.. heheh..
    tp cam x bp nk minat.. lubang2 tu yg buatkan bulu roma ni naik.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa pulak, kek ni memang nak lubang yg banyak baru sedap

      Padam
  15. Walau mudah tapi kalau tak melakukannya tak menjadi juga KY. Kakak dah sebulan tak membaking. Tak tahulah cuti sekolah ni kalau anak dara kakak membaking adalah kek, nak harap mama dia busy memanjang (malas sebenarnya yg lebih...)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehee..itu yg sebenarnya akk, kalau tak ada M tu semua blh jadi kan?hahaa

      Padam
  16. wah suka2.. mak selalu buat kek ni kalau ada orang tempah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh...kalau buat tempah ni mesti sedap kan?

      Padam
  17. saya dah lama tak buat kek gula hangus nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. KY kan kalau lama tak buat belum tentu jadi, kadang2 tu batat terus heee

      Padam
  18. Senang je tapi tak pernah cuba buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheee...cubalah mesti jadi, mieza kan pandai buat kuih jugakan?

      Padam
  19. suka beli. tak reti buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi kek ni jarang di jual, biasanya kena tempahkan?

      Padam
  20. Balasan
    1. heheee...bolehlah, nak kata sedap sangat tu tak de lah

      Padam
  21. wah ini belum pernah aku coba KY, ijin save dulu save yah
    mungkin perlu dicoba, sepertinya nikmat KY
    terima kasih sudah berbagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya janga lupa coba, pasti orang rumah PP bisa bikinnya..sedap tau, cuba

      Padam
  22. Hubby suka ni KY ...nanti nak trylah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaa...cubalah okje, bukan susah pun hiihih

      Padam
  23. teringat lah masa di satu ramadhan , kakak saya nak buat kek kukus tapi x tau camna nak buat ... hahahahaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. vee, sebenarnya kek apa2 pun semua blh kukus, malah kalau kukus lebih cantik, cuma kek tu tak berapa tahanlah seperti di bakar,

      Padam
  24. lama tak buat huhuhuhu .. kuih ni banyak kenangan...

    BalasPadam